Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Guardian

K.Ika kurang sikit membeli barang dekat drugstore nie.. K.Ika selalu beli vitamin untuk suami je sebab suami kurang makan buah dan sayuran.. Hanya makan sayur dalam burger sahaja..hihi.. Bila keluar akan singgah ke Guardian tambah stock vitamin suami.. Haritu terberhenti sekejap sebab tak ada keluar.. Bila keluar pon pergi KLIA2 tapi suami bila dah buat kerja dia tak lalu nak jalan jauh.. Belakang dia masih lagi lengguh-lengguh bila buat kerja lama.. Dalam tu ada juga Guardian tapi nak ke sana tu jauh sikit lah..hihi.. HASIL TANGKAPAN DI GUARDIAN Masa beli dekat Guardian nie suami tak ikut dia ada sedikit rasa tak selesa dekat tempat operation.. Sebelum suami badmood kita suruh dia tunggu dalam kereta K.Ika sahaja yang pergi membeli..hihi.. Tujuan utama adalah nak beli vitamin dan cetaphil cream K.Ika sudah habis.. K.Ika ada cerita dekat sini tentang cetaphil ~  cetaphil  ~ Alhamdulillah K.Ika serasi dengan produk nie cuba bila kita terpegang sesuatu yang kita tak tahan akan jadi

Photobook Sale 12/12

Akhirnya berjaya juga buat photobook untuk gambar yang dah lama di dalam laptop.. Edit gambar pon ambil masa yang agak lama juga.. K.Ika tak boleh berada lama tengok laptop nanti akan buat mengantuk 😂 sebab tu ambil masa yang terlalu lama edit gambar sahaja.. Gambar yang 2 tahun lepas pon ada juga selit dekat dalam photobook nie..  K.Ika suka buat photobook untuk sebagai kenangan bila bercuti.. Nak cari album gambar agak mahal juga jadi kita buat photobook je.. Kita edit ikut design dan susunan yang kita nak.. Paling banyak gambar yang pernah K.Ika buat 1 photobook dalam 200 keping gambar.. Nak dapatkan diskaun korang boleh pergi dekat shopee dan taip ' photobook ' dekat situ akan keluar macam-macam harga untuk photobook.. Cuci gambar pon boleh juga tau.. Dekat sini korang akan dapat harga yang pada K.Ika berbaloi sangat.. Kos penghantaran dalam RM 8 sahaja untuk photobook sahaja.. Lain barang lain cas akan dikenakan ye.. Sebelum korang nak beli code nie ke

Drawer Di Shopee #2

Yang nie drawer kecil & comel tau.. Korang tengok gambar mesti tak percaya comel je.. Sebab bayangan K.Ika lain bila dah sampai lain..hihihi.. Semasa sale nie K.Ika banyak beli barang rumah harap tak bosan lah membaca ye 😁.. Maklum lah beli barang rumah bukan selalu bila ada bajet lebih tu yang baru beli sikit-sikit.. Drawer yang kecik nie adalah untuk kegunaan K.Ika 1 untuk meja makeup simpan barang yang keci-kecil dalam tu lepastu lagi 2 suami punya untuk bila game.. Boleh simpan segala screw yang kecik atau yang sesuai.. Barang untuk repair handphone atau laptop yang halus boleh lah letak dalam tu tak ada lah bersepah atau hilang.. Bila terpijak benda halus nie boleh buat badmood sekejap 😂.. K.Ika tak suka rumah bersepah dan berhabuk.. Dekat meja makeup K.Ika bila ada benda yang bertutup jadi kurang sikit lah habuk membiak kan.. Itu yang kita nak.. K.Ika agak sensitif dengan habuk dan akan bersin.. Bila K.Ika asyik bersin akan tau kawasan tu berhabuk dan akan periksa

Kotak Kasut

Salah satu barang rumah yang menjadi trend terkini.. Sebab apa menjadi trend ??? Harga yang murah dan berpatutan lepastu jika nak pindah rumah pon senang kornag boleh cabut dan jimat ruang.. Untuk rumah bujang atau berkahwin sesuai lah kan.. Sapa yang berkenan boleh lah ambil kotak kasut macam nie.. Pada K.Ika simple je dan mudah.. Jika dibiarkan terdedah diluar akan membuat kasut kita terdedah kepada habuk kan.. Kasut banyak-banyak bukan kita pakai tiap-tiap hari kan.. Walaupon letak dalam rumah dan terdedah macam tu tetap ada habuk juga tau.. Kasut kita jangan biarkan dalam kotak jika dalam keadaan basah.. Akan membuat kasut korang berkulat nanti.. K.Ika dalam kategorti suka basuh kasut jika kotor yer.. Nak pakai kasut mahal memang tak lah sebab nanti rosak pulak kan bila kerap basuh..hihi. Rak kasut memang dah lama dalam cart K.Ika.. Ada rezeki lebih tu yang rak kasut dalam senarai K.Ika.. Tak ada nak tunggu-tunggu terus je checkout barang..hihi.. Nanti lambat-lambat barang che

Drawer Di Shopee

Sesi mengemas bilik K.Ika pulak.. Kali nie nak kemas bahagian tudung & selendang K.Ika dah senget sebab sebelah je K.Ika guna untuk gantung dan jadi berat.. Tak stabil terus penyidai tu.. K.Ika beli drawer nie dekat shopee semasa sale 12/12.. K.Ika beli drawer sebab senang nak letak baju suami yang dah tak cukup..hihi.. Ada ruang kosong boleh letak apa-apa dekat situ kan..  Kos penghantaran hanya dapat diskaun sahaja.. Untuk pembelian drawer kena buat checkout banyak kali jika beli lebih dari 1.. K.ika pon ta tau kenapa kan.. Dah rule seller macam tu kena lah ikut kan..Bila dah letak tudung K.Ika dalam drawer nie kurang sikit lah habuk jika ada yang tidak pakai kan.. Sebelum nie K.Ika sidai terdedah jadi bahagian bawah banyak habuk melekat dekat tudung.. Tambah jika warna hitam nampak habuk melekat walaupon tiap-tiap hari sapu tau.. Nampak kemas lah bila semua dah masuk dekat dalam drawer tu.. Penyidai yang lama tu K.Ika gunakan juga buat tempat letak kasut.. Sebenarnya tem

Frame Dinding

Entry sebelum nie K.Ika ada cerita pasai memborong barang di kedai 2co ~  https://syameika90.blogspot.com/2019/12/kedai-2co.html  ~ Korang boleh baca dekat link nie.. Nie suami punya cadangan.. K.Ika tak pandai sangat bab menghias nie.. K.Ika malas nak ambil sebab risau suami tak boleh buat kerja berat lagi kan.. Tak mau lah ambil barang yang akan melibatkan suami kena drill dinding kan.. Untuk makluman suami K.Ika kemalangan bulan 5 semasa pergi kerja dan melibatkan tulang belakang suami hancur dan kena masuk besi.. Ok kita cerita balik pilihan suami.. Kalau ikutkan K.Ika tengok gambar janji cantik je..hihi.. Frame nie tak gantung lagi sebab drill dinding tak ada.. Jadi K.Ika letak bawah supaya suami nampak kerja dia tak siap lagi.. Suami kata dia boleh buat tu yang beli frame. Dekat kedai 2co banyak pilihan frame gambar nie.. Macam letak dekat pintu bilik pon ada juga.. Harga untuk frame semua RM 2.10 .. Boleh rambang mata tau nak pilih... K.Ika rasa nak duduk lah dekat situ pi

Adapter Plug

Wah siap beli adapter.. Nak p jalan overseas ke tu??? K.Ika dah ada adapter nie tapi jenis besar warna putih.. K.Ika saja je cari adapter dekat shopee mana tau ada harga yang mampu milik kan.. Akhirnya K.Ika jumpa juga adapter yang murah juga dari seller lain.. Seller yang K.Ika beli nie dari malaysia.. Adapter yang K.Ika beli nie dia ada 3 plug asing.. Jadi tak makan ruang sangat lah bila masuk dalam bag kan..  Adapter nie boleh juga pakai dekat rumah tak semestinya untuk pergi overseas kan.. Ada setengah charger telefon menggunakan plug overseas atau laptop kan.. K.Ika beli sebab senang nak cas laptop dekat rumah dan juga vacum K.Ika kepala dia menggunakan plug overseas .. Jadi memudahkan kerja K.Ika kan.. Tak perlu nak keluar yang plug yang besar tu.. Ada spare dekat rumah nanti nak berjalan senang nak cas handphone dan gajet yang lain.. HARGA Mesti korang tak percaya dengan harga yang K.Ika nak bgitau nie.. Harga adalah RM 5.90 + postage = RM 10.03 .. Yang nie K.Ika

Ole-ole Dari Jepun

SIL K.Ika dia pergi ke Jepun untuk belajar dekat sana.. Perbelanjaan di sana ditanggung sepenuhnya oleh pihak jepun termasuk duit elaun sekali.. Hanya keluar duit jika nak beli apa-apa barang.. Bag silang nie semua SIL dapat.. Yang abang-abang hanya dapat coklat sahaja.. SIL sahaja yang dapat ole-ole special sikit..hihi.. SIL dekat Jepun lama juga lah dalam 2 bulan.. K.Ika nak kirim jam tapi bajet tak berapa nak ada kita tengok jam dekat shopee je lah 😂.. Ada rezeki lebih nanti kita pergi sana lah beli sendiri.. K.Ika rindu juga dekat Jepun.. Kawasan yang selamat dan penduduknya yang tidak ambil port sangat tentang orang.. Bulan 1 nie SIL pergi lagi ke Jepun dapat Intern dekat sana selama sebulan.. Ada rezeki boleh lah kirim apa yang patut kan.. Selalunya bila pergi sana sendiri kan apa benda pon tak nak beli..hihi.. Bila dah balik macam-macam nak beli..hahahaha.. Currency dekat Jepun agak tinggi juga lah..huhu.. Nak baca dekat mana K.Ika pergi selama dekat Jepun boleh baca d

Iron Board

Enty sebelum nie K.Ika tulis sale 12/12 ~  https://syameika90.blogspot.com/2019/12/shopee-sale-1212.html ~ Yang nie pon K.Ika beli dekat shopee semasa sale 12/12.. Nak beli apa semua ada di shopee.. Semua dihujung jari zaman sekarang.. Bukan tak boleh pergi beli dekat MYDIN atau ZEEMART dekat kawasan rumah K.Ika nie.. Tak jauh pon pasaraya nie.. Disebabkan suami K.Ika dalam kategori rajinnnnn sangat kan tu yang beli online je..hihi.. Iron board K.Ika yang lama papan dia masih elok lagi.. Yang rosak adalah penahan bawah nya dah patah.. Tak boleh nak diselamatkan lagi.. Sebelum ni dah patah dan boleh diselamatkan setelah dikaji.. Kali nie tak boleh diselamatkan.. Lama tau K.Ika cari iron board harga yang berpatutan dan juga review dari customer..  HARGA Pada K.Ika harga dia berpatutan juga.. Dalam RM 28.99 .. Kos penghantaran dia mahal sikit dalam RM 7.84 .. Antara 11 barang K.Ika beli kos penghantaran yang nie paling mahal.. Kenapa mahal K.Ika pon tak tau lah.. Mungkin de

Kedai 2co

Tengok nama tajuk pon korang dah tau kan.. Salah satu kedai yang berhantu bila masuk dah set dekat minda nak beli apa bila keluar 4 bungkus plastik bawa keluar.. K.Ika pergi salah satu cawangan kedai 2co nie.. Mula-mula K.Ika sendiri pon tak tau sebab macam tak percaya kedai nie ada dekat dalam MALL tau bukan dekat kedai yang diluar mall tu..  Cubaan ajak suami ke sini berapa kali baru dia nak pergi.. Selepas habis urusan suami dan tak tahu nak pergi mana K.Ika pon bagi lah cadangan untuk pergi ke sini.. Mula tu macam agak malas juga suami nak pergi.. Dah tak ada pilihan jadi suami pon bawa pergi ke sini..  KEDAI 2CO AEON NILAI Kedai 2co ada dalam AEON guys!!! Mr Diy K.Ika tau lah selalu ada je dekat mana-mana pasaraya kan.. Kawasan lain K.Ika tak pasti ada ke tak.. Tak pasti ketinggalan ke apa..hihi.. K.Ika jarang-jarang sekali jalan dekat mall walaupon mall tu dekat je tak jauh..hihi.. Orang lain dah banyak kali pergi K.Ika nie baru pertama kali masuk kedai nie.. K.I

Shopee Sale 12/12

Sapa yang join sale 12/12 🙌... K.Ika terjebak sebab nak dapatkan postage percuma je..hihi.. Boleh je beli sebelum sale tapi banyak kena postage 😅.. Ada juga barang yang dapat postage percuma dan harga murah postage.. Kira ok lah tu kan.. Dapat lah jimat kos postage dekat situ.. Memandangkan ada duit lebih sikit bulan nie K.Ika membeli sakan ye barang rumah sampai RM 5++... Tak apa beli barang rumah kan dapat beban sikit suami.. Semua yang K.Ika beli berguna juga untuk kegunaan rumah juga kan.. Sambil tu belikan juga suami hadiah hari jadi dan aniversary.. Wah ko pakej sekali terus tau.. Walaupon dah lepas lama kan.. Apa nak heran bukan orang lain pon suami sendiri kan.. Barang kali nie K.Ika banyak beli barang untuk bilik game suami.. Nak kemas bilik tu untuk buang apa yang tak pakai..  K.Ika punya barang hanya kasut,drawer besar dan drawer kecil.. Drawer besar sebab tempat gantung tudung dan selendang dah senget jadi K.Ika beli je lah terus drawer besar senang.. Boleh j

PROMOSI EMDOLL BEAUTY

Ada berita gembira buat korang yang diluar sana.. Produk Emdoll Beauty ada buat sale sehingga hujung tahun nie.. Sempat lagi tu nak grab harga promosi yang memang bebaloi pada K.Ika.. Ramai customer yang memnag berpuas hati dengan SERUM dan juga DD CUSHION .. Nak dapatkan kulit muka yang sihat kenalah amalkan secara konsisten kan.. Produk nie selamat digunakan dan mendapat kelulusan dari KKM ..  Kepada yang baru nak cuba dengan Perfect Serum nie ada juga promosi untuk Ala Carte .. Perfect serum nie cepat meresap ke dalam kulit muka kita dan tidak melekit langsung.. Lepas korang pakai kulit muka akan terasa lembut sahaja tau.. Untuk bagi serum meresap ke dalam kulit muka kita korang kenalah juga cuci muka dengan bersih dahulu sebelum sapu serum nie.. Kalau tak basuh muka macam mana serum nak meresap kan dengan muka yang penuh dengan habuk yang kita tak nampak.. DD CUSHIO N nie memang best sangat bila pakai.. Terasa ringan sahaja di muka korang tau.. Sesuai untuk kegunaan oran