Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Selamat Tinggal Dapurku...

 Selalu K.Ika baca kes kejadian macam nie dekat Facebook.. Mereka punya lagi teruk sampai ada yang nak terbakar rumah pon ada.. 2 minggu lepas kejadian tersebut berlaku pada K.Ika.. Mula-mula api di dapur macam meletup-meletup.. K.Ika dah pelik kenapa jadi macam tu dah nak habis gas kot agaknya.. Esoknya K.Ika masak malam maggie sebab suami dah masuk tido awal bila masak ada api keluar dekat bahagian bawah, K.Ika pon cepat lah tutup api lagipon maggie dah masak..

Hari berikutnya K.Ika masaklah seperti biasa.. Sambil tu K.Ika kemas katil dalam bilik dan nak sapu sekali.. Tengah kemas K.Ika dengar bunyi kaca pecah.. K.Ika pon pelik lah mana ada letak cawan tepi singki kot lah angin kuat sampai jatuh cawan tu.. K.Ika apa lagi melompat lah dari katil tu cepat terus ke dapur tengok dapur K.Ika kaca nya dah pecah.. K.Ika cepat-cepat lah tutup api dan blur sekejap nak buat apa lepastu..huhu.. Dah lama sikit K.Ika buka paip gas lepastu ubah tong gas jauh sedikit..

Dapur K.Ika yang retak seribu.. Punca adalah sebelah kanan ada terbakar..


Rasa ralat tu ada lah juga sikit sebab dapur tu K.Ika pakai dah lama dalam 6 tahun lebih.. Beli masa duduk dekat sarawak.. Tapi ALHAMDULILLAH tak ada apa perkara serius yang berlaku.. Nasib baik juga rak dapur K.Ika tak retak hanya dapur sahaja yang rosak.. Cuti lah K.Ika masak dalam seminggu juga lah sebab nak cari dapur baru.. Dekat kedai harga jauh beza dengan online jadi kami ambil pilihan beli online sahaja.. Malas nak cari dekat kedai sebab harga bukan-bukan mereka letak..

DAPUR BARU

Suami K.Ika walapon bukan dia yang masak di dapur tapi dia tak nak beli dapur yang jenis biasa tu dia nak juga jenis yang berkaca.. K.Ika malas nak fikir sangat janji ada dapur gas untuk masak sudah.. Sebab bukan duduk rumah sendiri tak fikir sangat lah..hahaha.. 

Mula-mula nak beli yang sama macam dapur K.Ika yang dah pecah tu.. Tapi jenama yang K.Ika pakai tu dah tak ada.. Dapur lama K.Ika tu kaca dia tebal dan berat.. K.Ika beli model yang baru nie sebab kawan suami isterinya ada cerita.. Jadi suami dah berkenan hat model baru nie.. K.Ika ada juga tengok dapur baru nie dekat facebook depa beli dekat cjwowshop ( rancangan yang paling digemari mak-mak membeli barang 😂 )

K.Ika macam biasa beli dekat shopee.. Sebelum beli kena baca kome-komen dulu..hihi.. K.Ika beli dapur baru nie bukanlah jenama yang dah lama menapak.. Tapi ada warranty setahun..

DAPUR GAS BARU MODEL INFRARED

Sapa yang baru tahu tentang wujud model macam nie?? K.Ika pon baru tau tentang kewujudan model nie.. K.Ika ingatkan jaring-jaring tu untuk masak guna periuk khas jadi tak ambil lah port sangat..hihi.. Dari yang K.Ika baca menggunaan dapur gas jenis nie menjimatkan penggunaan gas.. Yang nie tak boleh nak komen sebab gas K.Ika memang tunggu masa nak habis je tu..hihi..

Mula-mula tu seram juga nak pakai sebab pertama kali beli model macam nie.. Api dia mula-mula warna biru lepastu dah lama akan jadi warna oren.. K.Ika masih lagi belajar nak kawal api.. Dan juga dari pembacaan K.Ika kata bila menggunakan model nie bontot kuali atau periuk korang akan kurang hitam lah.. Yang nie tak boleh nak komen sebab pakai dapur gas yang lama biasa je bontot kuali K.Ika sebab kita kena rajin gosok dekat bahagian bawah tu lah..

Lagi 1 kita kena pandai kawal api nya sebab apinya sekata dan cepat panas.. Tak pandai kawal rentung lah masakkan korang.. K.Ika rasmi masak nasi dekat sini rentung wey 😅.. Jenuh K.Ika nak cari api betul kecik dekat mana tau.. Dah lah periuk baru pulak tu.. Melekat hitam nya..huhu.. Kadang masak dekat dapur dapur ada bau hangit normal tapi pakai dapur gas nie rentung dia bau hangit kaw-kaw punya.. Dah pandai kawal api baru K.Ika masak nasi dekat sini balik..hihi.

Jenis kaca nie harga agak mahal sedikit nya.. Yang design biasa boleh dapat dari RM90 kira bawah seratus lah.. Design macam K.Ika harga lebih kurang dalam RM199.. Jika nak beli dekat shopee korang baca komen dahulu & chat dengan seller.. Seller layan je pertanyaan korang kira ok lah tu seller..hihi..

Jenama pilihan K.Ika adalah RIINO.. Orang lain dah lama pakai.. K.Ika baru tahu kewujudan model nie..hihi.. Pada K.Ika mana-mana pon ok ikut pada poket korang dan janji boleh masak.. Suami berkenan jenis yang kaca.. K.Ika pon suka juga jenis kaca tapi jika situasi tersebut tak ada modal beli yang biasa pon boleh janji boleh masak kan.. 


Comments

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah