Skip to main content

Posts

Showing posts from 2024
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Time Tunnel

Lama dah terperam..Nak taip tak ada mood nak menaip..hahaha.. Peminat barang lama/antik jangan lepaskan peluang datang dekat sini.. Memang banyak barang antik dekat sini.. Dulu tempat nya lain dah pernah terbakar tak pasti barang selamat ke tak dalam tu.. Sekarang tempatnya dekat dengan Agro Market.. Dekat sini ada juga jual strawberry dan lain-lain..  Harga bayaran masuk murah je.. Nak pusing dalam tu luas dan setiap bahagian ada kisahnya sendiri.. Kira setiap sudut memang boleh OOTD dalam tu.. Antara larat dengan tak je nak pusing dalam tu.. Jalan nak keluar pon lain kena naik tangga..hihi..Nanti bila keluar masuk pintu kiri keluar dekat kanan.. Atas tu ada kedai jual macam-macam.. Bawah nie serba sedikit gambar yang kami sempat OOTD..  " Dating dekat tempat arang minum pagi 😃 "  " Dah minum kopi kita main mahjong dulu 😂 " "Alamak!! abang kaunter nie posing pulak.. Bukan nak ambil order kita 🙊 " " Termenung je lah merenung masa depan..hahaha &quo

Cameron Valley Tea House

 Destinasi yang K.Ika nantikan..hihi.. Cameron Valley Tea House 1 dan 2.. K.Ika pergi yang no 1 sebab ada air terjun..Untuk mana yang tak tahu lagi dekat cameron valley tea no 2 pon boleh juga pergi ke tempat air terjun.. K.Ika rasa dekat no 2 nie baru buka.. K.Ika pon baru tahu setelah balik dari sana.. Mungkin sambutan agak padat dekat no 1 tu yang depa buat juga dekat no 2.. Harga masuk untuk naik buggy seorang RM15. . Jalan kaki RM4 .. Suami pilih naik buggy dia malas nak jalan kaki turun bawah..hahah.. Pada hari K.Ika pergi nie cuaca tak berapa cantik.. Kejap panas kejap hujan.. Masa K.Ika sampai panas tapi ada rintik-rintik hujan sikit.. Sebelum nak keluar hujan turun dalam pukul 11 pagi macam tu.. Dah hujan kami pergi makan dekat food court dekat dengan hotel.. K.Ika keluar pon dalam pukul 1 macam tu.. Jalan macam biasa ada setengah kawasan agak jem sikit.. Jem yang tak tahu apa puncanya..haha.. Dah sampai sini K.Ika habis hatilah.. Tempat yang memang K.Ika nak pergi.. Dah berpu

Bagpack Comel

Aii dah berapa banyak lah bacpack K.Ika dekat rumah nie..hahaha.. Tak adalah banyak ada 2 je..haha.. Gaya macam banyak betul kan.. Sejak dah makin berusia nie sebelum nak beli bag lain pastikan bag tu dah nak rosak baru beli lain.. Sekarang bukan ekonomi yang tak berapa baik jadi kita kena pandai memilih antara kehendak dan keperluan.. Jangan membazir dekat benda yang tak sepatutnya.. K.Ika minat juga dekat bag nie tapi memikirkan bag tu lebih banyak dalam almari jadi K.Ika malas nak beli banyak-banyak..hahha..K.Ika banyak masa di rumah berbanding berjalan diluar.. Tapi K.Ika tewas dengan bagpack nie..Salah satunya backpack nie kecil dan comel..hihi.. K.Ika tanya suami cantik ke tak bila suami kata ok baru K.Ika beli.. Ini semua pengaruh dari tik tok lah punya pasai..hahah... K.Ika kalau dengan tik tok nie scroll laju je kalau orang dok jual bag-bag nie.. Bahaya nanti teringat-teringat macam kes bagpack nie lah..hihi.. K.Ika tak pasti jenama nie dari mana.. Tapi ada kedainya di Malaysi

Hotel Pop Ash

 Hotel bajet dan murah.. Dekat cameron kami duduk dekat sini.. Bajet untuk hotel 3 hari 2 malam tak mau lebih dari rm300..hihi... Nama pon bajet kena lah cari harga yang mur mur kan.. Walaupon kami pergi bercuti hari biasa tapi sebab cuti sekolah hotel banyak penuh.. Kedudukan hotel nie ok sebab dekat tengah bandar berdekatan dengan bomba.. Sebaris hotel K.Ika duduk banyak hotel bajet..  Dekat agoda hotel nie 1 bintang.. Mula-mula K.Ika tak yakin dengan hotel nie.. Lagi berapa hari baru nak pergi baru cari hotel jadi tak ada pilihan banyak K.Ika ok je lah dengan pilihan suami.. Hotel yang suami pilih nama adalah Hotel Pop Ash .. Bawah hotel nie kedai toto ( no ekor )..Tak pasti sekarang kedai toto boleh beroperasi ke tak.. Parking luas tapi kena cepat sebab situ banyak hotel kan jadi nak senang parking kena balik hotel sebelum pukul 7 malam.. Sampai lepas pukul 7 malam kena pusing-pusing lah mencari parking..  Bilik kami dekat tingkat 2.. Semput juga lah K.Ika nak naik dengan bawak bar

Cuti Luangkan Masa Berdua

Dah lama tak luangkan masa berdua... Masa tak ada anak ni lah kena banyakkan luangkan masa berdua selagi boleh.. Ada anak susah nak berkepit berdua.. Last bercuti berdua  2021 lepas covid dah reda sikit..  Dekat rumah pon banyak habiskan hal masing-masing.. Jadi kita ambil mood bercuti berdua untuk habiskan masa bersama..  Suami lah ajak mulanya.. K.Ika ok je..hihi.. Memandangkan bajet tak ada kita pilih cuti bajet tempat yang mur mur sahaja.. Jadi pilihan kami adalah CAMERON HIGHLANDS.. Walaupon dah banyak kali pergi tak semua tempat K.Ika dah pergi dekat cameron nie.. Salah satu sebab pilih cameron terus balik perak suami ada mintak cuti dalam seminggu macam tu..  Kebetulan nak masuk puasa kan.. Lepas nie kena rajin p honeymoon tau suami.. hihi.. Jangan risau bajet cuti K.Ika tak mahal.. hahah.. Suami pon stress dengan kerja tu yang kami memilih untuk bercuti hilangkan stress bersama-sama.. Suami stress kerja isteri pulak stress asyik terperap dalam rumah je..hahaha... Ada bajet lebi

Empire Sushi

Lepas kempunan anak tekak K.Ika makan sushi..hihi.. K.Ika sebelum nie tak makan.. Ntah macam mana ada makan sebelum nie sedap juga.. Jadi makanan nie lepas lah anak tekak K.Ika.. Tapi K.Ika bila makan sushi nie cepat kenyang sikit.. Ada yang sama tak? atau mungkin K.Ika sorang je rasa macam tu..hihi.. Empire Sushi ada bukak cawangan baru dekat airport KLIA 2... Lagi senang lah nak membeli.. Kirim sahaja dekat suami..hihi.. Boleh order je dekat app lepastu pickup... Harga dekat ariport sama je dekat luar.. K.Ika bukan kempunan ( belum ada isi nak AMIN kan boleh juga 😆) nak kena sampai cari jauh-jauh.. Ada depan mata baru beli..  Pada K.Ika boleh lah buat kudap-kudap.. Untuk makanan berat tak sesuai pada K.Ika sebab K.Ika perut cepat kenyang & cepat lapar walaupon baru lepas makan nasi ye..ermmm.. Sedap lah pulak tapi nak beli setakat 1 @ 2 je macam rugi duit minyak nak pergi..hihi.. Sesiapa sebelum nak naik atau dah turun kapal terbang jangan lupa beli kepada peminat sushi lah.. De

Selamat Hari Jadi Suami

Pejam celik dah masuk bulan 2 dan birthday boy juga.. K.Ika tak tahu nak belikan apa dekat suami.. Modal pon ciput dah tak mengasuh budak..hihi.. Kebetulan bag suami pon dah berapa tahun tak tukar dan juga bag kerja rosak.. K.Ika pilih untuk belikan suami bag sebagai hadiah hari jadi.. K.Ika tak pasti ORI ke tak sebab beli dekat TIK TOK kedainya kata HQ ORI.. Jadi K.Ika beli je lah malas nak cari dan harga bag nie pon dalam bajet K.Ika dan mampu nak bayar lah..hihi.. K.Ika beli bag untuk berjalan dan kerja juga.. Bag kerja suami sampai koyak lah bagnya.. Suami suka je apa yang K.Ika bagi tak kira murah atau mahal janji dari K.Ika..Gituuuu...hahaha.. Esoknya K.Ika beli kek 2 potong.. Pergi kedai dah tak ada kejutan kan jadi kita order dekat GRAB je lah..haha.. Jadilah hari jadi kena ada kek walaupon sepotong kek nya.. Barulah ada aura-aura hari jadi..hihi.. Tahun nie tak ada buat apa-apa makan atau dating.. Suami sibu dengan projek nya..Tahun depan punya birthday lah kita p dating mana-

Kulit gatai @ Eczema

Siapa mengalami kulit eczema macam K.Ika? Punca nya tak tahu sebab apa.. K.Ika mula mengalami selepas kawin.. Punca dia naik bintik-bintik halus berair.. Bila pecah je akan jadi gatai-gatai.. Makin lama makin merebak habis lah jari K.Ika nie.. Selama 8 tahun juga lah K.Ika makan nasi dengan sudu.. Pakai jari akan pedih dan gatai-gatai.. Memang tak seronok ye makan nasi bila menggunakan sudu..  Baru-baru nie menjadi balik K.Ika punya gatai-gatai.. Apa punca pon K.Ika tak pasti sebab apa jadi naik..hihi.. Nak bagi bintik-bintik tu taknak berair dan kering K.Ika cuba lah buat experiment sendiri..hihi..  Cara yang K.Ika buat adalah rendam kan mana yang gatai tu dengan air suam campur garam.. K.Ika guna garam bukit jadi tak pedih bila kena air.. Esoknya akan jadi macam gambar tu.. Memang kering dan tak berair.. Buatlah 2 @ 3 hari bagi betul-betul baik.. Memang menjadi dengan cara macam nie.. Bila berair K.Ika suka kopek..hahaha.. Jari asyik nak main je dekat bahagian luka tu.. K.Ika sekaran

Mini Blender

  Mini blender nie adalah kali ke 2 K.Ika beli.. IKutkan malas nak beli sebab yang pertama tu pakai kejap sangat baterinya habis.. Nie semua terpengaruh dengan tik tok..haha.. Selalu sangat lalu fyp akhirnya tewas K.Ika beli juga..haha.. Kali nie punya mini blender tahan lama baterinya..hihi..Barang sampai 30/11 lepastu bagi cas penuh.. Habis baterinya 10/1.. Lama juga tahan baterinya.. Tak halus dan tak kasar sangat hasilnya.. Kalau malas nak cincang halus-halus bawang boleh guna mini blender nie..hihi.. Masa nak cuci kena jaga-jaga pisau tajam dan halus je pisaunya.. Pada K.Ika memang berpuas hati dengan blender nie.. K.Ika dah lama juga usha blender yang sederhana punya 😅..  Ada rezeki nak beli blender yang sederhana pulak.. Nie kalau suami tahu bising dia berapa banyak blender nak beli..hahaha... Pakai duit sendiri suami tak marah kalau pakai duit suami malas nak soal jawab..hihi.. Nak bawak pergi masak berkelah pon senang sebab mini nie guna cas bateri sahaja.. Ada rasa berminat

Happy Anniversary 2023

  Pejam celik dah lepas fasa 10 tahun K.Ika dengan suami.. Umur biar lah rahsia..hihi.. Kami masih lagi diuji dengan ALLAH belum dikurniakan zuriat.. Agaknya suami ada bisnes baru rezeki anak sampai kot..hihi.. Perubatan moden K.Ika da cuba.. Belum ada mood lagi nak cuba perubatan moden yang melibatkan jarum nie..hahaha... Semoga rumah tangga K.Ika dan suami berpanjangan hingga ke jannah.. K.Ika adalah juga tanya suami kalau nak kawin lain untuk dapatkan anak pergi lah tapi pisahkan K.Ika lah.. K.Ika nie bukan baik mana pon nak berkongsi nie.. Bantal K.Ika pon tak bagi suami pakai nie kan nak kongsi suami kan.. Ye lah dah kawin lama dengan K.Ika tapi K.Ika masih belum berikan zuriat dekat suami.. Tipu lah tak teringin nak anak kan tapi nak buat macam mana dah ALLAH kata belum rezeki kami lagi.. Usaha dah cuba macam-macam dari moden,kampung,berurut.. Mungkin ALLAH nak bagi suami lebih perhatian dekat K.Ika kot..hahah.. Ikhtiar tu tetap lah cuba tapi tak try hard.. Nak cuba betul-betul m