Memandangkan cycle bulan lepas tidak berjaya secara natural jadi bulan nie K.Ika makan dengan bantuan ubat untuk bagi ovum mencapai tahap matang.. Nama ubat nie clomid.. Tidak boleh dibeli di farmasi kecuali ada surat doktor yang suruh kita beli dekat farmasi.. Ubat nie makan kena ada dalam pemerhatian doktor.. Jangan memandai beli dekat shopee juga.. Risiko melibatkan nyawa ye..Antara risiko lain adalah jika seseorang makan clomid ada setengah orang memberi kesan yang agak cepat dan jika ada cecair lebihan akan membuatkan cyst dan boleh merisiko nyawa korang.. PERINGATAN SILA MAKAN DENGAN KEIZINAN DOKTOR!!!!..
CLOMID 50MG
K.Ika mulakan dengan dos yang paling rendah.. Ada setengah orang effect bila makan mual,pening kepala atau cirit birit.. K.Ika baca dekat group.. Alhamdulillah K.Ika makan ok sahaja rasa nafsu makan tu tetap sama juga tak ada kurang 😅.. Cara makan adalah pada CD2- CD6.. (CD - cycle day period) dan makan dalam waktu yang sama jangan bertukar-tukar waktu ye.. Contoh CD2 makan pukul 9 malam jadi makan sampai CD6 pukul 9 malam juga.. Untuk mengelakkan lupa sila kunci jam.. K.Ika kunci jam untuk elakkan lupa atau keluar lepak K.Ika ada bawak juga ubat tu sekali..
Nasib baiklah K.Ika dah besar nie baru boleh telan uabt jenis pill sebelum nie K.Ika tak boleh telan tau.. Kalau tak jenuh nak kena tumbuk pulak ubat sebelum makan 😂.. Bila dah makan ubat sila kawal makanan anda ye.. K.Ika kurang ambil minuman atau makanan yang manis.. Kalau teringin sangat nak makan benda manis K.Ika makan makan hanya 4 sudu paling banyak lepastu simpan.. TTC tak boleh makan terlalu banyak benda manis tau termasuk lah minuman,kek & kuih-muih..
Sambil makan ubat antara makanan yang boleh membantu juga pembesaran ovum adalah tauge,brokoli,sawi dan juga minuman avocado.. Avocado nie sapa boleh makan secara mentah atau dibuat minuman.. Terpulang pada individu.. K.Ika tak boleh telan jadi K.Ika buat minuman.. Boleh baca dekat sini khasiat avocado dan cara buat minuman << AVOCADO >> ..
Kita tunggu je lah next temu janji untuk scan tvs sama ada ovum K.Ika ada kesan atau tak makan dengan clomid nie.. Doktor ada suruh K.Ika buat IUI tapi K.Ika kata dekat doktor ikut step by step.. Tak salah K.Ika makan clomid nie hanya berapa kali sahaja dibenarkan jika tak berjaya baru proses IUI.. Tahun nie tidak berjaya BD ( baby dance/sex )secara natural sambil makan ubat tahun depan baru K.Ika mulakan IUI selepas suami sihat dari operation..
Comments
Post a Comment