Skip to main content

Posts

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Happy Birthday Bff

 Selamat Hari Jadi Bff.. Semoga dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik.. Belanja isteri selalu..hihi.. Sambut biasa-biasa sahaja.. Belanja suami makan itu je lah yang mampu bagi sis..hihi.. Nak bagi hadiah baby pon tak nampak lagi tanda-tanda..hahaha.. Semoga kami dipermudahkan dapat baby secara natural..  Belanja suami makan-makan dan kek sepotong sahaja.. Boleh lah kan asalkan tak lupa hari jadi pasangan..hihi.. Bahagia dengan cara kita sendiri.. Tidak perlu bermewah semata untuk di media sosial.. K.Ika pon tak banyak kongsi gambar di media sosial.. Banyak gambar anak asuhan sahaja..hihi..  Semoga suami sihat & tak sakit-sakit dekat bahagian tengkuk tu.. Semoga hubungan kita hingga ke jannah dan dipelihara hubungan dengan baik sama ada susah mahupon senang.. 💕 u bff 4 ever 😘

Selamat Tahun Baru 2023

  Apa azam tahun baru korang??.. K.Ika azam tahun baru semoga bahagia hingga ke jannah dengan suami dan rajin bercuti bawak isteri 🤭.. Sudah tentu lah yang dinantikan semoga diberikan zuriat yang soleh & solehah.. Dapat sorang atau sepasang pon dah bersyukur.. Pejam celik kejap je masa berlalu kan.. K.Ika awal dah beli baju raya 🤣.. Sebab tahun 2022 nak beli baju raya sold out jadi K.Ika beli siap-siap untuk tahun depan..hihi..  Mana sambut malam tahun baru tu.. K.Ika makin berusia nie tak kuasa nak hadap jalan jem dengan sesak orang ramai jadi duduk rumah diam-diam je lah layan movie..hihi.. Semoga tahun akan datang nie dipermudahkan urusan suami capai apa yang diinginkan.. Diberikan kesihatan yang baik untuk mencari rezeki yang halal.. Rawatan hospital K.Ika pon dah tutup nanti lah baru mulakan balik.. Untuk ambil mood dan aura positive.. Dipermudahkan segala urusan untuk tahun 2023 nie.. Banyak benda nak buat pada 2023 nie.. Full dengan berjalan sakan kita tahun 2023 ...

Cameron Highlands

  Percutian ini adalah percutian yang tidak dirancang ye.. Ikutkan K.Ika memang balik bercuti tapi tak ada pergi mana-mana sebab kewangan pon tak berapa stabil lagi.. Abang Ipar K.Ika ajak suami jadi kami pergi je lah.. Disebabkan cuaca masa pergi nie musim hujan jadi tak pergi mana2 pon.. Hanya pergi ladang teh sahaja untuk tangkap gambar.. Kalau ikutkan K.Ika bukan disitu tempat yang K.Ika nak untuk tangkap gambar ada laluan masuk lain yang ada air terjun tu.. Ada MIL sekali jadi suami pon malas nak pening kepala mencari tempat yang K.Ika betul nak tu jadi kita ambil je lah dekat bahagian atas tu.. Sepatutnya kena turun ke bawah lagi baru jumpa.. Tak apa lain kali lah K.Ika cari port tu..  K.Ika tangkap gambar nie menggunakan tripod.. Gambar lawa weh.. Kena pandai setting kedudukan juga bagi nampak cantik gambar tu.. Cuma tulah masa dekat tempat terakhir tu tak terfikir pulak nak bawak tripod.. Ada alasan next trip pergi lagi kan tempat tu 🤣.. Cameron nie dah beribu kali pe...