Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Meera Homestay Kodiang

 Ke kodiang lah kita ye.. Memandangkan suami ada konvo jadi nak mencari homestay dekat changlun teramat lah susah dan penuh semua homestay.. K.Ika bila dah dapat tarikh je terus mencari dekat tik tok dan google  homestay yang ada dekat changlun.. Ada sorang owner dia bagi no telefon K.Ika homestay dekat kodiang.. K.Ika dah tanya suami semua ok ke tak.. K.Ika mencari sewa untuk 1 rumah sebab nak kata ramai yang datang kan.. 

K.Ika tahu sintok nie jauh sebab pernah ride masuk thailand ikut bukit kayu hitam teramat jauh nak dekat sempadan dah.. Kodiang nie pulak betul-betul sempadan perlis.. Suami kata ok K.Ika pon booking je lah dengan deposit RM80.. Rumah nie dilarang merokok dalam rumah kalau merokok deposit akan burn.. Gambar rumah tak ada K.Ika teramat lah bz dengan badan penat ye.. 

Nak tengok rumah boleh pergi dekat facebook meera homestay kodiang.. Owner rumah nie sebelah sahaja dengan homestay.. Station komuter pon dekat dengan rumah nie kalau ada yang nak ke padang besar naik train boleh naik dekat sini.. Kawasan malam memang sunyi sebab dalam kawasan kampong.. Sekali sekala akan dengar bunyi train lalu tapi tak menggangu pon bila tidur tu.. Pada K.Ika ok je tido pon ok sebab sunyi..Pagi-pagi dah dengar bunyi ayam berkokok..hihi..

Rumah nie ada juga wifi disediakan.. Untuk maxis memang tak ada internet dekat sini.. Umobile ada internet tapi tak kuat sangat.. Mesin basuh manual pon ada senang nak basuh baju cuma tempat pengering tu kena pandai betulkan kalau tak bila spin bunyi macam nak runtuh.. Barang kelengkapan dapur untuk memasak pon lengkap dan juga penapis air tak perlu nak beli air mineral dekat luar.. Aircond ada diruang tamu,bilik utama & bilik ke 2 sahaja.. Bilik air ada 2 dan 1 jamban duduk & jamban cangkung.. Jamban cangkung ada dekat bilik utama..Rumah nie ada 4 bilik dan juga ada extra toto dan bantal juga.. Memang besar dan luas.. Ingatkan semua ada akhirnya 1 kereta sahaja dan 2 bilik kosong kalau tahu booking hotel pon dah ok..hihi.. Harga untuk 1 malam RM250..

Owner rumah nie memang ramah.. Lepas checkout siap bagi mangga lagi..hihi.. K.Ika dah lah memang suka makan mangga nie..haha.. Nak pergi ke pekan kodiang pon tak jauh dalam 10 minit.. Pekan kecil nie ada juga bank dan juga station minyak.. Nak pergi kangar pon tak jauh dalam 8 minit dah sampai 😅.. Ada kawan MIL duduk kangar dia kata dari rumah dia nak ke homestay yang kami duduk dalam 8 minit sahaja.. Secara keseluruhan memang puas hati lah.. Sepanjang dekat sini boleh dikira berapa jam je duduk rumah selebihnya ada dekat luar..haha..

Comments

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah