Pejam celik kejap je dah 7 tahun usia perkahwinan.. Adat resam dugaan setiap perkahwinan ada pasang surut naik kan.. Bahagia sepanjang perkahwinan menipu lah namanya tu.. K.Ika dah lepas ujian 5 tahun perkahwinan.. Harap perkahwinan nie sampai ke jannah.. Perkahwinan pertama dan terakhir kami..
Tahun nie tak sambut pon sebab PKPB jadi kedai banyak yang tutup awal dan tak buka.. Suami nak belikan K.Ika kek dia tau K.Ika suka kek tapi K.Ika tengah kawal makanan yang manis 😅.. Punya seksa lah nak kawal makan yang bermanis nie.. K.Ika tahan iman nie tak nak makan manis.. Secuba boleh hanya makan sebulan sekali sahaja..
Suami K.Ika belikan coklat sahaja.. Kebetulan masa tu nak beli barang jadi suami bagi K.Ika coklat..hihi.. Jimat pon jimat kan.. K.Ika nak mintak apa pon tak tahu untuk anniversary tahun nie..hahaha.. Makan je lah deka rumah senang kan.. Nak makan dekat luar pon malas juga.. Suami ada pelawa K.Ika makan western tapi K.Ika kurang suka sebab nanti lapar balik..hahaha..
Jadi sambutan tahun nie biasa-biasa sahaja.. Mungkin rezeki tahun depan boleh pergi bercuti pulak bila anniversary kan.. Dapat dalam malaysia pon jadilah.. Cadang hujung tahun depan nak ke MEKKAH lagi sekali untuk buat UMRAH.. Tak tahu lagi jadi ke tak duit pon tak simpan lagi sebab duit yang sedia ada nak guna kegunaan lain..
Semoga jodoh K.Ika dan suami berpanjangan hingga ke jannah dan bahagia disamping anak-anak.. Wah banyak anak-anak tu kan.. Umur K.Ika makin meningkat jadi K.Ika kalau boleh nak anak sebelum umur 40.. 10 tahun lagi orang kata masa masih panjang tapi pada TTC 10 tahun lagi nak dapatkan sorang tak tahu berapa tahun..huhu.. Nak juga bagi suami zuriat sendiri.. Jika usia nak dekat 40 tahun masih tidak ada nampak nya K.Ika kena ambil anak angkat lah..
Doakan K.Ika dan suami dikurniaka zuriat yang soleh & solehah.. Kalau dapat twin sekali gus ok juga tapi doktor tak galakkan sebab risiko nyawa hamil twin agak tinggi.. K.Ika pon tak ada keturunan twin jadi nak dapatkan anak twin tu memang rendah lah kan.. Jika ALLAH S.W.T rasa K.Ika dan suami kuat mental dan fizikal tak mustahil kami akan dapat twin kan.. Semuanya kuasa dari ALLAH S.W.T.. AAMIINN...
COKLAT KIT KAT
Comments
Post a Comment