Sapa sini peminat minuman jus avokado angkat tangan 🙋🏼♀️!! K.Ika bukan peminat buah nie sangat..hihi.. K.Ika pernah cuba minuman nie dekat kedai sedap juga air nie.. Order kali ke 2 blender rosak pulak dekat kedai tu 😂..
Buah avokado juga adalah salah satu buah yang sesuai untuk kesuburan pembesaran telur kita.. Jadi korang boleh lah amalkan pemakanan yang sihat nie.. Banyak lagi antara makanan yang sesuai dengan kesuburan.. Berapa lama makan nie K.Ika tak boleh nak jawab nie terpulang pada badan korang sama ada hormon stabil atau tak.. Jika korang buat rawatan dengan doktor senang sikit nak ikut perkembangan saiz telur korang sebab kena scan kan..
Ada yang TTC amalkan makanan sihat melekat.. Apa yang K.Ika kata tadi badan orang lain-lain tidak sama ye.. Kepada ttc sila elakkan minuman yang manis & berais batu, kafein dan juga bergas. K.Ika dah lama tak minum air gas kalau minum betul sedikit sahaja hanya untuk buat rasa..
KEBAIKAN AVOKADO
Buah yang elok dalamnya bila dah diblend warna dia hijau lebih kurang macam warna blender K.Ika nie..
Bila dah rasa memang buat ketagih nak minum.. Tak cukup minum sekali sehari..hahaha..
Avocado mengandungi vitamin E yang tinggi. Vitamin E berfungsi untuk meningkatkan pergerakan sperm. Ini penting untuk membolehkan persenyawaan telur berlaku. Di samping itu ianya kaya dengan folik asid yang penting untuk meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki. Folik asid juga boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi anda. Avocado juga mempunyai kandungan lemak baik yang dikenali sebagai ‘monosaturated fat’ yang penting untuk mengawal sistem hormon di dalam badan dan boleh membantu merendahkan kolesterol.
Jadi marilah kita amalkan buah avokado untuk kesuburan beramai-ramai.. K.Ika pon harapkan yang mana ttc hati kental dan amalkan pemakanan yang sihat.. K.Ika amalkan minum pada waktu malam sebelum tidur.. Sapa ada bajet lebih boleh lah amalkan pagi & malam.. Harga buah nie boleh tahan juga ye mahal 😂
KESIMPULAN
1) Hendaklah memakan yang seimbang
2) Banyakkan memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang
3) Pastikan minum air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
4) Hendaklah makan sarapan pagi
5) Elakkan makanan ‘junk food’ ataupun ‘take away food’ seperti McDonalds’
6) Kurangkan makanan berminyak dan bergula
7)Memakan makanan tersebut di atas secara sederhana.
8) Ambil vitamin supplement untuk pastikan tidak kekurangan vitamin atau mineral yang diperlukan oleh badan kita untuk hamil.
Comments
Post a Comment