Desert yang boleh dalam kategori senang pada K.Ika.. Sebab nak guna bahan tidak banyak dan senang.. K.Ika tak pandai sangat janji lepas tekak sendiri je bila teringin nak makan yang manis kan.. Suami tak makan sangat menu desert nie.. Selama kenal dia hanya suka makan nasi mamak dengan K.Ika pon terjebak suka makan nasi mamak.. Tak tahu lah dia pendam sahaja kan.. Nanti K.Ika korek rahsia dengan suami..hihi..
Sapa nak cuba boleh lah.. Pada K.Ika memang senang dan mudah buatnya.. Untuk toping bahagian atas terpulang pada korang nak letak apa.. Ikut pada kreativiti masing-masing..
BAHAN CHEESEKUT
🍋 Biskut Kering
🍋 Susu Pekat ( Separuh )
🍋 Susu
🍋 Cream Cheese 500G
🍋 Milo
CARA MEMBUAT CHEESEKUT
1. Masukkan Cream Cheese, Susu pekat ( separuh ) dan susu (masukkan hanya untuk bagi krim tadi senang putar ) ke dalam blender.. Pastikan blender bersih dan tidak ada cabai.. Nanti rasa pedas pulak cream cheese korang.
2. Masukkan susu ke dalam bekas kosong untuk celup biskut.
3. Letakkan sedikit bahan yang telah blender di bahagian bawah sebelum letak biskut. Barulah bila makan terasa lagi cheese dia. Kita buat makan sendiri apasalahnya kan.
4. Selepas sudah siap susun biskut ke dalam bekas, korang selang selikan dengan cream cheese yang dah blender tu.
5. Untuk toping pilihan K.Ika letak milo sebab ada dekat rumah. Korang nak letak apa yang korang suka boleh lah.
![]() |
Biskut kering apa2 pon boleh tau |
![]() |
Tekstur bila dah blend.. Kalau nak cair lagi masukkan susu lebih |
![]() |
Jangan lupa celup biskut dekat dalam bekas yang ada susu |
![]() |
Bahagian bawah letak cream cheese sedikit lepastu susun biskut diselang dengan cream cheese |
![]() |
TADAAAA!!!!! Dah siap simpan dalam peti ais dan boleh makan selepas berapa jam. |
SELAMAT MENCUBA RESEPI YANG SIMPLE PADA K.IKA.. LAIN ORANG LAIN CARA BUAT YER.. NI CARA K.IKA.
Comments
Post a Comment