Hari terakhir di hatyai duit pon makin menipis..huhu.. K.Ika balik naik bas pukul 6.30 petang waktu hatyai.. K.Ika pilih waktu nie supaya senang perjalanan malam banyak tidor sahaja..hahaha.. K.Ika ada tanya hotel untuk check out lewat sebab naik bas lambat lagi waktu nie.. Paling lewat boleh check out pukul 1 FREE.. Selepas pukul 1 akan kira 1 jam 100 bath.. Selepas pukul 4 akan kira 1 hari iaitu 800 bath.. Jatuh rugi lah dekat situ.. huhu..
Ya lah ada yang tak nak check out letak bag dekat tempat bas jadi kena bayar lah dekat hotel..huhu.. Supaya tak terkejar-kejar.. Hari terakhir K.Ika pergi ke Central Festival untuk beli bag gentle women 😍..Horeeyyyy duit pon tinggal sekeping sahaja..hahaha.. Duit memang cukup-cukup untuk bag dan buat makan sebelum naik bas..Suami kata dekat K.Ika habiskan duit thailand jadi dalam kepala dah fikir pasai bag..haha..
K.Ika risau bag nie habis stock tau.. Memang mereka letak dekat rak display 2 bag sahaja kot.. Masa hari pertama dekat hatyai K.Ika susun bag warna hitam tu dekat belakang supaya orang tak nampak dan beli warna hitam 😅.. Warna coklat memang banyak lah dekat rak display tu.. SIL yang nak kerja dekat jepun dia pon terpengaruh juga beli bag sama dengan K.Ika..haha.. Dia beli 2 bag 1 bag besar untuk pergi kerja 1 bag dia kata buat jalan-jalan..
Tarraaa... bag pilihan K.Ika dan SIL-SIL yang lain.. SIL sulung pon pilih yang nie juga sebab muat untuk bag duit dia masuk.. Ada lagi 1 design melengkung bawahnya jadi tak muat masuk bag duit SIL yang panjang.. Bag nie dalam kategori micro ye.. Bag nie tak ada zip hanya ada lock butang sahaja..
Pada K.Ika dah habis seronok dah.. Harga bag nie murah sahaja dalam 590bath termasuk servis cas rasanya 7% sebab tulis bahasa thailand K.Ika main agak-agak sahaja selepas diskaun..Harga sebelum diskaun tak ada tulis.. Kalau kena tipu tak tahu lah tapi pada K.Ika dah happy sangat dah dapat beli bag nie walaupon kecil sahaja..
Bag dekat sini yang saiz besar pon ada juga dan ada macam-macam design disebabkan K.Ika tak minat bag besar macam jadi tak tengok pon harga..huhu.. Harga beli direct thailand dengan PS lain ye.. Jadi nak murah boleh beli direct dekat hatyai..hihi..Yang mana duduk dekat dengan sempadan perbelanjaan nak masuk ke sana pon tak mahal.. Boleh buat passport yang warna biru murah je dalam RM10.. Hatyai makanan dia murah-murah dan berbaloi lah.. Sekian sudah percutian 4 hari 3 malam di hatyai.. Marilah kita kumpul duit balik untuk percutian tahun depan pulak..
Comments
Post a Comment