Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Klinik O&G HPUPM Bertukar Kepada Swasta

  Baru-baru nie K.Ika dah mulakan balik rawatan.. Bila dah selesai jumpa doktor nurse dekat situ kata ada pembayaran.. K.Ika pon blur lah nak bayar apakan.. Rupa-rupanya klinik O&G dah tukar kepada swasta dan GL tak digunakan lagi dekat situ.. K.Ika tanya suami juga nak teruskan atau stop.. Suami kata teruskan je lah mana tau berbayar menjadi 😅.. Kalau K.Ika tengok pada kewangan lah selagi mampu teruskan je lah K.Ika pon dah buat lama rawatan dekat situ nak pindah2 hospital macam leceh.. Kalau hospital lain parking banyak macam HPUPM mungkin boleh dipertimbangkan 🤭.. Nasib baik klinik suami masih boleh guna GL.. Nanti K.Ika share lah berapa kos rawatan dekat sini.. Setakat nie yang K.Ika tahu harga adalah jumpa doktor harga RM30, Pap smear RM 80.. Belum harga termasuk ubat ye. Tu je lah perkembangan terkini pasai rawatan K.Ika.. Semoga sinar 2022 akan hadir junior K.Ika dan suami.. Apa yang penting kita ikhtiar dah dengan cara hospital.. Oh ya K.Ika dalam kategori unexplanned.. D

Tribit

 Sapa sini peminat earphone angkat tangan?? K.Ika nak kongsi dengan korang earphone original dengan harga yang berpatutan.. K.Ika berat sebenarnya nak bagi suami beli earphone risau pakai sekejap je kan lepastu tak pakai dah..hihi.. Jenama nie K.Ika serius tak pernah dengar.. K.Ika hanya tahu jenama yang terkenal sahaja tak tahu lah kalau jenama nie terkenal K.Ika tak tahu.. Lagipon K.Ika bukan peminat earphone sangat.. Paling lama pakai itu pon sejam keluar semasa membeli barang dapur.. Untuk mengelakkan cakap dengan orang K.Ika layan je lah lagu..hihi.. Dekat situ tulis tahan bateri bila cas penuh adalah 24 jam.. Cas pon tak lama mana pon bila nak sampai penuh.. Suami pakai nie untuk main game untuk dengar pergerakan.. Dari perhatian K.Ika suami main pakai 4 jam hanya 20% sahaja yang pakai.. Bunyi pon sedap K.Ika ada cuba juga dengar lagu pakai tu..hihi.. Semuanya pon OK lah.. Ada warranty lagi tu tau.. Harga bajet dalam bawah Rm150.. Kedai dekat shopee taip je TRIBIT MALAYSIA.. Keda

Kesan sampingan Clomid

  Bahaya ke bila makan terlalu banyak clomid nie?? Antara yang K.Ika tahu dari pengalaman K.Ika sendiri adalah akan boleh menyebabkan pertumbuhan cyst.. Macam sebelum nie ada tak ada cyst tiba-tiba bila dah makan clomid dan scan ada cyst.. Antara cyst tu akan kecut sendiri atau memerlukan makan ubat.. Ada setengah orang tak tahan makan clomid nie jadi doktor akan tukar kepada letrozole..  Dan juga bahaya jika makan ubat kesuburan nie juga adalah boleh menipiskan dinding rahim kita.. K.Ika dapat tahu sebab K.Ika dah makan ubat clomid nie 3 cycle.. 2 cycle 50mg 1 cycle 150mg.. Sebelum makan yang 150mg nie K.Ika jumpa doktor masa CD22.. DPO K.Ika tak ingat hari ke berapa 😅.. Doktor scan melalui perut dan nampak ada sesuatu di belah kiri K.Ika.. Mula-mula scan perut kemudian scan melalui tvs pulak.. Ubat K.Ika ambil dulu CD2 period jumpa doktor balik untuk scan..  Masa scan CD2 period alhamdulillah cyst K.Ika mengecut.. K.Ika datang period tetap tapi dalam pendek period nya.. Ini lah seba

Serunding Ikan

  Pertama kali K.Ika cuba masak menu nie.. Nie salah satu makanan kesukaan suami tapi K.Ika tak makan 😅.. K.Ika ingatkan masak benda nie kejap je tapi bila dah masak boleh tahan lama nak dekat 2 jam baru betul-betuk kering serunding tu.. Lenguh juga lah kaki berdiri lama..hahaha.. Pastikan serunding tu betul-betul kering ye untuk bagi tahan lama.. Sapa nak cuba boleh lah tapi K.Ika punya masakan selalu banyak main campak-campak je..hihi.. Bahan yang digunakan pun senang nak cari dan  tak menggunakan bahan yang remeh..  Sebelum nak belajar benda nie K.Ika tengok dulu bahan senang cari ke tak.. Permintaan suami adalah nak guna ikan sardin.. Jadi K.Ika kenalah cari ikan sardin.. Dah macam masak laksa dah guna ikan sardin.. Laksa pon K.Ika tak tahu masak sebab makan sorang malas nak belajar masak menu tu..hahah.. Kalau melibatkan makan sorang lebih baik beli je lah dekat kedai..hihi.. K.Ika suka masak simple je tak pening kepala nak guna banyak bahan.. K.Ika kenalah masak menu yang suami

Suplemen Yang Terbaik Untuk Sperm #top1

  Ini lah suplemen untuk sperma lelaki yang kebanyakkan doktor akan cadang suami makan.. Harga dia agak kayangan dalam RM3++ ke atas ye.. Tertelan air liur bila doktor bagitau harga 😅.. Kena amalkan dalam 3 bulan macam tu.. 1 kotak ada 60 tablet.. Ermm.. Kalau suami gaji 5k ke atas boleh lah nak ambil.. Gaji pon baru lah rasa nak naik sikit.. Itu pon dah cilok bawak masuk ke simpanan untuk bayar yuran belajar suami.. K.Ika bagi suami makan surbex sahaja je lah..hihi.. Kalau suami korang merokok/vape memang doktor akan bagi cadangan yang nie.. Ikut pada kewangan korang lah mana yang mampu.. Bila buat test kita tahu lah suplemen mana yang suami sesuai makan.. Nak mulakan dari yang murah pon ok juga.. Pastiakn suami korang kurang merokok lah.. Sama-sama berkorban kan..  Ini adalah antara suplemen yang terbaik untuk sperma.. Rasa mampu boleh je beli untuk cuba.. K.Ika dah makan macam-macam pon sama juga 😂.. Siapa suami ada masalah sperma atau dalam tahap OK boleh lah ambil mana-mana supl

Opk apa tu??

Sapa yang masih tak tahu apa itu OPK? Benda nie paling rapat dengan golongan ttc kiranya dah macam BFF lah. Ok K.Ika bgitau opk nie adalah OVULATION TEST STRIP. . K.Ika dah lama buat benda nie lepastu masih tak melekat dan putus asa malas nak buat lagi 🤣 ( sifat yang nie jangan ikut tau ).. Buat test nie semangat sebab kita tak sabar nak tengok test tu naik double line.. Bila dah naik double line boleh lah BD ( Baby Dancing @ seks ) dengan suami korang.. Nak buat berapa kali pon boleh asalkan larat 😅.. Kepada TTC yang belum cuba korang boleh lah cuba pakai cara nie untuk tau masa subur korang.. K.Ika tak pasti jenama mana yang ok tapi korang kena beli dalam kuantiti sedikit lah untuk cuba.. Ada setengah orang cuba model A dapat detect subur tapi kita guna tak dapat detect.. Lebih kurang macam tu lah.. Nak lagi pasti jangan lupa jumpa doktor sekali tau.. Disebabkan K.Ika nie penakut sikit nak jumpa doktor tu yang lambat baru nak jumpa.. Sapa yang dah kawin lebih 2 tahun dah bole

Baby Baru Dari Emdoll Beauty??

Produk Emdoll Beauty dah keluarkan baby baru uollsss... Nak tau tak apa dia?? Nie sapa yang mengalami kulit bermasalah memang helokkk pakai tau.. K.Ika pon dah test produk nie memang best.. Dah lah bau wangi tak berminyak pulak tu.. Bangum tido esok kulit sentiasa lembab je tau.. Dah tak ada masalah kulit kering..  Produk nie bukan timbang kilo ye walaupon harga murah.. Ada kelulusan kkm tau.. Baby baru nie pakai hanya waktu malam sahaja.. Boleh tahan sebulan tau!! Calit sikit-sikit je sebelumt tido.. Dia tak kam menipiskan kulit muka korang.. Kalau menipiskan kulit muka K.Ika dah putih melepak dari tangan 🤣.. BREAKOUT CREAM Ni lah baby keluarkan terbaru dari emdoll beauty.. Dah nama pon breakout cream akan lebih kepada masalah kulit muka yang selalu dihadapi semua orang.. Apa yang bestnya Breakout Cream nie bau dia sangat wangi tau.. Esok pagi korang bangun tidur akan terasa lembut je dekat kulit muka korang.. Ada jerawat yang baru nak timbul tu sebelum tidur korang sapu je breakout

1 Tahun Dah..

  Pejam celik tanpa sedar dah 1 tahun K.Ika buat rawatan dekat hospital.. Pergi hospital berapa kali je.. Main dengan jarum pon ermm seram rasanya.. Nurse semua dekat situ ok baik.. Doktor pon ok lah pada K.Ika.. Belum lagi K.Ika jumpa doktor yang main cakap lepas macam ada setengah yang pengalaman doktor main cakap lepas.. Memandangkan asyik PKP & kes makin tinggi K.Ika ' hold ' dulu untuk rawatan dekat hospital.. Lagipon suami kerja tak menentu.. Bulan 8 baru K.Ika sambung balik sebab suami ada rawatan jadi K.Ika pergi hospital rawatan yang sama dengan suami senang sekali jalan.. Kalau tak nak buat bulan 7 nie tapi suami dah kena kerja shift jadi malas nak terkejar-kejar2.. Dah habis baru kita buat rawatan.. Sempat lagi lah ambil mood untuk bermain dengan jarum nie..hihi.. Sepanjang K.Ika TTC nie apa benda tak cuba kebanyakan banyak lah K.Ika cuba..hahaha.. Sekarang malas nak makan apa-apa dah.. Kita makan ubat hospital je dah tentu bila buat tvs boleh nampak perkembanga

Berehat Dulu

  K.Ika berehat dulu selepas buat IUI bulan 3 tak jadi..hahaha.. K.Ika pon dah bagitau klinik dan mereka pon bagi K.Ika rehat.. Dah bersedia nak buat rawatan bagitau je..hihi.. Covid makin tinggi K.Ika malas nak tergesa-gesa.. Kita rehatkan badan dulu dari makan ubat banyak sangat..hihi..  Hospital K.Ika buat rawatan tak ramai orang kalau nak buat sekarang pon boleh tapi suami pon dah mula sem dan kerja banyak K.Ika malas lah nak terkejar-kejar dengan anak asuhan lagi.. Anak asuhan memang K.Ika bawak sekali sebab dah biasa bawa mereka sekali dan kami pon tak sunyi lah sambil tunggu giliran... Moga K.Ika dan jarum tak takut lah..hahaha.. K.Ika target sampai 35 tahun buat rawatan... Ada lagi 4 tahun untuk buat rawatan.. Dalam masa 4 tahun harap dapat 2 orang anak pon dah syukur sangat2.. Dapat lebi daritu pon ok juga..hihi.. Tengok lah rezeki dapat berapa..

Selamat Hari Jadi

  Masuk tahun 2021 maka umur pon makin meningkat usia.. Semoga K.Ika diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga amanah yang diberi.. Menjadi seorang yang makin penyabar & kental 😅.. K.Ika sama bulan dengan anak ( asuhan ) K.Ika.. Adik je lari jauh jarak bulan 11 😂 tapi sama bulan dengan aniversary K.Ika.. Ok lah tu tak ada yang cemburu tak sama dengan ibu..hihi.. Sama juga sama seperti sebelum nya harap akan ada keajaiban rezeki di dalam rahim K.Ika.. Akan menanti dengan sabar dan ikhtiar selagi boleh.. K.Ika tahun nie sambut hari jadi dengan anak potong kek.. Kalau ikut kan hari jadi K.Ika anak datang tapi ayahnya cuti jadi K.Ika tangguh potong kek sampai anak datang.. Kek hari jadi K.Ika mama anak belanja.. Sambut anak beranak je sebab hari jadi K.Ika jatuh tarikh lockdown 😂.. Anak pulak penutup lockdown..hahaha.. Terima kasih yang ucap dekat K.Ika.. Biar sikit asalkan ada yang mengingati.. Kita jadi cctv je lah.. Dalam facebook memang tak ada sebab tu facebook suami..Hanya y

Surbex Zinc Coq 10

Sapa tau apa tu.. Ha nie lah salah satu suplemen lelaki yang boleh korang amalkan.. Yang mampu milik.. Selain amalkan >>  HIMALAYA SPEMAN  <<.. Harga 2 suplemen nie mampu milik dan tak mahal.. Nanti K.Ika kongsi 1 lagi suplemen yang memang bagus untuk lelaki.. Harga dia MAHAL sikit.. Surbex Zinc ada 2 jenis 1 biasa & 1 lagi ada COQ10.. COQ 10 nie mahal sikit dari yang biasa.. Kalau sperm suami korang dah buat ujian doktor kata ok nak makan nie pon tak ada salahnya.. Bagi banyak sperm suami lagi bagus.. Mana tau ada yang sperm turbo lagi berenang kan..  Sambil makan suplemen nie kalau boleh kurang-kurangkan lah hisap rokok atau vape.. Kalau suami korang jenis telan semua sayur dan buah hisap je lah rokok tu.. Kalau suami jenis makan sayur dan buah pon susah berkorban lah sikit untuk isteri tu.. Isteri pon kena juga pantang makan suami pon sokong lah isteri sekali.. Senang cerita lebih elok berhenti merokok lagi bagus.. Ada anak pon nanti tak boleh hisap rokok dekat anak

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Macam mana persiapan raya korang?? K.Ika tak ada beli baju raya pon.. Beli kuih raya pon last minute tu pon 4 jenis je yang ada.. K.Ika je yang makan kuih tu semua 😅.. Nak dekat raya kes covid makin tinggi maka raya untuk balik kampung terus 'gelap'.. Tahun lepas dapatlah juga beraya dekat kawasan 1 negeri.. Tahun nie jangan katakan dalam negeri dalam daerah pon belum tentu lepas..huhu.. Tema baju raya tahun nie adalah ' recycle' iaitu emereld green baju tema tahun 2018 😂.. Itu last baju raya kami.. 2019 suami excident kami raya dekat hospital.. 2020 & 2021 covid malas nak beli baju raya..hahaha.. Moga 2022 dapatlah beraya di kampung dengan keluarga dan baby.. amiinnn..  Rumah K.Ika memang kurang meriah raya.. Lagipon K.Ika tak pandai sangat masak nak jamu tetamu makan..huhu.. Kalau boleh balik raya memang tak ada buat persiapan apa pon..hahaha.. Semua orang tak sabar nak balik kampung beraya.. Tahun nie raya memang membosankan.. Duduk rumah makan,tido,tengok tv,m

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

  Kejap je masa berlalu pejam celik dah nak masuk puasa.. Tahun ke2 masih lagi puasa dengan MCO covid yang masih belum reda.. Tak tahu lah tahun nie dapat balik raya ke tidak.. Baju raya pon tak beli lagi..hahaha.. Tahun nie lagi cepat kita berpuasa.. Harap dapatlah puasa penuh tahun nie 😋.. Berangan tak salah kan..  Tahun nie K.Ika puasa mengasuh.. Harap bertenaga lah sebab kena jaga 2 orang sekali..hihi.. Biasalah budak macam-macam ragam ada.. Korang semua dah buat persiapan raya ke tu?? K.Ika tak buat apa pon.. Dekat rumah tak ada sapa nak datang..hihi.. Kepada diluar sana patuhilah SOP yang kerajaan dah beri.. Jangan lah pergi dekat tempat sesak.. K.Ika nak balik kampong komee.. Hanya keluar bila beli barang yang penting sahaja.. Virus nie kita bukan boleh nampak pon.. Dah nak dekat raya nie makin seronok pulak makin naik tinggi kes.. Nampak gayanya raya Nilai lagi lah tahun nie..  Baju raya pon ada kemungkinan besar pakai yang recyle lagi tahun nie..hahaha... K.Ika paling senang

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Rawatan Kesuburan ( 12 ) #IUI Tidak Berjaya

Akhirnya benda yang tertanya-tanya sudah terjawab.. K.Ika dah buat UPT pada DPIUI 13 & DPIUI 18 keputusannya negative.. Tidak berjaya IUI yang pertama kali nie.. K.Ika dah rasa tak ada sebab masa DPIUI 13 breast tak sakit dan segugut tak ada hilang.. Buat ujian pon memang nampak tak ada.. Sebelah je yang merah terang lagi sebelah kosong putih sahaja..huhu.. Tipu lah tak sedih masa DPIUI 13 K.Ika mood dah sedih..  K.Ika redha je lah.. K.Ika pon stop makan duphaston.. Sebab ada K.Ika baca kalau makan period tak datang.. K.Ika stop esoknya keluar lah tanda-tanda period tu.. Tak apalah K.Ika enjoy je lah masa yang ada nie.. Dapat lah bermanja dengan suami selama 2 minggu.. K.Ika tak tahu nak buat IUI sebelum puasa nie atau selepas raya baru buat.. Tengok pada keputusan suami.. Jangan putus asa je lah.. K.Ika akan cuba tenangkan diri semungkin yang boleh dan elakkan stress.. Suami pon ada cakap tak ada cuba lagi lah.. K.Ika pon ok je lah bila dengar jawapan suami tu.. Kena mula rajin be

Lazz Susu Kambing

  Sebelum nie K.Ika pernah ambil susu kambing tapi tak ingat sama ada jenama lazz atau khalish.. K.Ika ingatkan ada tulis dalam blog nie rupanya tak ada.. K.Ika susu tak boleh nak minum..K.Ika minum susu nie tak ingat sampai umur berapa tapi suka betul minum susu lembu jenama fernleaf perisa Original.. sampai berebut lah nak minum susu tu.. Masa kecil K.Ika badan kurus macam tak cukup zat.. Tu family bagi minum susu tepung 😅.. Dah lama berhenti K.Ika jadi tak suka minum susu Original.. Bila beli susu kambing K.Ika akan tanya ada perisa coklat atau tak..hihi.. Dah cuba minum yang Original K.Ika rasa nak muntah.. Jadi sebelum elak pembaziran K.Ika beli perisa coklat siap-siap... Harga untuk susu lazz & khalish nie sama tu sebab K.Ika tak berapa ingat yang mana 1 K.Ika pernah beli dulu.. K.Ika ada baca yang susu lazz nie kurang manis dan sesuai untuk PCOS yang memang kena kawal manis..  Salah satu ikhtiar K.Ika untuk TTC minum minuman nielah.. Minum susu kambing dengan kuram 7 biji..

Rawatan Kesuburan ( 11 ) #IUI

Hari yang dinantikan dan penuh debaran buat K.Ika.. Pertama kali ye melalui proses nie.. Takut,darah gugup semua adalah datang masa dah sampai dekat makmal nie.. Susah nak digambarkan..hihi.. 05/03/2021 CD 14 Pagi tu confermkan dekat prof sama ada nak buat atau tak.. K.Ika tanya suami dahulu.. Suami kata ok jadi baru msg prof tu kata proceed IUI tu.. Masa perjalanan nak buat IUI nie ada drama tau.. Suami kalau tak berdrama tak sah.. Mood dia swing selepas bangun tido tu.. Suami tak berapa suka untuk buat IUI nie.. Tak mau buat bgitau je lah jangan kata OK lepastu tu mood swing.. Stress K.Ika tau masa tu.. Hujan juga lah sekejap tu pon cover-cover hujan.. Suami tak tahu pon walaupon ada dekat sebelah K.Ika 😅.. Bukannya dia nak pujuk biasalah EGO tinggi..hahaha.. Dah biasa menangis pujuk diri sendiri je lah.. Nak harapkan orang pujuk memang tak adalah.. K.Ika cuba pujuk diri jangan stress..  Dah sampai tu orang makmal suruh keluarkan sampel suami untuk pilih sperm yang paling terbaik..

Rawatan Kesuburan ( 10 ) #HuCoG 10000 & Foliculin

03/03/2021 CD 12 Pagitu K.Ika kena pergi ke hospital untuk beli ubat dan cucuk sekali 1 ubat dekat situ.. K.Ika bajet dalam bawah RM100 macam tu.. Ingatkan 1 ubat sahaja.. Rupanya 3 ubat.. Masa bayar tu terkejut dengar harganya.. Dah lah gaji lambat lagi kena korek-korek dekat akaun simpanan.. Nasib baik K.Ika dan suami ada buat akaun simpanan untuk kecemasan punya atau jika gaji awal akan ambil dekat situ lah untuk guna..  Oh ya ubat yang K.Ika beli nie kena letak dalam ais.. Hospital yang K.Ika pergi nie ada sediakan ais untuk bawak balik rumah.. Hospital lain K.Ika tak tahu ye.. Dah sampai rumah sila simpankan ubat tu dalam peti ais.. Ais batu yang hsopital bagi kita letak lah dekat tempat beku esoknya nak jumpa doktor boleh guna. Harga ubat yang kena dalam RM 145.60.. Apa ubat yang doktor tulis tu.. Cycle sebelum nie K.Ika hanya cucuk 5000 sahaja.. Cycle kali nie kena 2 kotak untuk cucuk HuCoG tu.. Yang buat mahal lagi adalah Foliculin dalam RM 66.. K.Ika pertama kali untuk cucuk f

Rawatan Kesuburan ( 9 ) #clomid150mg & progynova

 Bermulah rutin checkup dekat hospital.. Ingatkan kot dapat lah secara natural bila rehat checkup dah 2 kali cycle makan clomid dan juga cucuk bagi telur pecah.. Maklum lah orang ttc nie peratus untuk melekat normal ambil masa sikit.. Kali nie jumpa pakar lain sedikit proses tu.. Harap dia tak suruh repeat buat HSG sudah.. K.Ika takut sakit sebenarnya.. hahahah.. Masa buat dulu dekat klinik ipoh dia bagi bius penuh.. Jadi bila sedar tu sedar-sedar dah siap..  Masa datang tu doktor mintak scan rahim dekat perut dan juga scan TVS ( melalui vagina )... Waktu scan tu ada benda bulat dekat bahagian belah kiri K.Ika.. Masa scan tu K.Ika CD24.. Jadi  doktor pakar agak mungkin K.Ika ada cyst.. Doktor Pakar bagitau nanti dah datang period call untuk set kan temu janji scan masa CD2..K.Ika tak pernah lagi scan semasa period.. Doktor hanya bagi ubat dulu makan bila selepas scan.. Hanya makan folic asid sahaja dahulu..  Doktor bagi K.Ika clomid naik dari sebiji kepada 3 biji sehari.. Progynova ( t

Cendol Kampung Hulu Melaka

  Sapa pernah cuba makan cendol disini?? Mula-mula K.Ika ingat kan cendol biasa yang kita makan tu sebab harga lebih kurang sama sahaja.. K.Ika tak perasan ada tulis ' shaved ' maksud nya ais batu tu dah di campur dengan santan atau susu menjadi macam ais batu lepastu dikisar.. Lebih kurang macam tu lah ceritanya.. Masa dapat tu K.Ika pelik tak ada letak santan ke.. K.Ika dah terasa dekat anak tekak sedap makan cendol dengan santan 😅.. Baca balik betul-betul K.Ika yang silap tapi tak apa janji sedap..hihi.. Lain daripada yang lain lah cendol nie.. Kedai nie K.Ika dah perasan masa datang hotel dan berapa kali dah lalu.. Kedai nya tak jauh pon belakang hotel je 😂.. Sebelum masuk K.Ika bayangkan hanya ada kedai cendol sahaja tapi macam-macam ada dekat situ.. Lebih kurang konsep ala-ala food court.. Kedai cendol menghadap laluan kapal cruise lalu.. Musim covid nie kalau boleh jangan pergi orang padat dalam tu tau..  K.Ika bodek suami singgah sini dahulu selepas balik.. Mula-mula

Jalan-Jalan Melaka

Sebelum suami operation ada ajak K.Ika pilih nak percutian ke mana selepas suami dah baik operation.. K.Ika mula-mula ambil penang boleh jumpa anak buah sekali... Dah lama lepastu K.Ika pilih Melaka sebab dekat dengan rumah dan tak ambil masa lama perjalanan.. Suami pon baru operation kan malas nak pilih jauh-jauh.. Suami pon On Melaka jadi kami bercuti 2 orang sahaja.. Sejak khawin nie pertama kali berjalan berdua sahaja untuk bercuti.. Mesti ada yang tak percaya kan.. haha.. Suami K.Ika bukanlah seorang rajin nak bawa berjalan nie.. Banyak habiskan masa dekat rumah sahaja dan hanya keluar bila nak beli barang komputer dia 😂..  Alhamdulillah ada rezeki sikit untuk beli kereta second sahaja.. Nak beli yang baru tak mampu lagi suami nak bayar sebab masih lagi dalam belajar...K.Ika yakin setiap orang ada rezeki masing-masing dan terpulang pada gaya hidup nak berbelanja duit tersebut.. Tu yang buat semangat suami ajak K.Ika berjalan.. Next Pantai Timur pulak.. Kalau covid reda boleh lah

Hallmark Hotel Leisure Melaka

 Hotel yang menjadi pilihan K.Ika dan suami adalah Hallmark Hotel Leisure.. Ada lagi 1 hotel yang sama agak mahal sikit mungkin dekat dengan bandar besar.. Hotel nie berdekatan dengan Jonker Walk.. Jalan kaki dalam 600 meter sahaja.. Musim covid harga hotel kebanyakan harga jatuh.. Percutian bajet boleh lah pilih hotel nie.. Harga 1 malam hanya RM42 sahaja.. Deposit RM 20 bayar dekat kaunter.. Kawasan sini banyak yang dekat-dekat lah.. Rajin jala kaki memnag best lah boleh bakar lemak sekali.. Suami malas nak jalan kaki jadi kami naik kereta juga bila jalan dekat kawasan situ..hihi.. Hotel nie agak old school sikit.. Bangunan pon macam dah lama sangat.. Dekat ruangan nak ke lift agak berbau sikit aircod nya rosak.. Apa yang K.Ika perasan bilik hotel macam dah cat dngan warna lain.. Ok lah tu kan bagi nampak meriah sikit.. K.Ika mintak bilik rokok dapat bilik yang tak boleh merokok.. Jadi suami nak hisap rokok kena buka tingkap bagi asap keluar.. Tilam nya agak keras sikit macam spring