Yang nie drawer kecil & comel tau.. Korang tengok gambar mesti tak percaya comel je.. Sebab bayangan K.Ika lain bila dah sampai lain..hihihi.. Semasa sale nie K.Ika banyak beli barang rumah harap tak bosan lah membaca ye 😁.. Maklum lah beli barang rumah bukan selalu bila ada bajet lebih tu yang baru beli sikit-sikit..
Drawer yang kecik nie adalah untuk kegunaan K.Ika 1 untuk meja makeup simpan barang yang keci-kecil dalam tu lepastu lagi 2 suami punya untuk bila game.. Boleh simpan segala screw yang kecik atau yang sesuai.. Barang untuk repair handphone atau laptop yang halus boleh lah letak dalam tu tak ada lah bersepah atau hilang.. Bila terpijak benda halus nie boleh buat badmood sekejap 😂..
K.Ika tak suka rumah bersepah dan berhabuk.. Dekat meja makeup K.Ika bila ada benda yang bertutup jadi kurang sikit lah habuk membiak kan.. Itu yang kita nak.. K.Ika agak sensitif dengan habuk dan akan bersin.. Bila K.Ika asyik bersin akan tau kawasan tu berhabuk dan akan periksa samaada betul atau tak..hihi..
Pergerakan K.Ika agak terbatas juga.. Tidak semua kerja rumah K.Ika buat.. Sedih tau bila kita nak buat kerja tapi terbatas.. Nak tengok tak drawer kecik K.Ika yang comel tu 🙊..
DRAWER DARI SHOPEE
Comel je kan drawer nie.. Sesuai lah untuk wanita yang nak letak aksesori macam cincin, rantai, subang tau pin tudung.. K.Ika pilih seller nie sebab design dia menarik lepastu harga mampu milik tapi ada kekurangan sikit dari seller nie.. Sepatutnya dalam masa 3 hari akan ship out tapi seller nie ambil masa sampai 10 hari baru ship out dan seller nie dari overseas..
Bila chat pon macam lambat sikit balas apa yang kita tanya.. Nasib baik lah barang K.Ika sampai juga.. Risau juga barang tak sampai kan.. Nanti mood nak kemas rumah terus tak ada..hihi.. Korang sebelum beli periksa dulu seller tu dan chat jika jawab segala soalan kita kira ok lah tu..
K.Ika kalau beli barang hanya dekat SHOPEE je sekarang.. Tak ada app lain dah.. Barang yang dijual dekat sini pon harga berpatutan juga tau..
SEBELUM & SELEPAS
Gambar sebelum dekat meja makeup tak ada.. Dah pindah bawah baru teringat nak ambil gambar.. Selalu bila kemas rumah K.Ika tak pegang handphone tu yang setengah bila kemas tak ada gambar sebelum.. Bila pegang handphone nanti kerja lambat berjalan..hihi.. Nampak tak serum berapa botol yang K.Ika dah pakai.. Sebenarnya banyak lagi tapi dah buang 😅..
Tadddaaaaaaa... Selepas mengemas dan ini lah hasilnya.. Nampak ruang jimat sedikit.. Sebelah barang suami sebelah barang K.Ika.. Bakul hijau tu K.Ika beli dekat kedai 2co.. K.Ika nak beli yang jenis bertutup tak nak bagi habuk melekat dekat barang..
Semasa mengemas bilik game suami terjumpa frame gambar nie.. K.Ika pon tak pasti sapa yang bagi.. Nak letak gambar tak cuci lagi 😝.. Tak tahu nak letak gambar mana dekat frame gambar nie..hihi..
Mesti pelik kan kenapa meja makeup K.Ika tak ada cermin??? Masa pindah dari sarawak pihak pengurusan dah buat patah dan cermin selamat lagi cuma terpisah cermin dengan meja makeup tu.. K.Ika tak ingat buat apa dengan cermin tu sampai jatuh dan pecah..hihi.. Sempat lah merasa duduk dekat sarawak dalam 3 bulan..
Rumah K.Ika biasa-biasa je sebab rumah kuarters kan.. Malas nak hias lebih-lebih sebab bila keluar kena pastikan rumah dalam keadaan elok.. Tunggu ada rumah sendiri lah baru boleh kita hias ikut citrasa K.Ika dan suami..
Comments
Post a Comment