Tidak berjaya juga cycle kali nie..huhu.. Tipu lah tak mengharap cycle yang kali nie sebab dah 7 tahun kan ttc.. Kadang malas nak fikir tapi bila duduk sorang nie mula lah ada terfikir sedikit.. Next cycle nak tak nak K.Ika cuba juga lah buat IUI.. Walaupon seram dan harga mahal sedikit K.Ika simpan duit lah dari bulan depan sampai bulan 2.. Maybe bulan 3 akan mula IUI.. Harga anggaran dalam RM 500- RM 600.. Sebab apa mahal nanti dah lalui proses nie K.Ika share lah apa yang buat mahal..
K.Ika buat rawatan di hospital kerajaan.. Kalau swasta dalam 2K nak kena ada dalam tangan.. Tak apalah anggap tak ada rezeki lagi K.Ika untuk cycle kali nie.. Kita cuba lagi tahun hadapan pulak.. Rehat dalam masa 3 bulan.. Mana tau melekat kan.. Aamiin..
Cycle yang kali ke 2 K.Ika makan clomid nie telur besar tak berapa cantik bulat tu.. Tak tahu sebab apa maybe sebab banyak makan benda sampingan kot..Buah avocado K.Ika tak minum bulan nie sebab dekat sini kedai jual tak berapa helookk buah nya.. Lepastu emosi pon tak stabil jadi memang tak harap sangat lah..
K.Ika ingatkan berjaya sebab K.Ika mula muntah-muntah dari DPO 9 macam tu.. Air liur jadi banyak dan susah nak telan..K.Ika hanya muntah bila nak solat asar dan bila haritu K.Ika makan nasi.. Jika sebelum nak solat asar K.Ika tak makan nasi memang tak ada muntah.. Bila buat test UPT negative agak kecewa lah sedikit.. K.Ika carilah pulak dekat google OHSS..
K.Ika risau tak kena OHSS nie lah.. Sebab baca ada 1 sahaja tanda iaitu muntah tapi hanya sekali sahaja.. Oh ya OHSS nie setengah orang akan alami jika tak tahan dengan clomid @ cucuk matang telur.. Kalau masih berterusan K.Ika akan call hospital lah tanya macam mana..Dos masih sama tapi tulah cycle nie lain macam pulak bagi hint badan nie..hahahha..
Pandai bagi harapan palsu dekat K.Ika 😅.. K.Ika dah agak tak berjaya sebab dekat bahagian perut tak ada mengeras pon.. Kita enjoy je lah 3 bulan nie jaga suami.. Suami pon akan operation pada bulan 12.. Kita buat je lah benda yang boleh menggembirakan hati.. Pemakanan pon tetap kena jaga juga ye walaupon doktor kata K.Ika bukan dalam kategori PCOS..
Dah alang-alang mulakan rawatan jangan mudah putus asa.. Teruskan mana tau ada rezeki kan.. Dah sampai masanya adalah tu rezeki kami.. Masih tak ada hidup berdua je lah dengan suami sampai ke tua 😂.. Selagi ada rahim selagi tulah ada harapan untuk hamil 💪💪
Comments
Post a Comment