Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

A'Bloom BHA Blackhead Blaster

White head atau Black head adalah perkara yang tidak asing yang dialami tidak kira lelaki mau pon perempuan.. Tidak kira usia remaja atau yang meningkat usia.. K.Ika pon ada juga alami benda nie.. Paling ketara black head di hidung K.Ika.. White head ada di muka K.Ika cuma bahagian tertentu sahaja.. Akan naik di muka bila makeup terlalu lama & liang pori tertutup.. Naik dengan meriah lah white head di muka K.Ika..  ALTHEA ada mengeluarkan produk untuk hilangkan blackhead di muka kita.. Produk terbaru adalah A'Bloom BHA Blackhead Blaster.. Pasaran yang sedia ada jika untuk blackhead dalam bentuk cecair kan.. Tapi tidak pada produk ALTHEA.. Mereka keluarkan dalam bentuk stick.. Memang mudah dibawa kemana sahaja dan bersaiz kecil seperti lipstik.. Korang letak dalam handbag pon tidak makan ruang yang banyak..  Antara bahan yang terdapat adalah Natural BHA, Charcoal, Apricot Seed Powder & Tea Tree Leaf. Gunakan tiga kali setiap hari, BHA stick semula jadi yang le

Althea A'Bloom Meringue Puff

Sambungan untuk entry yang lepas punya  https://syameika90.blogspot.com/2019/06/althea-abloom.html .. Entry yang kali nie K.Ika nak cerita tentang barang kedua Althea A'Blom iaitu Giant Meringue Puff & Baby Meringue Puff..Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana rupa puff nie kan.. Selfie dengan puff yang comel nie 😘 Comel gila lah puff nie tau.. Rasa sayang pon ada nak guna puff yang comel nie..Kita boleh guna macam-macam dengan puff nie.. Contoh Baby meringue puff korang boleh guna untuk blend foundation,blusher,contour di pipi & di bawah mata.. Untuk Giant Meringue Puff korang boleh blend kan dengan foundation juga nak bagi cepatkan besar muka korang puff tu..hihi.. Baby Meringue Puff & Giant Meringue Puff Puff nie korang boleh guna sama ada nak basahkan dahulu atau pakai terus.. Tak ada masalah mana-mana pon boleh korang nak guna..Selalu nya untuk blend dengan foundation seeloknya basahkan dahulu puff tu untuk bagi diblend dengan foundation lebih baik

Perfect Clean Cleansing Tissues

Sebelum nie K.Ika pernah buat entry tentang wipe face nie wipe-face-dari-althea .. Wipe face nie K.Ika beli dari ALTHEA..Berkesan ke untuk menanggalkan makeup? Pada K.Ika memang berkesan menanggalkan makeup di muka K.Ika..Lepas dah tanggal makeup menggunakan tisu muka nie kenalah juga cuci muka korang dengan pencuci muka juga.. Untuk memastikan liang pori korang tak tersumbat.. Bau tisu nie pon wangi tau.. Memang best lah dengan harga pon tidak mahal sangat.. K.Ika beli awal tahun 2019 sekarang dah naik harga dalam RM 6..  Kepada yang suka pada barangan korea dengan harga yang berpatutan korang boleh lah pergi ke laman web ALTHEA untuk membeli.. Jangan tersangkut penuh pulak cart korang nanti 😂.. Banyak lah list barang yang mereka jual dari skin care sampailah ke makeup.. Memang boleh rambang mata dibuatnya tau.. Video yang agak simple dari K.Ika.. Tidak berapa pandai lagi nak buat video.. Harap dapat yakinkan korang yang PERFECT CLEAN CLEANSING TISSUES nie memang terbaik..

Barang Kosmetik Murah Di Ipoh

Ha!!!!!!! Kawasan yang paling diminati oleh kaum wanita dan digeruni oleh kaum lelaki..Tempat yang dimana kaum wanita bila masuk tidak jumpa jumpa jalan keluar selagi tak penuh bakul tu 😂.. Dah alang-alang K.Ika lama dekat ipoh & kebetulan ada benda yang SIL K.Ika kirim lah barang dekat kedai nie.. Dah masuk kita pon join sekali lah untuk beli barang.. K.Ika masuk sini boleh kawal nafsu sebab K.Ika bukan selalu makeup.. Jadi hanya makeup boleh dikira dengan jari..hihi.. K.Ika beli eyeshadow,highlight & berus.. MIL ambil wipe face & SIL K.Ika kirim Inai kening & eyebrow pencil..Sikit je barang K.Ika tu.. Memang sikit je kalau lama lagi dekat dalam tu mau plastik besar K.Ika bawak keluar.. Kalau en suami tengok K.Ika bawak keluar plastik besar mau bertambah sakit en suami 😜.. Barang hasil rembatan K.Ika di kedai tadi.. 😁 SOALAN SELALU ORANG AKAN MEMBUAT TIDAK YAKIN MEMBELI PRODUK MURAH.. TAK ROSAK KULIT KE?ADA KELUAR BERITA TENTANG PRODUK MURAH YANG BOLE

Althea A'Bloom

Apa agaknya barang yang baru dikeluarkan oleh Althea Korea kali nie.. Tak sabar rasanya nak cuba dengan produk dari Althea nie.. Untuk pengetahuan korang Althe nie berpusat di Korea maknanya jika beli melalui laman web mereka barang akan dipos dari sana.. Jangan risau selama K.Ika beli dengan Althea nie peghantaran dalam masa 1 minggu lebih dah sampai barangnya belum pernah lagi sampai barang dalam masa 2 minggu..Jika korang tidak mempunyai kesabaran yang tinggi macam nak sampai dalam masa 2 @ 3 hari tidak digalakkan korang membeli di sini..Mana ada beli barang dari luar negara mereka pos akan sampai dalam masa terdekat.. Ok sebelum melebar panjang ceritanya marilah kita lihat apa yang ada di dalam kotak purple yang K.Ika dapat nie.. TARAAAA!!!!!!! Banyak juga isi dalam nya.. K.Ika dengan kecantikan memang minat gila.. Dapat pulak barang kecantikan memang muka senyum sampai ke telinga lah jawabnya.. Puff comel tu K.Ika berkenan sungguh lah..Tak sabar nak gunakan barang

Casing Hp & Cover Laptop

Salah satu habit K.Ika adalah suka menukar casing hp.. Bila dah agak lama K.Ika akan mula lah kepala otak fikir nak tukar casing hp yang lain.. Bosan rasanya asyik casing yang sama sahaja 😂.. Kali nie K.Ika pilih untuk beli secara online nak pergi kedai tidak boleh dengan keadaan suami jadi ini lah salah satu cara untuk tukar casing baru..Gunakan peluang keemasan untuk membeli secara online..hihi.. Sebelum beli kena tapis dulu mintak pendapat cantik atau tak pilihan K.Ika.. App shopping pilihan K.Ika mestilah SHOPEE.. Casing nie dari china & sudah tentulah ambil masa yang lama kan.. Seller yang K.Ika beli casing nie memang servis dia tip top.. Dalam masa seminggu sahaja sudah sampai dekat K.Ika..Kalau ikut kan dapat lagi cepat jika buat alamat rumah K.Ika tapi dah K.Ika pon balik kampong sebab ada urusan yang tak dapat nak dielakkan jadi buat alamat ipoh..Barang kan akan sampai dekat selangor dulu..K.Ika pon tak kisah janji selamat sampai dekat K.Ika kan.. Casing hp pili

SSD Murah Di Shopee

Memandangkan laptop Kak Ika dah lama mintak untuk diupgrade dan suami pon ada modal sikit jadi kami pon risik2 lah di app shopping yang ada.. Yang jadi pilihan kami adalah SHOPEE..Dengan harga yang berpatutan & servis agak baik buat masa nie.. Harap jangan servis ke laut lah yer.. Kekal kan servis yang ada sekarang nie.. Suami yang akan pilih bab melibatkan laptop.. Kak Ika tak berapa reti sangat nak baca detailnya.. 😅.. Kak Ika tau bayar sahaja.. SSD nie dari malaysia juga jadi tidak ambil masa yang agak lama lah.. Laptop jadi lambat & berat.. Sebelum tukar ke SSD laptop Kak Ika menggunakan Hard Disk .. Nampak betui jauh ketinggalan baru nak menggunakan SSD..  SSD nie suami ambil saiz 240GB.. Boleh lah sebelum nie menggunakan Hard Disk pon tak pernah penuh pon.. Laptop selalu letak gambar sahaja.. Install window semua suami yang buat.. Kak Ika boleh je buat dah suami nak buat kita bagi je lah.. Bagi lepaskan rindu nak membaiki laptop..hihi..  Yang pasti nak on

Sambut Birthday Anak Asuhan

 Sebelum balik kampung untuk berehat lama disana kebetulan kawan suami hendak datang melawat suami kerana baru keluar hospital.. Anak asuhan pulak hari jadi esoknya maka kak Ika & Suami berpakat sambut hari jadi anak asuhan sebelum kami balik kampong..Buat kejutan macam tulah untuk keluarga anak asuhan Kak Ika.. Kawan-kawan suami datang bawa makanan banyak..Terbalik pulak tetamu datang rumah bawa makanan kan..Kak Ika tak pandai masak sangat.. Jadi kami hanya order pizza.. Sekali kawan suami datang full house.. Memang susah lah rumah Kak Ika penuh dengan tetamu.. 😅.. Pintu rumah memang sentiasa tertutup..Lagipon peralatan dapur masak rumah Kak Ika macam orang bujang 😂.. Masa keluarga anak asuhan datang Kak Ika pulak dapat kejutan.. Mereka bawa kek pulak.. Siap tulis nama Kak Ika lagi.. Kek yang Kak Ika beli tak ada tulis nama Kak Ika tak terfikir pulak nak tulis nama Kak Ika dekat kek tu.. Hari jadi Kak Ika & anak asuhan sama bulan..Memang meriah lah malam tu..

Yey Menang Hadiah

Dah lama dah dapat hadiah nie.. Baru ada masa nak taip dekat blog nie.. Sibuk jaga suami sakit.. Suami memerlukan perhatian dari Kak Ika.. Jadi nak on laptop rasa leceh pulak..hihi.. Sebelum kejadian suami kemalangan Kak Ika ada join main teka teki di instagram.. Susah Kak Ika nak join main teka teki sebab malas nak otak berfikir  😂  .. Air yang kedua tu Kak Ika dapat teka bila diberi clue baru boleh jawab.. Kalau tak Kak Ika dah giveup dah.. Nampak sangat malas nak tekakan..  Ini lah air yang Kak Ika menang main teka teki tu.. Air yang bahagian depan senang jawab sebab dalam tu ada halia jadi dah tentu lah air halia yang depan.. Yang buat Kak Ika rasa nak menyerah tu air yang gelas belakang.. Dapat clue baru betoi jawapan..hihi  Taraaaaa. ini lah hadiah yang Kak Ika dapat.. Macam sesuai pulak dengan Kak Ika.. Nampak muka naik berseri pakai warna pink nie.. Walaupon kulit tak berapa nak cerah mana pon.. Kak Ika suka dapat tudung ni.. 😊

Pulut Durian Santan

Apa menu makan petang korang semua?? Kak Ika dekat rumah nie jarang ada makan menu petang.. Suami bukanlah jenis suka makan banyak kali.. Dia hanya makan sekali tapi dalam kuantiti yang banyak.. Yang selalu lapar dekat rumah nie Kak Ika sorang lah..hihi.. Memandangkan MIL ada dekat rumah Kak Ika & MIL memang suka makan durian.. Anak MIL yang sorang a.k.a suami Kak Ika sorang je yang tidak makan durian.. Senang cerita banyak lah buah yang dia tak makan.. 😂..  Kebetulan masa MIL ada dekat sini banyak ada orang jual durian tergugat iman MIL Kak Ika tu..hihi..  MIL banyak kali sebut teringin nak makan durian,suami pon cakap pergi je lah beli dengan Kak Ika.. Memandangkan dekat rumah ada pulut apa lagi lajulah Kak Ika pergi dengan MIL.. Tak jauh pon dekat kawasan kuarters Kak Ika ada jual..  Ada banyak pilihan kena pandai pilih je lah.. Mula-mula mertua ambil yang sekilo RM 7 lepastu tak tahan tengok yang atas punya ambil sehiji yang tu.. MIL ingat harga nya RM 10 sekilo rupan

Keluar Wad

Suami sudah keluar hospital.. Tak lalu lama-lama dia nak duduk di hospital.. Kak Ika pon tak larat juga sebab kena duduk dalam aircond.. Sejuk gila, Kak Ika dah lah jenis tak tahan duduk dalam sejuk..hihi... Sebelum keluar kita selesaikan dahulu urusan hospital.. Potong nama,ambil ubat,MC (surat cuti sakit) & mintak laporan kesihatan suami.. Laporan kesihatan nie lama baru boleh dapat.. Dalam sebulan macam tu.. Kak Ika ingatkan boleh dapat terus masa keluar wad..huhu.. Lama nak tunggu laporan kesihatan suami tu.. Ubat sampai awal sebab doktor di bahagian tu dah order awal dekat farmasi.. Urusan suami nak keluar dah boleh balik awal.. Ingatkan petang baru selesai urusannya.. Masa kami nak balik kami mintak bantuan transport dari tempat kerja suami.. Nasib baik ketua suami dah mintak transport standby ..hihi... Kalau tak grab lah jawabnya..  JUMLAH KESELURUHAN BILL HOSPITAL Memandangkan suami kerja kerajaan jadi hanya menggunakan GL sahaja.. Bila Kak Ika lihat bill s

Pentingnya Insuran

Memandangkan suami kemalangan baru-baru nie.. Kak Ika nak nyatakan bahawa pentingnya insurans nie sebab boleh masuk ke hospital swasta & servis cepat.. Memandangkan suami kerja kerajaan jadi suami menggunakan GL.. Suami ada ambil insuran koperasi tapi ermmmm malas nak cerita lah dekat sini.. SODDIIIIIIHHHHHHHHH!!!!!! Macam suami untuk besi masuk ke tulang belakangnya hospital tidak mempunyai barang tersebut jadi kena beli dekat pengeluar.. Boleh claim dengan JPA tapi urusan memang lambat dan ambil masa yang agak lama.. Kebetulan minggu tu kerap cuti iaitu cuti vesak dan nuzul al-quran..  Nasib baik lah SIL suami boleh bantu untuk membayarkan wang dahulu tidak perlu menunggu dari JPA.. Selepas pembedahan baru kami akan hantar borang untuk dihantar kepada JPA untuk claim balik duit untuk bayar dekat SIL kami.. Dah pinjam kenalah bayar balik.. Bukan sikit nak kena bayar balik dekat SIL kami.. Harga barang tu sahaja RM19,500.. Nak kumpul sendiri belum tentu lah suami dah operati

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang mengenali diri nie.. Tahun nie tak ada apa persiapan raya sebab suami kemalangan dibulan lepas.. Suami dilanjutkan kena tahan di hospital.. Raya ke 3 baru boleh keluar..harap dipermudahkan segala urusan harap suami dapat keluar raya ke 3 nie.. Tahun depan kita buat persiapan raya ye.. Selalu persiapan raya sederhana sahaja.. Biskut-biskut memang tak ada beli sebab dekat rumah kami memang tak makan biskut.. Suami kami suka makan kerepek sahaja.. Harap suami cepat kembali sembuh & sihat seperti biasa.. Mohon maaf andai ada tersalah & terkasar bahasa.. Baju raya Kak Ika & Suami tahun nie.. 😅

Selamat Hari Jadi

Hari jadi sapa lah agaknya bulan nie kan..Mestilah hari jadi Kak Ika..hihi.. Alhamdulillah masih lagi dipaniangkan usia untuk berkhidmat kepada kedua orang tua & juga suami.. Sambutan tahun nie memang tidak ada kerana dengan keadaan suami.. 😢.. Kak Ika harap suami cepat kembali sihat seperti biasa..Rindu dekat suami yang dulu..Bila tidak berapa cergas isteri pon rasa sayu je.. Lepas operation nak ke proses pemulihan anggota badan agak seksa juga lah.. Kak Ika yang jaga nya hanya mampu memberikan kata semangat dekat suami.. Dah sihat nanti baru sambut birthday ek..Walaupon tarikh depan dah lepas janji sepanjang bulan 6 boleh sambut kan.. Waktu sihat tak adalah bila2 boleh sambut bulan 6..hihi.. Doakan suami Kak Ika cepat kembali sembuh seperti biasa ye.. Dah lama sangat dekat hospital nie.. 😁.. Dah sihat nanti kita p jalan-jalan ye.. Target macam nak pergi langkawi lagi.. Nak hirup angin laut pulak.. Aroma terapi buat kami bila stress.. Terasa nyaman je bila dekat laut..