Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

The Happy 8 Retreat Kuala Sepetang,Taiping

Dah jalan-jalan kawasan Taiping mestilah ada penginapan kan.. Tempat nie BIL yang carikan.. Suami dapat kelulusan cuti nie kira luck sahaja sebab tengah bulan haritu dah ambil cuti bawak K.Ika pergi mengurut.. Cuti suami tak lulus tak merasa lah K.Ika datang ke kawasan sini..hihi..

Kawasan sini adalah kawasan perkampungan cina jadi kedai makan melayu agak terhad di sini.. Nak makan kena pergi ke pekan Taiping.. Jauh sikit lah nak keluar makan tu.. Ada juga kedai runcit 99 speedmart (kedai runcit kesukaan K.Ika ).. Pekerja di kaunter melihat kami ramai dia bagi kami pilih bilik mana yang ok.. BIL booking bilik menghadap laut bilik tu agak kecik sedikit.. Nasib baik pekerja tu ok.. Jadi kami ambil bilik menghadap jeti ketibaan nelayan bila pulang dari laut..

Ada juga aktiviti santai yang boleh kita lakukan dekat sini seperti tengok kelip-kelip,bagi burung makan,pusing pula, bagi ikan makan dan untuk aktiviti selain kelip-kelip hanya sehingga pukul 6.30 petang tak salah K.Ika.. Untuk tengok kelip-kelip bermula perjumpaan pada pukul 7.15 malam dan akan bertolak pada pukul 7.30 malam..

Selain itu ada juga tempat menarik untuk dilawati seperti Hutan Paya Bakau, Kilang Arang ( popular dengan shoot gambar kawin ) dan tentulah cari tempat makan yang menarik di sekitar Taiping.. Menurut SIL K.Ika yang duduk Jawi dekat kawasan situ ada jual ketam lembut.. SIL pernah pergi dekat situ bila BIL tanya dekat kaunter orang tu buat muka pelik sebab tak pernah dengar..hihi..

Penginapan K.Ika dengan jeti tidak jauh jadi tak adalah lama kena menunggu kan.. Penginapan ini juga ada restoran makanan laut.. Hanya khas untuk Non Muslim.. Kita yang muslim nie silalah cari makan diluar..hahahaha.. Reka bentuk hotel nie agak unik dan agak mencabar juga tau 😅.. Nak tau apa yang mencabar tu nanti boleh tengok gambar yang K.Ika akan masukkan nanti.. 

Pada K.Ika keselurahan hotel nie cantik dan lain dari hotel yang pernah K.Ika pergi.. Dia punya dinding tidak tebal kita boleh dengar suara orang lain jadi kepada pasangan nak bulan madu nak buat 18sx jangan kuat-kuat sangat.. Malu jika keluar bilik bertembung dengan jiran bilik sebelah 🙉..


THE HAPPY RETREAT KUALA SEPETANG



Ada helang besar itulah hotel yang kami duduk 1 malam


Tingkat 1 adalah restoran.. Kepada yang Non Muslim sahaja yang boleh ye


View hotel dari bot


Kaunter pertanyaan


Sidai baju yang unik juga pada K.Ika


Dibahagian atas ada 3 tilam dan sesuai untuk sapa yang yak gayat..hihi.


Bilik air yang unik setiap sudut ada ukiran tangan


Setiap tangga design lain-lain



Tempat cantik untuk dibuatkan sebagai kenangan


VIDEO







Comments

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah