Untuk penginapan kami pilih The Regency Hotel.. Memandangkan percutian last minute jadi kebanyakan hotel sudah penuh.. Oh ya kteorang masuk thailand hari jumaat sampai ahad.. Memang hari yang pilih tu adalah hari hujung minggu jadi hotel banyak penuh..
Bila kita nak check in akan ada orang yang akan hantarkan bag ke bilik kita dan sila sediakan duit untuk bagi tips.. Kalau korang cakap terima kasih selagi tu lah dia akan pusing dalam bilik pasang macam-macam 😅.. Dah bagi tips baru dia pergi..hahaha..
Hotel nie berdekatan dengan Lee Garden Night Market.. Kedai urut pon banyak disini.. Keluar je dari hotel pilih je nak urut dekat mana..hihi.. Nak beli sim kad pon banyak juga jual dekat kawasan sini.. Kena pandai cari ada yang jual mahal ada yang jual murah..
Lobi hotel luas dan mereka kebanyakan tidak pandai bahasa inggeris.. Cakap pon macam itik dan ayam 😂.. Bilik air dan bilik dia memang kemas tapi hotel nie macam dah lama sikit tapi kekemasan hotel memang terbaik.. Sesuai lah dengan harga yang dibayarkan.. Bilik dia memang luas dan ada bath tub.. Kami ambil bilik wing jadi agak besar untuk 2 orang duduk..
Nak naik tuk tuk pon ada juga dekat tepi jalan.. Naik tuk tuk kena jaga-jaga jangan sampai tertipu harga.. Nak senang pilih je grab.. Harga grab pon tak mahal mana pon dekat hatyai.. Kedudukan hotel pon ok dan tak jauh dari kawasan pasar malam..
Kedai makan yang halal pon ada berdekatan dan juga pasar kim yong..Nak beli petai atau kacang sila lah beli dekat sini.. Kami dah pergi tengok harga dekat tempat lain agak mahal ye.. Kedai kacang pon mahal juga harganya..Adik Ipar K.Ika cakap kacang dan petai dekat sini memang murah.. Dari hotel K.Ika tak tahu jauh ke tak sebab K.Ika tak pergi.. Maklum lah percutian last minute tak ada bajet lebih.. Gaji masih panjang lagi menanti..huhu..
Comments
Post a Comment