03/03/2021 CD 12
Pagitu K.Ika kena pergi ke hospital untuk beli ubat dan cucuk sekali 1 ubat dekat situ.. K.Ika bajet dalam bawah RM100 macam tu.. Ingatkan 1 ubat sahaja.. Rupanya 3 ubat.. Masa bayar tu terkejut dengar harganya.. Dah lah gaji lambat lagi kena korek-korek dekat akaun simpanan.. Nasib baik K.Ika dan suami ada buat akaun simpanan untuk kecemasan punya atau jika gaji awal akan ambil dekat situ lah untuk guna..
Oh ya ubat yang K.Ika beli nie kena letak dalam ais.. Hospital yang K.Ika pergi nie ada sediakan ais untuk bawak balik rumah.. Hospital lain K.Ika tak tahu ye.. Dah sampai rumah sila simpankan ubat tu dalam peti ais.. Ais batu yang hsopital bagi kita letak lah dekat tempat beku esoknya nak jumpa doktor boleh guna.
Harga ubat yang kena dalam RM 145.60.. Apa ubat yang doktor tulis tu.. Cycle sebelum nie K.Ika hanya cucuk 5000 sahaja.. Cycle kali nie kena 2 kotak untuk cucuk HuCoG tu.. Yang buat mahal lagi adalah Foliculin dalam RM 66.. K.Ika pertama kali untuk cucuk foliculin nie.. Apa fungsinya?? Dari pembacaan K.Ika adalah untuk mencantikkan lagi telur tu.. Kalau salah mintak maaf lah ye.. K.Ika silap baca msg doktor tu, K.Ika pergi cucuk yang HuCoG sepatutnya kena cucuk Foliculin dahulu HuCoG tu selepas scan baru cucuk 😅..
Sepatutnya malam tu K.Ika kena pergi hospital untuk scan tapi doktor ada operation jadi esoknya baru pergi hospital untuk scan..K.Ika tanya prof ubat yang K.Ika cucuk salah tu nak kena datang scan juga ke sebab K.Ika diberitahu ubat HuCoG tu selepas 36 jam boleh bersama.. Prof bagitau datang je hospital untuk scan..
04/03/2021 CD 13
K.Ika pon datang lah hospital untuk scan.. K.Ika pergi selepas suami habis bekerja.. Masa scan tu doktor tunjuk lah saiz telur.. Ada pulak telur tu lagi ingatkan dah pecah 😂.. Prof bagitau saiz nya cantik dan ketebalan raahim ok.. Untuk buat IVF saiz telur tu memang sesuai lah.. K.Ika punya kan ada 6 biji kesemuanya.. Nak buat IVF tak mampu.. Paling rendah pon kena ada 10K tau.. Selepas scan doktor cucuk pulak ubat foliculin tu.. Ubat nie ada rasa sakit sedikit bila ubat masuk.. Paling sakit cucuk ubat HuCoG tu.. Cucuk yang 5000 pon sakit bayangkan bila cucuk double tak ke sakit kena tahan lama 😅.. Masa cucuk tu fikir cepat lah habis cucuknya..hahaha.. Nak bangun tu rasa senak sikit dekat bahagian cucuk dah lama sikit tak terasa dah..
Dah siap semua prof bincang dengan suami.. Esoknya prof cadang untuk buat IUI.. K.Ika tak pernah terfikir pon untuk buat IUI nie.. Suami agak berat sikit sebenarnya untuk buat IUI nie.. K.Ika pon tak tahu sebab apa..Esok pagi nya kena bgitau awal lah dekat prof sama ada nak buat atau tak..
Next entry K.Ika akan cerita pulak sama ada buat IUI atau tak.. Stay tune guys..
GAMBAR
Comments
Post a Comment