Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Kulit gatai @ Eczema

Siapa mengalami kulit eczema macam K.Ika? Punca nya tak tahu sebab apa.. K.Ika mula mengalami selepas kawin.. Punca dia naik bintik-bintik halus berair.. Bila pecah je akan jadi gatai-gatai.. Makin lama makin merebak habis lah jari K.Ika nie.. Selama 8 tahun juga lah K.Ika makan nasi dengan sudu.. Pakai jari akan pedih dan gatai-gatai.. Memang tak seronok ye makan nasi bila menggunakan sudu..  Baru-baru nie menjadi balik K.Ika punya gatai-gatai.. Apa punca pon K.Ika tak pasti sebab apa jadi naik..hihi.. Nak bagi bintik-bintik tu taknak berair dan kering K.Ika cuba lah buat experiment sendiri..hihi..  Cara yang K.Ika buat adalah rendam kan mana yang gatai tu dengan air suam campur garam.. K.Ika guna garam bukit jadi tak pedih bila kena air.. Esoknya akan jadi macam gambar tu.. Memang kering dan tak berair.. Buatlah 2 @ 3 hari bagi betul-betul baik.. Memang menjadi dengan cara macam nie.. Bila berair K.Ika suka kopek..hahaha.. Jari asyik nak main je dekat bahagian luka tu.. K.Ika sekaran

Mini Blender

  Mini blender nie adalah kali ke 2 K.Ika beli.. IKutkan malas nak beli sebab yang pertama tu pakai kejap sangat baterinya habis.. Nie semua terpengaruh dengan tik tok..haha.. Selalu sangat lalu fyp akhirnya tewas K.Ika beli juga..haha.. Kali nie punya mini blender tahan lama baterinya..hihi..Barang sampai 30/11 lepastu bagi cas penuh.. Habis baterinya 10/1.. Lama juga tahan baterinya.. Tak halus dan tak kasar sangat hasilnya.. Kalau malas nak cincang halus-halus bawang boleh guna mini blender nie..hihi.. Masa nak cuci kena jaga-jaga pisau tajam dan halus je pisaunya.. Pada K.Ika memang berpuas hati dengan blender nie.. K.Ika dah lama juga usha blender yang sederhana punya 😅..  Ada rezeki nak beli blender yang sederhana pulak.. Nie kalau suami tahu bising dia berapa banyak blender nak beli..hahaha... Pakai duit sendiri suami tak marah kalau pakai duit suami malas nak soal jawab..hihi.. Nak bawak pergi masak berkelah pon senang sebab mini nie guna cas bateri sahaja.. Ada rasa berminat

Happy Anniversary 2023

  Pejam celik dah lepas fasa 10 tahun K.Ika dengan suami.. Umur biar lah rahsia..hihi.. Kami masih lagi diuji dengan ALLAH belum dikurniakan zuriat.. Agaknya suami ada bisnes baru rezeki anak sampai kot..hihi.. Perubatan moden K.Ika da cuba.. Belum ada mood lagi nak cuba perubatan moden yang melibatkan jarum nie..hahaha... Semoga rumah tangga K.Ika dan suami berpanjangan hingga ke jannah.. K.Ika adalah juga tanya suami kalau nak kawin lain untuk dapatkan anak pergi lah tapi pisahkan K.Ika lah.. K.Ika nie bukan baik mana pon nak berkongsi nie.. Bantal K.Ika pon tak bagi suami pakai nie kan nak kongsi suami kan.. Ye lah dah kawin lama dengan K.Ika tapi K.Ika masih belum berikan zuriat dekat suami.. Tipu lah tak teringin nak anak kan tapi nak buat macam mana dah ALLAH kata belum rezeki kami lagi.. Usaha dah cuba macam-macam dari moden,kampung,berurut.. Mungkin ALLAH nak bagi suami lebih perhatian dekat K.Ika kot..hahah.. Ikhtiar tu tetap lah cuba tapi tak try hard.. Nak cuba betul-betul m