K.Ika memang tak reti nak masak daging.. Pernah K.Ika cuba masak daging sendiri dengan cara merebus dengan sudu sekali tetapi tetap juga liat.. K.Ika beli daging yang jimat sikit lah.. Kalau bahagian batang pinang tak payah nak pening kepala sebab dah memang bahagian tu memang lembut.. Harga pon boleh tahan juga dekat bahagian yang nie..huhu..
K.Ika ada jumpa salah satu cara nak masak bagi daging lembut dan K.Ika jumpa nie dekat facebook.. Maklum lah tahun nie kan semua orang banyak habiskan masa di rumah sebab wabak covid-19 yang makin merebak dengan pantas.. Semua orang banyak masak dirumah dari makan diluar.. Rumah K.Ika memang tak ada pressure cooker sebab tak tahu nak masak apa guna tu.. Asyik menu yang sama je tambah suami kalau ada sambal ikan bilis dia memang tak akan sentuh lauk lain..
K.Ika sejak dah pandai masak daging nie asyik masak daging kicap je..hahaha.. Bahan pon simple je menggunakan bahan apa yang ada dirumah.. K.Ika semua menu masakan masak simple sahaja... Kalau nak buat menu lain kena tanya suami dulu dia makan atau tak.. Suami benda yang dia tak pernah makan dia tak akan sentuh. Menu daging nie menu K.Ika.. Kalau teringin kena lah masak 2 jenis menu masakkan..hihi..
Sapa yang baru nak belajar masak daging dan tak tahu macam mana caranya nak bagi daging lembut boleh guna cara yang K.Ika jumpa nie.. Lain orang lain cara.. Terpulang pada korang nak cuba yang mana 1 ye..
CARA MELEMBUTKAN DAGING
Masukkan minyak masak sedikit ngam2 untuk tumis. Lepastu masukkan lah daging tu.. Bila air dah nak kurang barulah korang kerap kacau. Korang kacau sampai air kering tau..
DAGING MASAK KICAP SIMPLE
Bahan-bahan
Kicap Manis
Sos Black Paper
Sos Tiram
Bawang Besar dihiris halus
Cili Padi atau Cili Besar untuk rasa pedas-pedas
Cara Masak
1. Guna minyak yang kita masak daging tadi sebab tu K.Ika kata masukkan minyak masa rebus daging hanya cukup-cukup untuk tumis nanti.. Masukkan bawang besar dan cili.
2. Bila bahan tumis tadi dah layu sedikit masukkan kicap manis,sos black paper dan sos tiram.. Nie ikut agak-agak korang nak letak banyak mana.
3. Jika pekat masukkan sedikit air dan masukkan daging yang dah masak tadi.. Biarkan 5 minit dan tutup api.
4. Makan dengan nasi panas-panas tak pandang kiri kanan dah..hihi.
Taraaaa.... dah siap masak daging kicap simple cara K.Ika.. K.Ika masak memang tak ada sukatan main masukkan sahaja.. Sapa nak cuba menu yang tak seberapa nie boleh lah..
Comments
Post a Comment