Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..
Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi..
K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta.. Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mahal tapi tak mahal pon.. Dalam RM40 sahaja.. Dah lah tengah bulan nasib baik murah harga ubat jadi bayar je lah pakai kad suami masa tu K.Ika tak keluar duit tak jangka akan cucuk pada hari yang sama.. IUI ye harga ubatnya memang mahal sikit dalam anggaran kasar doktor bagitau RM500- Rm600..
Kalau banyak tu adalah sikit duit dalam simpanan untuk teruskan IUI tapi K.Ika nak cuba secara natural dahulu dengan bantuan ubat.. Melibatkan banyak sangat jarum nie K.Ika seram..hahaha.. Lepas dah beli ubat tu K.Ika pergi ke klinik balik mintak tolong nurse cucukkan.. K.Ika cucuk sendiri memang tak adalah jawabnya..huhu.. K.Ika tak tengok pon jarum tu macam mana K.Ika tutup mata..hahah..
Masa nurse cucuk tak terasa sangat jarum tu tapiiiii bila cucuk sahaja ubat tu dia punya sakiiittt... Masyaallah kalau lama lagi nak nangis dah K.Ika.. K.Ika cakap dekat nurse tu sakit agaknya dia cucuk laju ubat tu masuk.. Akhirnya berjaya juga harungi pengalaman cucuk pecahkan telur.. Ada yang K.Ika baca dalam group TTC, ada yang lepas cucuk rasa sakit atau senak-senak macam tu dan buat jadi tidak selesa..
Pengalaman K.Ika bila lepas cucuk tu.. Yup memang akan rasa senak sedikit tapi tak menggangu sangat.. Bila balik jalan pon tak berapa laju.. Hari pertama tu memang jalan macam orang pantang lah kiranya slow dan tak berapa aktif sangat.. Hari ke 2 adalah mencabar sedikit sebab sakit di bahagian pinggang sebelah kanan.. Sebab telur K.Ika hanya ada sebelah sahaja.. Makan ubat pon tetap sama.. Bila baring rasa OK.. Bangun je rasa mencucuk-cucuk sakitnya.. K.Ika rasa itu adalah penentu untuk tunggu masa ovum pecah..
Selepas cucuk tu doktor sarankan selepas 36 jam bersama dengan suami.. Jadi kita BD ( baby dance/sex ) je lah sebanyak mana yang boleh..hihi.. Jangan lepaskan peluang yang ada..hahaha.. Hari ke 3 dah kurang rasa sakit dekat belah kanan.. Masa cucuk ubat nie K.Ika juga buat test OPK.. K.Ika tak pasti sama ada orang buat test OPK selepas cucuk pecahkan telur.. K.Ika sahaja buat sebab test banyak seronok tengok test tu naik double line..hihi..
Harap cycle kali nie adalah rezeki K.Ika untuk ada baby.. Tak kisah lah jantina apa janji ada zuriat dari K.Ika dan suami.. Semoga TTC yang lain di luar sana berjaya harungi segala dugaan untuk mendapatkan zuriat.. Yang penting jangan putus asa dan dapatkan rawatan dari hospital 😊
GAMBAR
Comments
Post a Comment