Hotel bajet di Selangor.. Suami ada interview untuk kerja kastam cari K.Ika nak cari hotel yang berdekatan dengan tempat interview.. Maklum lah suami agak liat sikit bila bab bangun pagi nie..hihi.. Harga pon berpatutan bawah RM100 untuk 1 malam.. Parking agak terhad dekat sini dan ada pakring berbayar dan hotel akan bagi rebate bila parking berbayar tu.. Bukan bayar full ada lah rebate dia bagi..
Sesiapa yang nak duduk dekat sini masa konvo atau pon baru nak masuk kolej juga sebab apa K.Ika kata macam tu sebab dekat juga dengan tempat belajar iaitu UNITAR dan LINCOLN.. Mall pon ada juga dekat situ.. Ada urusan dengan tabung haji atau ANGKASA pon dekat juga.. Kira fasiliti yang ada berdekatan dengan hotel nie..
Tandas untuk hotel 2 bintang bersih juga walaupon ada sikit-sikit tu kita tutup mata sahaja lah.. Jangan ada harapan tinggi macam hotel 5 bintang pulak..
Tuala dan barang mandi pon ada juga disediakan..
Ini besar bilik yang K.Ika dapat.. Jadilah buat tidur sahaja dan ada tingkap bilik nie.. K.Ika tak boleh duduk dalam bilik tak ada tingkap rasa sesak nafas walaupon tingkap tu K.Ika tak buka pon..hihi.. Semuanya ok untuk hotel bajet dan juga harganya..
Keseluruhannya ok je pada K.Ika dengan harga.. Mana lah tahu kot-kot nak cri hotel yang berdekatan kalau ada kenduri kahwin atau sahaja lah.. Yang penting pasangan yang halal je boleh check in belum halal jangan cuba-cuba tau..hihi..
Comments
Post a Comment