Sapa sini ada masalah keputihan?? Dah cuba macam-macam produk pon masih ada juga keputihan tu.. K.Ika bukan jual produk nie cuma K.Ika kongsi dengan korang lah apa perubahan pada K.Ika bila ambil produk nie.. K.Ika bila amalkan sesuatu produk selalu je share dekat sini.. Semua nya tak menunjukkan hasil yang positif (hamil) dekat K.Ika..hahaha..
K.Ika dan suami dah lama berttc nie.. Nak masuk 7 tahun pada tahun 2020 nie.. Kalau boleh nak lah juga melekat pada tahun nie kan sebab umur makin meningkat dan menurut doktor pada umut 35 tahun wanita punya hormon akan makin menurun dan potensi untuk hamil tu makin menurun juga.. Maklum lah perempuan kan ada monopous.. Lelaki je yang tak ada monopous tu kebanyakan lelaki merenyam bila makin tua 😂 K.Ika pon takut sebenarnya nak jumpa doktor balik.. Risau result lama tak boleh pakai kan kena buat yang lain.. K.Ika paling seram bab HSG 😅 Ambil darah pon takut tapi tak seseram HSG nie..
Nanti-nantilah K.Ika share perjalanan ttc K.Ika.. Tahun nie masih tak ada juga sehingga bulan 11 K.Ika kena serah diri juga dekat hospital.. Korang mesti pernah dengat produk dari D'herbs kan... Founder yang sentiasa kuat drama kan kontroversi tu sapa lagi kalau bukan Dato Sri Aliff Syukri..K.Ika tak follow dia K.Ika hanya follow isterinya..hihi..
Ramai juga feedback yang K.Ika baca amalkan produk nie berjaya hamil.. Ada juga yang kawin lama seperti K.Ika berjaya hamil.. Testimoni macam nie yang buat K.Ika tergoda tau..hahaha.. K.Ika ambil masa yang agak lama juga nak cuba sebab produk nie adalah jenis cecair 😅.. K.Ika lemah jika nak amalkan benda yang kena minum nie.. Risau tak sedap macam produk Harum Malam.. K.Ika tak boleh telan sampai tutup hidung.. Kawan K.Ika minum 1 botol sahaja dah melekat.
Antara produk yang K.Ika boleh telan dan sedap ye korang boleh klik link baca disini.. Ada juga yang berjaya hamil amalkan produk nie ~ Royal V ~ Royal V K.Ika stop sebab dah lama ambil masa tak ada perubahan ~Madu Ajaib~ Stop sebab nak konsisten harga agak mahal sikit.. K.Ika jika amalkan produk tu hanya amalkan selama 3 bulan paling kejap dan paling lama 1 tahun terpulang pada kewangan suami..
K.Ika ada juga mengalami keputihan jika nak datang Miss P akan ada keputihan keluar terkena underwear kita.. Akan buat jadi tak selesa bila underwear basah.. K.Ika keputihan tak teruk sampai tahap warna hijau tu.. Keputihan K.Ika light2 sahaja dan akan buat kita rasa ada kekurangan pada diri dengan keputihan nie.. Sebelum kawin memang banyak dan sampai gatal lah dekat bahagian Miss V tu sampai berdarah K.Ika garu 😂
Suami K.Ika sokong je apa produk yang K.Ika nak ambil.. Jika guna duit suami K.Ika ambil yang mana suami mampu.. Yang agak mahal K.Ika guna duit sendiri jika ada duit lebih pada waktu tu..hihi.. Amalkan nie kena juga mengurut dan jangan buat kerja berat jika rahim korang jenis sensitif dan mudah jatuh..
JUS PERAWAN
Salah satu produk keluaran D'herbs yang K.Ika pernah cuba.. K.Ika suka produk nie sebab sedap dan boleh makan dengan tenang..hihi.. Sebulan K.Ika amalkan keputihan dah tak ada keluar dekat underwear jika sebelum nak period pon tak ada keluar juga.. Yang pasti harga berpatutan dan mampu beli.. Jom kita tengok ada khasiat Jus Perawan nie..
Nie botol yang lama.. D'herbs ada keluarkan jus perawan botol yang baru.. Botol yang baru warna hitam..
![]() |
KHASIAT JUS PERAWAN
🌻 Membantu merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur
🌻 Membantu menaikkan tulang punggung & payu dara wanita agar lebih montok & anjal
🌻 Membantu menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat )
🌻 Membantu menegang & mencerahkan kulit
🌻 Membantu melambatkan proses monopous
🌻 Membantu memberikan tenaga dalaman wanita
🌻 Membantu meningkatkan sistem imunisasi
🌻 Membantu mengurangkan senggugut
🌻 Membantu menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
🌻Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.
CARA PENGGUNAAN
🌻 Ambil 2 sudu setiap pagi & malam. Minum banyak air putih.
🌻 Tidak digalakkan wanita yang sedang hamil dan waktu period.
🌻 Simpan di tempat sejuk setelah buka.
HARGA
RM 39.90
Comments
Post a Comment