Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Rawatan Kesuburan ( 7 ) #clomid50mg

  Memandangkan cycle 2 bulan lepas tidak berjaya..huhu.. Ada sedikit hampa tapi kita tetap kena terus berusaha juga.. Lama baru K.Ika jumpa doktor balik.. Bulan lepas sudah full jadi dapat bulan 11.. Ok lah dari bulan 12 memang tak boleh lah nak makan ubat sebab suami operation..Lagi lama pulak kena berehat..hahaha.. Period K.Ika macam tahu je K.Ika berharap dapat makan clomid cycle yang nie.. Kalau ikutkan kalendar hari yang sepatutnya K.Ika jumpa doktor adalah period CD 4.. K.Ika tak pasti boleh makan ke tak clomid pada CD 4.. K.Ika datang period lewat bulan lepas jadi masa jumpa doktor CD 2.. Doktor pon kata semua ok ubat pon beri respon juga.. Cuba tak menjadi sahaja.. Sama ada rahim dan janin tu tidak serasi jadi dia gugur menjadi period atau sperm tidak sempat bersenyawa dengan ovum.. Jika tidak ada PKPB masa rawatan akan datang kemungkinan K.Ika akan buat IUI..  Doktor bagi K.Ika clomid, folic asid dan duphaston ( makan selepas iui ).. Ubat yang tu doktor bagi awal sebab buat IU

Nak Bagi Kemas Kedudukan Barang

  Cara nie K.Ika baru jumpa dekat shopee.. Dekat shopee apa je yang tak jual.. Semua ada jual..hihi.. Memandangkan K.Ika nak beli mop baru untuk mudahkan kerja K.Ika bila mop jadi K.Ika fikir juga cara nak simpan bagi nampak kemas dan tidak serabutkan.. Kalau boleh dekat tempat tersembunyi lah.. Tak adalah orang datang rumah nampak sangat kalau bersepah..hihi.. Pelekat nie memang kukuh sangat dan hanya boleh melekat dekat tile @ marmar yang seangkatan dengannya.. Dinding tak boleh ye maybe gam tu tak sesuai dengan dinding.. Kalau tak K.Ika nak letak susun dekat bahagian luar semua sekali tapi bila baca balik kata dinding tak boleh jadi kena fikir lah cara lain nak susun mana kan..  TARAAAA HASILNYA..... Penyapu nie sebelum nie K.Ika letak diantara bilik K.Ika dan bilik lagi 1.. Nampak tak sesuai pulak letak situ.. K.Ika gantung dekat sebelah peti ais jadi tak nampak sangat..  Nie salah satu cara macam mana tak nak bagi mop basah bila letak di dalam bilik air.. Bila ganung macam nie ba

Happy Anniversary Yang Ke 7 Tahun

  Pejam celik kejap je dah 7 tahun usia perkahwinan.. Adat resam dugaan setiap perkahwinan ada pasang surut naik kan.. Bahagia sepanjang perkahwinan menipu lah namanya tu.. K.Ika dah lepas ujian 5 tahun perkahwinan.. Harap perkahwinan nie sampai ke jannah.. Perkahwinan pertama dan terakhir kami..  Tahun nie tak sambut pon sebab PKPB jadi kedai banyak yang tutup awal dan tak buka.. Suami nak belikan K.Ika kek dia tau K.Ika suka kek tapi K.Ika tengah kawal makanan yang manis 😅..  Punya seksa lah nak kawal makan yang bermanis nie.. K.Ika tahan iman nie tak nak makan manis.. Secuba boleh hanya makan sebulan sekali sahaja.. Suami K.Ika belikan coklat sahaja.. Kebetulan masa tu nak beli barang jadi suami bagi K.Ika coklat..hihi.. Jimat pon jimat kan.. K.Ika nak mintak apa pon tak tahu untuk anniversary tahun nie..hahaha.. Makan je lah deka rumah senang kan.. Nak makan dekat luar pon malas juga.. Suami ada pelawa K.Ika makan western tapi K.Ika kurang suka sebab nanti lapar balik..hahaha.. Ja

Naviforce

Yey.. Ada modal lebih jadi K.Ika belikan jam buat suami juga.. Korang boleh tengok jam suami yang lagi 1  klik dekat link nie>> Naviforce  << Jam lama masih elok lagi cuma dekat tali tu dah nak rosak jadi kita beli awal-awal..hihi.. K.Ika nak cari jam cuma model yang K.Ika minat suami tak suka.. Alang-alang K.Ika cari jam yang sama jenama dengan suami.. Design untuk perempuan limited.. Jam K.Ika masa hantaran 7 tahun lepas dah rosak.. Dekat sini K.Ika tak tahu mana kedai yang buat baiki jam tangan.. Dekat kampung K.Ika tahulah kedai mana..hihi.. Cari punya cari K.Ika pilih jam suami dahulu tengok warna apa yang dia berkenan.. Bila dah dapat K.Ika pon cari warna yang sama dengan jam suami.. Nak juga tu sedondon.. Pergelangan tangan K.Ika kecik jika pakai jam yang dah berlubang di tali kena tebuk lagi 2 lubang..huhu.. Jam yang K.Ika pilih nie jenis besi dan suami kata ok kita beli je lah.. Model yang suami dan K.Ika punya nie bila dalam gelap jarum akan keluar lampu.. Jam lel

Daging Masak Kicap

 K.Ika memang tak reti nak masak daging.. Pernah K.Ika cuba masak daging sendiri dengan cara merebus dengan sudu sekali tetapi tetap juga liat.. K.Ika beli daging yang jimat sikit lah.. Kalau bahagian batang pinang tak payah nak pening kepala sebab dah memang bahagian tu memang lembut.. Harga pon boleh tahan juga dekat bahagian yang nie..huhu.. K.Ika ada jumpa salah satu cara nak masak bagi daging lembut dan K.Ika jumpa nie dekat facebook.. Maklum lah tahun nie kan semua orang banyak habiskan masa di rumah sebab wabak covid-19 yang makin merebak dengan pantas.. Semua orang banyak masak dirumah dari makan diluar.. Rumah K.Ika memang tak ada pressure cooker sebab tak tahu nak masak apa guna tu.. Asyik menu yang sama je tambah suami kalau ada sambal ikan bilis dia memang tak akan sentuh lauk lain..  K.Ika sejak dah pandai masak daging nie asyik masak daging kicap je..hahaha.. Bahan pon simple je menggunakan bahan apa yang ada dirumah.. K.Ika semua menu masakan masak simple sahaja... Kalau

The Sheep Sanctuary Cameron Highlands

  Mesti ramai yang dah pergi dekat sini kan.. K.Ika baru je pergi masa bulan 9 haritu dengan kawan suami.. Sheep dekat sini gemuk-gemuk dan terlebih ramah.. Sapa yang takut kena terjah tak payah lah jerit-jerit dekat situ.. Dia kejar korang sebab sheep tu dah biasa diajar orang ramai  kita hulur makan.. Dia pon tau bila masa orang ramai tentulah ada makanan dekat tangan kita.. Korang buat tak layan dia akan pergi dari korang.. Harga tiket sebelum nie masuk adalah PERCUMA dan makanan dikenakan cas RM 3.. Sekarang punya harga adalah RM 8 ( DEWASA ) , Kanak-kanak ( RM 5 ) t ak salah K.Ika.. Harga tiket termasuk dengan makan sekali.. Dapat 1 pack seorang.. Pada K.Ika berbaloi lah bawak anak-anak kan.. Tahun depan tak ada apa K.Ika cadang nak bawak anak asuh K.Ika.. Tapi dia takut binatang berbulu nie 😂.. Ada juga arnab dekat sini.. Arnab duduk dekat dalam sangkar sahaja.. Masa K.Ika pergi ada sheep buat kelakar dia sangkut muka dekat tali sebab orang main-main bagi dekat dia makanan..hah

Cara Nak Pastikan Daun Segar???

 K.Ika baru tau akan kewujudan cara seperti nie.. Mungkin ada setengah pihak sudah tahu.. Selalu yang K.Ika baca di facebook kebanyakan rendam bahan tersebut.. Rumah K.Ika bukan banyak pon bekas..hihi.. K.Ika dapat tau cara nie dari Kak Yati iaitu founder Sendayu Tinggi.. K.Ika selalu juga tengok video masakkannya.. Dia selalu buat frozen bahan-bahan seperti bunga kantan, daun kari, daun limau purut. K.Ika pon cuba lah dan ternyata memang berhasil..  Daun yang kari & limau purut nie K.Ika simpan nak dekat sebulan juga lah.. Daunnya masih elok dan segar.. Sebelum nie K.Ika beli bila jarang pakai seminggu dah rosak daunnya.. Kita bukan masak menu tiap-tiap hari menggunakan daun kari atau limau purut tu.. Daun pandan pon K.Ika cuba buat dan masih elok.. Memang tahan lama dan jimat sikit bila nak beli.. Nak tanam sendiri duduk rumah tak ada tanah susah juga kan..hihi..Nie je lah salah satu cara penjimatan K.Ika.. Sapa nak cuba boleh lah.. Tak adalah asyik ke pasar beli daun-daun nie ti