Menu masakan K.Ika semua yang simple sahaja.. Tak ada yang memerlukan bahan yang banyak.. K.Ika nie pon tak berapa reti pandai masak maggi goreng nie.. Tak sama macam kedai masak..hahhaa.. Suami K.Ika lah teringin nak makan maggi goreng.. Nak tak nak kena lah juga masak.. Nie kali ke 2 K.Ika masak.. Kali 1 masak tak menjadi maggie terlebih lama K.Ika masak jadi kembang dan kurang sedap.
Nasib baik kali ke 2 buat menjadi dan sedap pada tekak K.Ika je lah.. Janji boleh lalu dekat anak tekak kira boleh lah tu.. Nak lagi sedap kena rajin belajar masak lah..hihi.. Cara masak sama sahaja macam mee atau bihun cuma tukar bahan utama je lah.. K.Ika masak terasa pedas bila suami makan dia cakap tak pedas pulak.. K.Ika memang tak tahan pedas tapi sambal belacan makan..hahaha.. Ok jom kita tengok bahan yang K.Ika gunakan..
BAHAN DIBLENDER
🌼 Cili Kering
🌼 Bawang Besar
🌼 Bawang Putih
🌼 Udang
🌼 Sotong
🌼 Ayam ( Bahagian Dada Dipotong Nipis )
🌼 Sayuran ( Yang Korang Suka )
🌼 Sos Cili
🌼 Sos Tomato
🌼 Sos Tiram
🌼 Kicap
🌼 Maggie ( Rebus Dahulu )
CARA MASAK
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblender tadi.
2. Masukkan Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram & Kicap. Kemudian masukkan pulak bahan basah yang korang suka. Garam secukup rasa.
3. Bila bahan basah tadi sudah agak masak masukkan pulak maggie dengan sayur yang korang suka.
4. Jika suka telur boleh masukkan telur. Dah siap dah boleh dihidang.
![]() |
Maggi Goreng Simple |
Comments
Post a Comment