K.Ika baru tau akan kewujudan cara seperti nie.. Mungkin ada setengah pihak sudah tahu.. Selalu yang K.Ika baca di facebook kebanyakan rendam bahan tersebut.. Rumah K.Ika bukan banyak pon bekas..hihi.. K.Ika dapat tau cara nie dari Kak Yati iaitu founder Sendayu Tinggi.. K.Ika selalu juga tengok video masakkannya.. Dia selalu buat frozen bahan-bahan seperti bunga kantan, daun kari, daun limau purut.
K.Ika pon cuba lah dan ternyata memang berhasil.. Daun yang kari & limau purut nie K.Ika simpan nak dekat sebulan juga lah.. Daunnya masih elok dan segar.. Sebelum nie K.Ika beli bila jarang pakai seminggu dah rosak daunnya.. Kita bukan masak menu tiap-tiap hari menggunakan daun kari atau limau purut tu.. Daun pandan pon K.Ika cuba buat dan masih elok..
Memang tahan lama dan jimat sikit bila nak beli.. Nak tanam sendiri duduk rumah tak ada tanah susah juga kan..hihi..Nie je lah salah satu cara penjimatan K.Ika.. Sapa nak cuba boleh lah.. Tak adalah asyik ke pasar beli daun-daun nie tiap minggu kan.. Simpan dekat tempat yang ais batu tu.. Peti ais zaman sekarang dekat bahagian atas kan dah tak ada aiz batu bertakung seperti peti ais zaman dulu punya..
Cuba tau jangan tak cuba cara nie 😉
HASILNYA......
Comments
Post a Comment