Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Songkhla Central Mosque

Destinasi seterusnya adalah masjid ala-ala taj mahal made in thailand..hihi.. Kami berhenti solat dekat sini dulu sebelum ke destinasi terakhir.. Kawsan dekat masjid nie sangat cantik dan tasik buatan tu pon besar juga.. Macam belum siap lagi dekat kawasan masjid tu.. Sebelum nak masuk dekat kawasan masjid ada juga kedai makan halal dekat depan simpang.. Gambar K.Ika dekat sni tak berapa cantik sebab panas terik dekat sini.. Nasib baik lah gambar msajid nie cantik juga lah walaupon masih tak berapa puas hati dengan gambarnya..hihi..K.Ika bila melibatkan gambar memang cerewet sikit.. Masa sampai sini masjid nie masih dalam renovation.. Jauh tempat untuk solat dan juga tandas nya.. Air dekat masjid nie teramat sikit ye.. Kalau boleh jangan melabur dekat sini risau tak cukup air je nak membasuh..huhu..  Dah solat semua kami terus balik ke bandar untuk pergi ke Asean Night Market penutup aktiviti untuk hari nie.. Perjalanan tak pasti berapa lama K.Ika anggarkan mungkin dalam masa 1 jam.. R

SeaVerse Cafe & Restaurant

Dari samila beach kita kesini pulak.. Tempat nie pon driver yang bawakkan juga.. Dekat dalam nie ada juga cafe.. K.Ika sendiri pon tak pasti halal ke tak sebab tak sempat nak melihat cafe dekat sini.. Nak kejar masa tak mau lama dekat sini sebab yang lain menunggu dalam van.. Lama-lama dekat sini risau kena membebel pulak..haha.. Dekat sini memang cantik untuk OOTD.. Kena pandai ambil pencahayaan baru dapat gambar yang cantik..  Kawasan dekat sini luas juga dan air dia pon cantik juga.. Tak pasti tasik buatan atau memang semula jadi..hihi.. Masa dekat sini K.Ika tak habis pusing pon.. Dengan cuaca panas pon ye juga..haha.. Masuk je dalam van terus letak hp dekat aircond van untuk sejukkan hp K.Ika.. Dah sampai hatyai jangan lupa datang sini tau.. Harga masuk pon murah je.. Tak tahu lah akan datang sama ada harga masih sama atau dah berubah.. Yang ada gambar K.Ika berdua dengan suami kami menggunakan sistem pertukaran.. Berganti tolong tangkapkan gambar..haha.. K.Ika segan nak mintak to

Bung Sem Muslim Food

Dah jalan seharian jom lah kita isi perut pulak.. Nak ke samila beach nie driver bawak naik ferry untuk ke samila beach.. Naik ferry nie dikenakan bayaran 20thb.. Banyak juga kenderaan yang naik ikut ferry untuk ke samila beach.. Jadi masa beratur tu agak lama juga lah..Masa dah naik nie K.Ika tunggu juga bila driver nie nak mintak 20thb untuk bayar duit ferry nie.. Dah sampai pon dia tak mintak duit.. Agak nya dia belanja kot untuk harga naik ferry tu 😂.. Sambil menunggu naik ferry dapat lah tangkap gambar tepi laut nie.. Nak sampai keseberang tak lama pon sekejap sahaja.. Yang buat lama tu beratur untuk naik ferry sahaja..hihi.. Dekat samila beach nie pon ada juga cafe amazon tapi tak berapa cantik lah macam dekat songkhla punya tu..hihi.. Kedai makan nie driver yang bawakkan.. Menu pilihan kami semua seafood ada iaitu ikan,ketam,sotong... Harga untuk semua seafood dalam 2500thb.. Korang pilih nak masak apa dengan seafood tu.. Pencuci mulut tembikai mereka bagi.. Ada banyak je pilih

Cafe'Amazon Songhkla

Lepas tengok gajah kita teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.. Tempat nie pon driver yang bawakkan.. Dari yang diberitahu oleh driver Cafe'Amazon nie lebih kurang macam starbuck tapi Cafe'Amazon nie thailand punya.. Mana-mana kawasan rehat akan ada cafe'amazon nie.. Harga pon murah dan tak mahal.. Paling mahal harganya dalam 80thb.. Nak tambah add on dari harga 10-15thb sahaja..  Masa mula-mula masuk thailand K.Ika tak berapa nak kira duit syiling thai.. Lama-lama dah tahu macam mana nak kira duit syiling mereka..hihi.. Lain kawasan lain design cafenya.. Cafe'amazon yang dekat songkhla nie ala-ala macam dalam hutam rimba dengan air terjun sekali.. Gambar air terjun tak ada sebab panjang beratur dekat situ..hihi.. Air yang K.Ika dan suami ambil adalah strawberry smoothie 70thb sahaja.. Dah sampai sini jangan lupa OOTd dekat semua sudut.. Memang cantik dan daun-daun yang ada dekat situ semua betul tau.. K.Ika dan suami memang duduk dekat kawasan luar.. Dekat luar p

Changpuak Camp Hatyai

Dah habis shopping kita teruskan perjalanan ke sini pulak.. Masuk dalam nie free yang dikenakan bayaran naik gajah dan juga bagi gajah makan.. Naik gajah dalam 500thb & bagi makan gajah 100thb.. Kawasan dalam nie pon ada juga permainan lain yang disediakan macam permainan tembak-tembak.. Ada kedai jual air juga dekat sini dan tandas dekat sini sangat bersih ye..  Kami semua tak naik gajah sebab pernah baca gajah tu kena seksa macam kena pukul lah dekat telinga nya tu.. K.Ika bab pukul binatang nie kesian tau.. Yang penting dekat kawasan nie juga ada tempat OOTD yang cantik..hihi.. Ada gambar kami berdua tu SIL yang tolong tangkapkan.. Masa kami sampai sini cuaca tersangat lah panas terik ye.. Tak lama pon dekat sini.. Habis OOTD minum air lepas tu kami teruskan perjalanan ke samila beach untuk makan tengah hari disana..  Siapa nak naik gajah tu boleh je kalau nak merasa.. Dekat bahagian luar ada juga aktiviti atv disediakan.. K.Ika tak pasti berapa harga untuk atv tu.. Kawasan luar

Dimsum Chabura & Kyson

  Hari kedua di Hatyai penuh seharian dengan aktiviti sebab semalam hanya pergi sedikit sahaja tempat.. Kami gerak dalam pukul 7 lebih ke Dimsum Chabura macam tu sebab ada yang bagitau kalau pukul 8 pagi sampai mungkin kena beratur.. Nie lah dimsum yang popular orang kata tu.. Pada K.Ika servis nya cepat juga dapat makanan dan minuman..  Menu pilihan K.Ika adalah nasi goreng tom yam tak salah.. K.Ika kongsi dengan suami sebab K.Ika pagi tu sakit perut gara-gara makan kerabu maggi pedas beli dekat Century Festival.. Dengan air blue suami punya.. Yang lain ada juga pilih dumpling goreng pelbagai perisa.. Harga untuk dimsum dekat sini agak mahal pada SIL sebab SIL tengok harga macam tak sesuai dengan portion yang mereka bagi tu..  Dapat dimsum 2 ketul sahaja untuk harga 200thb.. Lebih kurang duit malaysia masa K.Ika pergi dalam RM 26 untuk 2 ketul dimsum.. Memang tak berbaloi dengan harga yang diberikan.. Jadi SIl tak jadi ambil dimsum makan dumpling pon puas hati.. Portion dalam 15 ketul

D'Hatyai Cafe & Restaurant / Big Bee Garden

Lepas je dah masuk  sempadan destinasi pertama adalah makan.. Perut dah berbunyi kome.. Masa tu dah pukul 2 tak salah.. Tempat makan nie pemandu yang bawakkan.. Kteorang ikut je asalkan halal.. Pemandu K.Ika nie boleh cakap melayu sikit-sikit tapi slang kelantan.. K.Ika slang kelantan tak tahu banyak.. hihi..Sebelum nie dia tak tahu cakap melayu dah kawin dengan orang pattani baru dia pandai cakap sikit-sikit..  K.Ika tak pasti harga nie mahal atau tak.. Kalau jumpa yang lagi murah lagi bagus..  Harga yang kami makan dekat sini adalah 1090thb campur suami punya 60thb jadi 1150thb.. Ambil air kosong sahaja.. Kang manis-manis cepat kenyang pulak.. Portion nasi untuk 7 orang dia letak dalam bekas pon agak sedikit ye.. Yang last berkorban dapat nasi sikit.. K.Ika meratah lauk itupon dah kenyang juga.. K.Ika nie jenis cepat kenyang dan cepat lapar 😅.. Contoh dah makan kenyang nie lepastu pergi jalan tempat lain  perjalanan tak jauh mana dalam sejam dah lapar balik 😂.. Semoga suami murah r

Central Festival Hatyai

  Selepas check in SIL bongsu nak ke sini untuk mencari barang skin care dan makeup yang best di thailand.. K.Ika tak melepaskan peluang nak ikut juga lah..hihi.. Kami nama kan 'Girls Day Out' sebab yang lain duduk hotel tak mau keluar.. Yang keluar semua perempuan sahaja..hihi.. Para-para isteri seronok membeli tanpa sebarang gangguan boleh pusing banyak kali dalam 1 kedai dan lama disitu..haha.. Kami pergi kesini pon dah lewat dalam pukul 6 macam tu jadi nak kejar masa juga sebab mall tutup dalam pukul 9 macam tu.. Dekat sini mall tutup awal.. Tak habis pusing pon kami sampai-sampai terus pergi bahagian makan.. Dekat situ ada juga gerai-gerai lain selain makanan..  Kedai yang menjadi tumpuan adalah BOOST.. BOOST nie lebih kurang watson atau guardian tu.. Cuma BOOST nie hanya ada dekat thailand.. Harga dekat sini ada yang murah kepada yang mahal.. Apa yang best ada pack kecik macam untuk kita test lah nak tahu sesuai ke tak dekat produk tu.. Kalau sesuai boleh beli yang besar.

The Regency Hotel

  Untuk penginapan kami pilih The Regency Hotel.. Memandangkan percutian last minute jadi kebanyakan hotel sudah penuh.. Oh ya kteorang masuk thailand hari jumaat sampai ahad.. Memang hari yang pilih tu adalah hari hujung minggu jadi hotel banyak penuh..  Bila kita nak check in akan ada orang yang akan hantarkan bag ke bilik kita dan sila sediakan duit untuk bagi tips.. Kalau korang cakap terima kasih selagi tu lah dia akan pusing dalam bilik pasang macam-macam 😅.. Dah bagi tips baru dia pergi..hahaha..  Hotel nie berdekatan dengan Lee Garden Night Market.. Kedai urut pon banyak disini.. Keluar je dari hotel pilih je nak urut dekat mana..hihi.. Nak beli sim kad pon banyak juga jual dekat kawasan sini.. Kena pandai cari ada yang jual mahal ada yang jual murah..  Lobi hotel luas dan mereka kebanyakan tidak pandai bahasa inggeris.. Cakap pon macam itik dan ayam 😂.. Bilik air dan bilik dia memang kemas tapi hotel nie macam dah lama sikit tapi kekemasan hotel memang terbaik.. Sesuai lah d

Percutian Last Minute Di Hatyai

  Memandangkan suami konvokesyen di kedah dan dekat sahaja dengan sempadan.. Boleh baca kisah pasport disini < Pasport >.. Dah reniew kami pon cari lah van yang boleh bawak kami masuk sempadan.. Van nie suami yang uruskan dan dapat lah murah sikit berbanding dengan BIL dapatkan.. Van nie boleh ambil kami dekat padang besar.. Kami masuk dari padang besar tak tahu kenapa pilih dekat sini.. Kalau masuk ikut danok banyak pilihan makanan..hahaha.. Tak apa lain kali kita masuk dari bukit kayu hitam pulak..hihi.. K.Ika masuk hatyai pon lambat dalam pukul 1 lebih macam tu.. Konon nak checkout awal tapi suami ada exam spa jadi kena jawab exam dulu baru boleh gerak.. White card ajen van tu tulis siap-siap.. White card jangan hilang ye kalau hilang kena denda 500thb kalau tak salah.. Sediakan juga duit 100thb pergi dan balik untuk 7 dewasa & 1 kanak-kanak bagi dekat pemandu.. Jangan ditanya untuk apa faham-faham sendiri sudah lah.. Sekarang duit malaysia jatuh teruk ye.. Walaupon harga

Meera Homestay Kodiang

  Ke kodiang lah kita ye.. Memandangkan suami ada konvo jadi nak mencari homestay dekat changlun teramat lah susah dan penuh semua homestay.. K.Ika bila dah dapat tarikh je terus mencari dekat tik tok dan google  homestay yang ada dekat changlun.. Ada sorang owner dia bagi no telefon K.Ika homestay dekat kodiang.. K.Ika dah tanya suami semua ok ke tak.. K.Ika mencari sewa untuk 1 rumah sebab nak kata ramai yang datang kan..  K.Ika tahu sintok nie jauh sebab pernah ride masuk thailand ikut bukit kayu hitam teramat jauh nak dekat sempadan dah.. Kodiang nie pulak betul-betul sempadan perlis.. Suami kata ok K.Ika pon booking je lah dengan deposit RM80 .. Rumah nie dilarang merokok dalam rumah kalau merokok deposit akan burn.. Gambar rumah tak ada K.Ika teramat lah bz dengan badan penat ye..  Nak tengok rumah boleh pergi dekat facebook meera homestay kodiang .. Owner rumah nie sebelah sahaja dengan homestay.. Station komuter pon dekat dengan rumah nie kalau ada yang nak ke padang besar naik

Konvokesyen Suami

  Setelah 2 tahun tamat belajar akhirnya sampai juga tarikh suami konvo.. Tahun lepas punya giliran konvo suami tak sempat nak isi borang jadi dapat lah tahun nie punya giliran konvo.. Suami sambung belajar PJJ di UUMKL ambil ijazah selama 5 tahun ye.. Pejam celik kejap je masa berlalu.. Nak menempuh tu pon macam-macam dugaan dan cabaran kena lalui.. Dengan suami kemalangan kalau boleh tak nak tangguhkan nanti lagi lambat nak habis..  Pensyarah dan rakan kelas pon baik dan suami dapat lalui dengan baik.. Suami ambil ijazah untuk kenaikan pangkat di tempat kerja dan sambil tu mohon juga jawatan yang sesuai dengan ijazah yang suami ambil.. Mana lah tahu dapat rezeki kerja dekat bahagian lain pulak.. Kita cuba je lah kan.. Mana tahu suami dapat suasana kerja yang baik bukan mencari pasangan yang lain pulak..hahah... ( ada kes juga dapat kerja tempat lain akhirnya sangkut disitu  😏 ).. Suami konvo di UUM SINTOK, KEDAH.. Jauh gila nak pergi tempat konvo suami.. Memandangkan kami pergi sama

Reniew Pasport Dah Boleh Walk In

  Berita yang dinantikan telah tiba.. Akhirnya dah boleh walk in untuk reniew pasport.. horeyyyy!!! Nak buat melalui sistem macam leceh pulak.. Banyak benda nak kena buat.. Memandangkan K.Ika dah ada dekat kedah BIL & MIL ajak pergi ke hatyai.. K.Ika dan suami memang tak reniew pasport lagi sebab modal tak berapa nak ada.. Dah banyak habis duit untuk sewa homestay dan juga untuk konvo suami.. Duit simpanan pon makin surut dah.. Duit simpanan tak mau lah pakai sampai habis nak kumpulnya pon bukan senang ye.. Dah simpan sikit kena korek balik 😅 bila nak banyak duit dalam tu..hahaha..  Kebetulan MIL ada bagi sikit hadiah untuk suami jadi kami ambil keputusan untuk gunakan sebagai modal untuk reniew pasport jadi tak perlu pinjam duit dekat BIL.. Sama juga kan tetap duit tetap keluar juga nanti.. K.Ika dan suami reniew pasport dekat pejabat KDN di jitra.. K.Ika memang tak bawak pasport yang lama jadi risau juga tak boleh nak reniew sebab pasport lama tak bawak.. Kalau pasport dah mati