Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

MTB Jomboree Melaka 2019

Apa benda MTB tu?? MTB tu adalah Mountain Bike yang kayuh basikal di dalam hutan bukan di jalan raya.. Kalau jalan raya basikal nya di panggil Road Bike.. Sejak en suami main basikal nie tau lah sikit-sikit pasai basikal.. Ini adalah event yang pertama en suami masuk.. Event ini adalah anjuran dari IPD Melaka.. Orang awam boleh masuk ke? Mestilah boleh masuk.. Kenapa aku tidak masuk sekali? Yang pertama adalah basikal tidak baiki lagi ( makan modal juga tu ), Kedua mestilah kena ada stamina nak masuk.. Kena ada latihan juga mana boleh tidak ada latihan terus kayuh memang pancit lah jawabnya. Kalau aku masuk tak tahu lah no berapa.. 😅 Tempat anjuran ini di MIMC Melaka iaitu Melaka International Motorsport Circuit.. Tempat ini tidak jauh dari Toll Ayer Keroh.. Penginapan hotel yang paling dekat adalah Hotel Sri Malaysia.. Kawasan ini kawasan perkampungan jadi nak cari hotel tu susah sikit.. Penginapan kami di sini homestay ditaja .. Rumah besar ada 5 bilik 3 bilik ada aircond 2 bil

Ayam Goreng Berempah

Bosan-bosan dah tak tahu menu apa nak masak tertengok pulak ig eina azman.. Eh terjumpa pulak menu simple nie bahan nya pon senang.. Cuma 2 bahan sahaja aku tak masukkan sebab dekat kedai tidak jual dalam saiz kecil.. Jadi untuk elakkan pembaziran kita tidak masukkan 2 bahan tersebut.. Jom kita tengok bahan yang apa yang digunakan.. Bahan-bahan Ayam Goreng Rempah Ayam Bawang Putih ✔ Bawang Besar ✔ Halia ✔ Serai ✔ Serbuk Kunyit ✔ Serbuk Kari ✔ Cabai Kering Dikisar ✔ Daun Kari Garam Biji Ketumbar ❎ Jintan ❎ Kita perapkan dalam 30 minit macam tu. Bahan yang bertanda ✔ diblendkan sekali.. Sukatan bagi serbuk kunyit,kari & cabai kering terpulang pada korang hendak letak banyak mana.. Bahan yang bertanda ❎ aku tidak masukkan sebab tidak dijual dalam kuantiti sedikit dan aku tidak banyak menu masak menggunkan rempah seperti itu.. Korang nak letak boleh je.. Cara Masak 1. Perapkan ayam dahulu dengan kesemua bahan di atas dalam 30 minit palin

Aloe Ac Clean Bubble Cleanser

Untuk mengatasi atau elakkan masalah muka jerawat aku mencuba dengan produk Aloe Ac Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature , 100% Made In Korea .. Untuk korang yang ada masalah jerawat terutamanya, sangat-sangat disyorkan cuba Aloe Ac Clean Bubble Cleanser nie.. Menggunakan 10 jenis ekstrak tumbuhan, Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini merupakan pencuci jenis soft bubble yang merawat masalah kulit muka yang biasa kita alami seperti jerawat . 2 BAHAN UTAMA DARI SUMBER ALAM Aku pilih Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini sebab 2 dari kandungannya terdiri daripada Aloe Barbadensis Leaf Juice & Tea Tree Leaf Oil .. Setiap kandungan ini mempunyai fungsinya sendiri yang memang terbukti bagus untuk kulit.. Aloe Barbadensis leaf Juice -   🍁 Melembapkan kulit 🍁 Membersihkan kulit 🍁 Meredakan  sunburn 🍁 Merawat jerawat 🍁 Anti-inflamasi 🍁 Mengurangkan parut Tea Tree Leaf Oil -  🍁 Melembutkan kulit 🍁 Anti-fungus