Hari kedua di Hatyai penuh seharian dengan aktiviti sebab semalam hanya pergi sedikit sahaja tempat.. Kami gerak dalam pukul 7 lebih ke Dimsum Chabura macam tu sebab ada yang bagitau kalau pukul 8 pagi sampai mungkin kena beratur.. Nie lah dimsum yang popular orang kata tu.. Pada K.Ika servis nya cepat juga dapat makanan dan minuman..
Menu pilihan K.Ika adalah nasi goreng tom yam tak salah.. K.Ika kongsi dengan suami sebab K.Ika pagi tu sakit perut gara-gara makan kerabu maggi pedas beli dekat Century Festival.. Dengan air blue suami punya.. Yang lain ada juga pilih dumpling goreng pelbagai perisa.. Harga untuk dimsum dekat sini agak mahal pada SIL sebab SIL tengok harga macam tak sesuai dengan portion yang mereka bagi tu..Dapat dimsum 2 ketul sahaja untuk harga 200thb.. Lebih kurang duit malaysia masa K.Ika pergi dalam RM 26 untuk 2 ketul dimsum.. Memang tak berbaloi dengan harga yang diberikan.. Jadi SIl tak jadi ambil dimsum makan dumpling pon puas hati.. Portion dalam 15 ketul dalam 150thb pon berbaloi lagi..
Makanan yang lain sedap dan harga pon berpatutan lah.. Dah kenyang perut kita pergi tempat jual cenderahati pulak.. Tempat nie driver yang bawakkan.. Pagi-pagi pon dah ramai ye membeli dekat sini.. Harga pada K.Ika ok lah.. Baju ada yang jual dalam 200thb.. Kawasan pun luas dalam nie tapi panas ye bila masuk dalam nie..hihi..Memandangkan modal pon tak berapa kencang K.Ika ambil fridge magnet je.. Jadi lah nanti kita beli lain pulak bila datang lagi kesini..hihi..
Dekat kyson nie ada bermacam-macam jual dari baju,jaket,bag,kacang,teh.. Semua lengkap lah dalam 1 gudang nie.. Dekat sini juga ada sediakan pertukaran duit thailand.. Masa orang tu buat pengumuman harga tukaran dekat sini agak mahal ye.. Masa K.Ika dengar tu dapat dalam 7.45.. Agak rendah kita dapat dekat sini..hihi.. SIL tukar dekat penang pon dapat 7.52..
Dekat bahagian luar ada kedai jual air dan juga aiskrim kelapa.. Harga dalam 30thb untuk 1..Dekat sini tandas tak berapa nak cantik sanagt.. Untuk melepaskan hajat terdesak boleh lah.. Tak ada tandas duduk dan air agak sikit dekat sini.. Tandas cangkung pon susah nak terangkan.. hihi.. Dah habis yang lain cuci mata kita pergi ke destinasi yang seterusnya di manakah.. Nantikan next entry K.Ika 😘
Comments
Post a Comment