Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Songkhla Central Mosque

Destinasi seterusnya adalah masjid ala-ala taj mahal made in thailand..hihi.. Kami berhenti solat dekat sini dulu sebelum ke destinasi terakhir.. Kawsan dekat masjid nie sangat cantik dan tasik buatan tu pon besar juga.. Macam belum siap lagi dekat kawasan masjid tu.. Sebelum nak masuk dekat kawasan masjid ada juga kedai makan halal dekat depan simpang..


Gambar K.Ika dekat sni tak berapa cantik sebab panas terik dekat sini.. Nasib baik lah gambar msajid nie cantik juga lah walaupon masih tak berapa puas hati dengan gambarnya..hihi..K.Ika bila melibatkan gambar memang cerewet sikit.. Masa sampai sini masjid nie masih dalam renovation.. Jauh tempat untuk solat dan juga tandas nya.. Air dekat masjid nie teramat sikit ye.. Kalau boleh jangan melabur dekat sini risau tak cukup air je nak membasuh..huhu.. 

Dah solat semua kami terus balik ke bandar untuk pergi ke Asean Night Market penutup aktiviti untuk hari nie.. Perjalanan tak pasti berapa lama K.Ika anggarkan mungkin dalam masa 1 jam.. Rupanya asean night market nie tak jauh pon dengan hotel.. Lebih kurang asean night market dan kyson tu sama tempat tapi lain simpang je..  Sebab K.Ika tengok jalan sama macam pernah lalu.. K.Ika duduk tepi tingkap senang nak tengok dekat luar..haha..

Kawasan sini panas ye.. Bawak budak  macam tak berapa ok risau anak meragam bila dah panas-panas nie.. Bahagian bawah jual semua benda dari pakaian,bag,kasut dan juga aksesori.. Bahagian atas pulak adalah kedai makan.. Kedai makan kecik sahaja dan harga ada yang murah dan ada yang mahal.. Kena pandai-pandai lah cari..hihi.. K.Ika tak membeli dekat sini seba tak tahu nak makan apa..Nak makan kerabu maggi risau pedas mau buasir K.Ika makan pedas..haha..

Harga baju ok lah tak mahal sangat.. Suami beli seluar tracksuit dekat sini dalam 200thb.. Kasut bundle dekat sini cantik betul ye putih berkilat tak ada kotor langsung.. Harga kasut bundle yang K.Ika tengok dalam 450thb sahaja.. Murah dan dalam keadaan cantik lah kasut tu.. Memandagkan bajet pon ciput kami tak membeli kasut dekat situ..haha.. 

K.Ika tak pasti kasut bundle tu original atau tak sebab tak membelikan.. Kalau membeli memang ambil tahu lah serba sedikit.. Nak shopping dekat sini pastikan kaki anda sudah bersedia ye risau balik kena pergi cari kedai urut..hihi..Dekat sini pon tak lama sebab semua dah kepenatan dan badan letih.. Jomlah balik hotel untuk kemas apa yang patut esok nak checkout dah..

Sampai hotel kami keluar sekejap nak tengok apa yang ada jual dekat Lee Garden Night Market depan hotel kami sahaja.. Suami pergi mencari kedai urut untuk urut dekat belakang badan suami.. K.Ika tak ikut sebab suami kata nak kelaur dengan kawannya kebetulan kawan dia duduk 1 hotel denagn kami.. SIL yang bongsu dia p urut badan jadi K.Ika dengan SIL beli makan lepastu balik hotel.. Tunggu urut lama baik lah kami balik hotel dulu untuk mandi..hihi..

K.Ika beli pancake pisang harga dalam 60thb teramat nipis ye..huhu.. Dengan pulut mangga 60thb juga.. Pulut mangga nie sedap santan dia tu tak berapa manis.. K.Ika buat loan dengan SIL sebab dia ada keluar duit lebih.. K.Ika memang tukar sikit sahaja duit dalam akaun dah nazak walaupon baru lepas gaji 😅.. Nak tak nak kena keluar juga duit dalam simpanan tu.. Next trip nak simpan bajet untuk shopping dan juga makan awal-awal.. Semoga suami dimurahkan rezeki dan boleh bawak K.Ika bercuti lagi dekat sini..aminnn...









 

Comments

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah