Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Tangkapan Di Mr Diy

  Suami ajak pergi Mr Diy nak cari barang untuk kereta nya tak ingat apa benda tapi barang tu tak ada jadi suami beli barang lain sebab dia ronda-ronda dekat dalam tu.. Setiap apa dia beli K.Ika akan tanya ada fungsi semua barang tu..Haha.. Elakkan pembaziran..Nanti beli tak pakai buat semak je barang dekat stor tu..  Suami tanya K.Ika nak beli apa-apa tak? K.Ika jawab barang K.Ika dekat bahagian atas.. Sebab suami tak boleh berdiri lama sangat K.Ika malas nak nak ajak naik atas.. Suami kata ok kita laju je naik atas..hahaha... K.Ika beli tuala untuk lap tangan.. Dekat rumah ada 1 je dan jika lama tak basuh akan lebam nampak tak cantik lah kan..  Harga murah je dalam RM 1.79 1 helai.. K.Ika ambil 5 helai suami kata banyaknya.. K.Ika bgitau tukar selalu jadi tak ada tuala nampak lebam.. Orang datang rumah nak lap tangan pon nampak lawa tuala tu kan..hihi.. K.Ika beli juga kain untuk lap dapur.. Bila dah masak kan selalu ada percikan minyak tu jadi tak cantik lah dapur.. K.Ika last beli

Earphone

 K.Ika tak tahan sebenarnya pakai earphone nie.. Pakai lama jadi sakit telinga.. Lama-lama jadi tergoda pulak dengan earphone nie sebab ada warna macam-macam..hihi.. Suami punya pon ada juga jenis earphone bluetooh tapi bila pakai suka jatuh dan kena pakai anak tudung untuk elakkan earphone tu jatuh.. Earphone suami abangnya belikan semasa bercuti.. K.Ika hanya pakai bila pergi kedai beli barang dapur sahaja.. Dekat rumah memang tak pakai pon..hahaha.. Mula-mula suami tak bagi sebab ada earphone suami bila K.Ika cerita sebab apa jadi suami bagi lah beli.. Tak mahal pon dalam RM 15 je.. Boleh lah buat suka-suka je.. Nak ada bunyi base kena lah beli yang original kan.. K.Ika pakai duit yang suami bagi jadi jimat lah berbelanja.. Hanya beli mana yang penting sahaja.. Paw suami bila melibatkan kos jumlah yang besar sahaja 😅.. Sudah tentulah di shopee.. K.Ika beli barang apa semua dekat shopee je dah.. Tak ada guna aplikasi lain pon.. Cuma semenjak MCO nie kos shipping makin lama makin nai

Rawatan Kesuburan ( 8 ) Tidak Berjaya #2

  Tidak berjaya juga cycle kali nie..huhu.. Tipu lah tak mengharap cycle yang kali nie sebab dah 7 tahun kan ttc.. Kadang malas nak fikir tapi bila duduk sorang nie mula lah ada terfikir sedikit.. Next cycle nak tak nak K.Ika cuba juga lah buat IUI.. Walaupon seram dan harga mahal sedikit K.Ika simpan duit lah dari bulan depan sampai bulan 2.. Maybe bulan 3 akan mula IUI.. Harga anggaran dalam RM 500- RM 600.. Sebab apa mahal nanti dah lalui proses nie K.Ika share lah apa yang buat mahal..  K.Ika buat rawatan di hospital kerajaan.. Kalau swasta dalam 2K nak kena ada dalam tangan.. Tak apalah anggap tak ada rezeki lagi K.Ika untuk cycle kali nie.. Kita cuba lagi tahun hadapan pulak.. Rehat dalam masa 3 bulan.. Mana tau melekat kan.. Aamiin..  Cycle yang kali ke 2 K.Ika makan clomid nie telur besar tak berapa cantik bulat tu.. Tak tahu sebab apa maybe sebab banyak makan benda sampingan kot..Buah avocado K.Ika tak minum bulan nie sebab dekat sini kedai jual tak berapa helookk buah nya.. L

Memudahkan Kerja Di Rumah

  Barang apakah itu??? Mop lantai je..hihi.. Benda nie dah lama dah viral dekat facebook K.Ika je selalu beli lambat sangaaaatttt...hahahha.. Memandangkan K.Ika nie tak boleh nak buat kerja berat sangat dan kena mop lantai sebab bila lama tak mop lantai akan melekit tambah dekat dapur.. Bila orang lain buat kerja tak puas sebab lain dengan cara kita buat kerja.. Memandangkan ada lebih lagi duit kutu jadi K.Ika pon belilah mop jenis nie..  MOP SPIN.... Warna yang menjadi pilihan K.Ika.. Pertama sebab warna hitam jadi tak nampak kotor sangat.. Lagi warna nie tak nampak menyerlah sangat.. K.Ika beli juga extra mop bawah tu.. Boleh tanggal tau..  Cara nak menggunakan senang sangat dan tak perlu lah nak perah mop dan angkat baldi bila buang air.. Pakai bekas nie bukak je penutup tepi keluar lah airnya.. Nak spin hanya bukak lock lepastu nak mop lock balik.. Bila K.Ika guna lantai tak terasa air sangat lah dan cepat kering.. Nak mop lantai lepas nie memang seronok lah.. Tak perlu nak kena pe

Rawatan Kesuburan ( 7 ) #clomid50mg

  Memandangkan cycle 2 bulan lepas tidak berjaya..huhu.. Ada sedikit hampa tapi kita tetap kena terus berusaha juga.. Lama baru K.Ika jumpa doktor balik.. Bulan lepas sudah full jadi dapat bulan 11.. Ok lah dari bulan 12 memang tak boleh lah nak makan ubat sebab suami operation..Lagi lama pulak kena berehat..hahaha.. Period K.Ika macam tahu je K.Ika berharap dapat makan clomid cycle yang nie.. Kalau ikutkan kalendar hari yang sepatutnya K.Ika jumpa doktor adalah period CD 4.. K.Ika tak pasti boleh makan ke tak clomid pada CD 4.. K.Ika datang period lewat bulan lepas jadi masa jumpa doktor CD 2.. Doktor pon kata semua ok ubat pon beri respon juga.. Cuba tak menjadi sahaja.. Sama ada rahim dan janin tu tidak serasi jadi dia gugur menjadi period atau sperm tidak sempat bersenyawa dengan ovum.. Jika tidak ada PKPB masa rawatan akan datang kemungkinan K.Ika akan buat IUI..  Doktor bagi K.Ika clomid, folic asid dan duphaston ( makan selepas iui ).. Ubat yang tu doktor bagi awal sebab buat IU

Nak Bagi Kemas Kedudukan Barang

  Cara nie K.Ika baru jumpa dekat shopee.. Dekat shopee apa je yang tak jual.. Semua ada jual..hihi.. Memandangkan K.Ika nak beli mop baru untuk mudahkan kerja K.Ika bila mop jadi K.Ika fikir juga cara nak simpan bagi nampak kemas dan tidak serabutkan.. Kalau boleh dekat tempat tersembunyi lah.. Tak adalah orang datang rumah nampak sangat kalau bersepah..hihi.. Pelekat nie memang kukuh sangat dan hanya boleh melekat dekat tile @ marmar yang seangkatan dengannya.. Dinding tak boleh ye maybe gam tu tak sesuai dengan dinding.. Kalau tak K.Ika nak letak susun dekat bahagian luar semua sekali tapi bila baca balik kata dinding tak boleh jadi kena fikir lah cara lain nak susun mana kan..  TARAAAA HASILNYA..... Penyapu nie sebelum nie K.Ika letak diantara bilik K.Ika dan bilik lagi 1.. Nampak tak sesuai pulak letak situ.. K.Ika gantung dekat sebelah peti ais jadi tak nampak sangat..  Nie salah satu cara macam mana tak nak bagi mop basah bila letak di dalam bilik air.. Bila ganung macam nie ba

Happy Anniversary Yang Ke 7 Tahun

  Pejam celik kejap je dah 7 tahun usia perkahwinan.. Adat resam dugaan setiap perkahwinan ada pasang surut naik kan.. Bahagia sepanjang perkahwinan menipu lah namanya tu.. K.Ika dah lepas ujian 5 tahun perkahwinan.. Harap perkahwinan nie sampai ke jannah.. Perkahwinan pertama dan terakhir kami..  Tahun nie tak sambut pon sebab PKPB jadi kedai banyak yang tutup awal dan tak buka.. Suami nak belikan K.Ika kek dia tau K.Ika suka kek tapi K.Ika tengah kawal makanan yang manis 😅..  Punya seksa lah nak kawal makan yang bermanis nie.. K.Ika tahan iman nie tak nak makan manis.. Secuba boleh hanya makan sebulan sekali sahaja.. Suami K.Ika belikan coklat sahaja.. Kebetulan masa tu nak beli barang jadi suami bagi K.Ika coklat..hihi.. Jimat pon jimat kan.. K.Ika nak mintak apa pon tak tahu untuk anniversary tahun nie..hahaha.. Makan je lah deka rumah senang kan.. Nak makan dekat luar pon malas juga.. Suami ada pelawa K.Ika makan western tapi K.Ika kurang suka sebab nanti lapar balik..hahaha.. Ja

Naviforce

Yey.. Ada modal lebih jadi K.Ika belikan jam buat suami juga.. Korang boleh tengok jam suami yang lagi 1  klik dekat link nie>> Naviforce  << Jam lama masih elok lagi cuma dekat tali tu dah nak rosak jadi kita beli awal-awal..hihi.. K.Ika nak cari jam cuma model yang K.Ika minat suami tak suka.. Alang-alang K.Ika cari jam yang sama jenama dengan suami.. Design untuk perempuan limited.. Jam K.Ika masa hantaran 7 tahun lepas dah rosak.. Dekat sini K.Ika tak tahu mana kedai yang buat baiki jam tangan.. Dekat kampung K.Ika tahulah kedai mana..hihi.. Cari punya cari K.Ika pilih jam suami dahulu tengok warna apa yang dia berkenan.. Bila dah dapat K.Ika pon cari warna yang sama dengan jam suami.. Nak juga tu sedondon.. Pergelangan tangan K.Ika kecik jika pakai jam yang dah berlubang di tali kena tebuk lagi 2 lubang..huhu.. Jam yang K.Ika pilih nie jenis besi dan suami kata ok kita beli je lah.. Model yang suami dan K.Ika punya nie bila dalam gelap jarum akan keluar lampu.. Jam lel

Daging Masak Kicap

 K.Ika memang tak reti nak masak daging.. Pernah K.Ika cuba masak daging sendiri dengan cara merebus dengan sudu sekali tetapi tetap juga liat.. K.Ika beli daging yang jimat sikit lah.. Kalau bahagian batang pinang tak payah nak pening kepala sebab dah memang bahagian tu memang lembut.. Harga pon boleh tahan juga dekat bahagian yang nie..huhu.. K.Ika ada jumpa salah satu cara nak masak bagi daging lembut dan K.Ika jumpa nie dekat facebook.. Maklum lah tahun nie kan semua orang banyak habiskan masa di rumah sebab wabak covid-19 yang makin merebak dengan pantas.. Semua orang banyak masak dirumah dari makan diluar.. Rumah K.Ika memang tak ada pressure cooker sebab tak tahu nak masak apa guna tu.. Asyik menu yang sama je tambah suami kalau ada sambal ikan bilis dia memang tak akan sentuh lauk lain..  K.Ika sejak dah pandai masak daging nie asyik masak daging kicap je..hahaha.. Bahan pon simple je menggunakan bahan apa yang ada dirumah.. K.Ika semua menu masakan masak simple sahaja... Kalau

The Sheep Sanctuary Cameron Highlands

  Mesti ramai yang dah pergi dekat sini kan.. K.Ika baru je pergi masa bulan 9 haritu dengan kawan suami.. Sheep dekat sini gemuk-gemuk dan terlebih ramah.. Sapa yang takut kena terjah tak payah lah jerit-jerit dekat situ.. Dia kejar korang sebab sheep tu dah biasa diajar orang ramai  kita hulur makan.. Dia pon tau bila masa orang ramai tentulah ada makanan dekat tangan kita.. Korang buat tak layan dia akan pergi dari korang.. Harga tiket sebelum nie masuk adalah PERCUMA dan makanan dikenakan cas RM 3.. Sekarang punya harga adalah RM 8 ( DEWASA ) , Kanak-kanak ( RM 5 ) t ak salah K.Ika.. Harga tiket termasuk dengan makan sekali.. Dapat 1 pack seorang.. Pada K.Ika berbaloi lah bawak anak-anak kan.. Tahun depan tak ada apa K.Ika cadang nak bawak anak asuh K.Ika.. Tapi dia takut binatang berbulu nie 😂.. Ada juga arnab dekat sini.. Arnab duduk dekat dalam sangkar sahaja.. Masa K.Ika pergi ada sheep buat kelakar dia sangkut muka dekat tali sebab orang main-main bagi dekat dia makanan..hah

Cara Nak Pastikan Daun Segar???

 K.Ika baru tau akan kewujudan cara seperti nie.. Mungkin ada setengah pihak sudah tahu.. Selalu yang K.Ika baca di facebook kebanyakan rendam bahan tersebut.. Rumah K.Ika bukan banyak pon bekas..hihi.. K.Ika dapat tau cara nie dari Kak Yati iaitu founder Sendayu Tinggi.. K.Ika selalu juga tengok video masakkannya.. Dia selalu buat frozen bahan-bahan seperti bunga kantan, daun kari, daun limau purut. K.Ika pon cuba lah dan ternyata memang berhasil..  Daun yang kari & limau purut nie K.Ika simpan nak dekat sebulan juga lah.. Daunnya masih elok dan segar.. Sebelum nie K.Ika beli bila jarang pakai seminggu dah rosak daunnya.. Kita bukan masak menu tiap-tiap hari menggunakan daun kari atau limau purut tu.. Daun pandan pon K.Ika cuba buat dan masih elok.. Memang tahan lama dan jimat sikit bila nak beli.. Nak tanam sendiri duduk rumah tak ada tanah susah juga kan..hihi..Nie je lah salah satu cara penjimatan K.Ika.. Sapa nak cuba boleh lah.. Tak adalah asyik ke pasar beli daun-daun nie ti

The Quintet Cameron Highlands

Dah sebulan bercuti baru ada masa nak taip 😂.. Bukan tak nak taip tapi bila tengah taip separuh mata mengantuk gila-gila.. Tu yang ambil masa nak taip 1 entry sahaja.. Percutian sebelum suami operation.. Percutian nie suami rancang dengan kawan dia.. Kalau tak ada covid nie kami rancang sebenarnya nak ke pantai timur iaitu terengganu & kelantan.. Suami cukup anti betul dengan kelantan nasib tak berjodoh dengan orang kelantan 😅.. Sebabnya family suami pernah ke sana hantar rombongan sepupu kawin dekat kelantan.. Homestay mereka keseluruhannya hamcur dengan tandas berdaki.. 2 kali tukar rumah sama juga macam tu lastnya tukang sewa cuci bilik air dengan tandas.. Musim covid dan kawan suami ada anak kecil jadi kami hanya pilih percutian kawasan yang berdekatan sahaja.. Suami pulak risau badan tak cukup kuat nak duduk dalam kereta lama risau sakit pinggang habis terus mood percutian..haha.. Pilih kata sepakat mereka pilih Cameron Highlands.. K.Ika booking homestay beberapa hari sebelu

Rawatan Kesuburan ( 6 ) Tidak Berjaya #1

Lama baru nak taip entry kali nie..huhu..  Ambil masa sebab mood agak down sedikit.. Percubaan makan clomid cycle yang pertama 50 mg tidak berjaya.. Tipu lah kalau K.Ika rasa tak sedih kan bila Miss P datang.. Sebab K.Ika berharap sangat berjaya dengan clomid nie.. Umur K.Ika makin meningkat.. Lagipon K.Ika sekarang banyak masa terluang tu yang terasa sunyi sikit lah rumah nie.. K.Ika pon dah tak mengasuh..  Kebetulan datang Miss P hari jumaat jadi K.Ika teruslah call klinik yang tak jadi clomid yang pertama nie.. K.Ika ingatkan dapatlah jumpa doktor bulan nie tapi dah full maka kita jumpa lah doktor bulan depannya.. Kita tunggu je lah apa kata doktor.. Kalau boleh K.Ika akan cuba clomid dulu sebanyak yang boleh bukan tak nak buat IUI suami belum bersedia ke arah tu..  Lagipon suami akan operation bulan 12 jadi K.Ika akan rehat lama juga lah sampai suami K.Ika boleh drive..K.Ika tak boleh drive kereta tapi motor K.Ika ada lesen.. Suami bagi lampu hijau pergi hospital sendiri naik motor

Periuk Baru

Akhirnya beli juga periuk yang baru.. Periuk K.Ika dua-dua dah bocor bila masak nasi.. Kadang Ok kadang tak OK.. Bila nak beli helokkkk je tak bocor.. Tengah bulan dia bocor.. Sekejap ada sekejap tak ada bulan lepas K.Ika beli juga.. Kali nie K.Ika beli periuk 3 beradik.. Tak tahu lah tahan lama ke tak periuk nie..  Periuk lama K.Ika akan buang lah sebab dapur K.Ika tak cukup ruang nak simpan.. Lagipon dah bocor kan nak simpan buat apa.. K.Ika beli hanya untuk cukup-cukup kegunaan sahaja.. Nak kata rajin masak tu tak lah juga sebab suami tak semua masakan yang dia makan.. Paling banyak masak menggunakan kuali je lah.. K.Ika ada buat cubaan masak nasi menggunakan periuk nie dengan dapur gas yang baru & hasilnya nasi rentung kaw2.. K.Ika tak boleh nak kawal apinya lagi 😅.. Sabor je lah.. Kalau tak pilihan lama K.Ika adalah periuk dari IKEA.. 3 beradik juga tak salah tapi harga nya mahal sikit tak mau lah K.Ika paw suami barang mahal-mahal.. Rajin masak tak apa juga nie masak pon kel

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah

Selamat Tinggal Dapurku...

 Selalu K.Ika baca kes kejadian macam nie dekat Facebook.. Mereka punya lagi teruk sampai ada yang nak terbakar rumah pon ada.. 2 minggu lepas kejadian tersebut berlaku pada K.Ika.. Mula-mula api di dapur macam meletup-meletup.. K.Ika dah pelik kenapa jadi macam tu dah nak habis gas kot agaknya.. Esoknya K.Ika masak malam maggie sebab suami dah masuk tido awal bila masak ada api keluar dekat bahagian bawah, K.Ika pon cepat lah tutup api lagipon maggie dah masak.. Hari berikutnya K.Ika masaklah seperti biasa.. Sambil tu K.Ika kemas katil dalam bilik dan nak sapu sekali.. Tengah kemas K.Ika dengar bunyi kaca pecah.. K.Ika pon pelik lah mana ada letak cawan tepi singki kot lah angin kuat sampai jatuh cawan tu.. K.Ika apa lagi melompat lah dari katil tu cepat terus ke dapur tengok dapur K.Ika kaca nya dah pecah.. K.Ika cepat-cepat lah tutup api dan blur sekejap nak buat apa lepastu..huhu.. Dah lama sikit K.Ika buka paip gas lepastu ubah tong gas jauh sedikit.. Dapur K.Ika yang retak seribu

Mengalami Masalah Jerawat?? Parut Jerawat ??

  Sapa yang mengalami masalah seperti gambar di atas?? Haa K.Ika boleh bantu masalah korang.. Sebelum jual K.Ika cuba dulu produk nie tau.. Memang best sangat-sangat produk terbaru keluaran Emdoll Beauty nie..  Masalah dari jerawat bernanah sampai lah jerawat nasi boleh dirawat.. K.Ika dalam kategori jerawat nasi tak pernah sampai jerawat bernanah nie.. Boleh dikira dengan jari je bila kena.. Punca pon sebab pakai makeup lama,tak cuci muka dengan bersih dan habuk tutup liang pori.. Kulit muka K.Ika dalam kategori tak berapa nak manja sangat kiranya pakai apa produk pon ok baik murah atau mahal..  Bahan yang terdapat dalam Breakout Cream lebih kepada masalah jerawat dan parut yang ada diwajah muka korang.. Sebab tu nama nya BREAKOUT CREAM untuk merawat masalah kulit yang mengalami masalah.. Dah pakai macam-macam produk pon masih sama juga.. Dan banyak juga feedback kami dapat memang berpuas hati dengan Breakout Cream nie.. Sapa nak cuba boleh lah roger-roger K.Ika k.. BREAKOUT CREAM Bah

Rawatan Kesuburan (4) #clomid50mg

 Memandangkan cycle bulan lepas tidak berjaya secara natural jadi bulan nie K.Ika makan dengan bantuan ubat untuk bagi ovum mencapai tahap matang.. Nama ubat nie clomid.. Tidak boleh dibeli di farmasi kecuali ada surat doktor yang suruh kita beli dekat farmasi.. Ubat nie makan kena ada dalam pemerhatian doktor.. Jangan memandai beli dekat shopee juga.. Risiko melibatkan nyawa ye ..Antara risiko lain adalah jika seseorang makan clomid ada setengah orang memberi kesan yang agak cepat dan jika ada cecair lebihan akan membuatkan cyst dan boleh merisiko nyawa korang.. PERINGATAN SILA MAKAN DENGAN KEIZINAN DOKTOR !!!!.. CLOMID 50MG K.Ika mulakan dengan dos yang paling rendah.. Ada setengah orang effect bila makan mual,pening kepala atau cirit birit.. K.Ika baca dekat group.. Alhamdulillah K.Ika makan ok sahaja rasa nafsu makan tu tetap sama juga tak ada kurang 😅..  Cara makan adalah pada CD2- CD6.. ( CD - cycle day period ) dan makan dalam waktu yang sama jangan bertukar-tukar waktu ye.. Co

Hotel Royal Chulan Bukit Bintang

 Suami K.Ika ada event untuk PJJ dia.. Dan event tu dibuat di KL.. Sebelum tu K.Ika tengok harga murah sedikit bila nak booking hari jumaat harga naik..huhu.. Nak tak nak kena ambil juga lah hotel tu sebab senang suami nak pergi.. Kami berdua bukan tahu sangat jalan KL 😀.. Hotel nie kan popular dan dianggap hotel bertaraf 5 bintang kan.. Disebabkan Covid adalah dapat murah sikit hotel-hotel dalam malaysia nie..hihi..  Suami ada event K.Ika malam dok dalam bilik lah nampaknya tapi keluar sekejap cari makanan..hihi.. Bila keluar sahaja dari Lobby K.Ika tengok kawasan kiri dan kanan kenapa nampak macam seram je 😂.. Konon berangan nak jalan-jalan dekat kawasan situ sekali keluar rasa macam tu terus tak berani nak jalan sorang-sorang.. K.Ika pergi kedai KK dekat sebelah hotel lepastu order makan dekat Food Panda je lah..hahah..  Makanan sampai kita masuk bilik balik dan tengok tv habis cerita.. Suasana nak ke bilik pon agak seram juga.. Laluan nak ke bilik agak ada bau kepam sikit agaknya