Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Cameron Highlands

  Percutian ini adalah percutian yang tidak dirancang ye.. Ikutkan K.Ika memang balik bercuti tapi tak ada pergi mana-mana sebab kewangan pon tak berapa stabil lagi.. Abang Ipar K.Ika ajak suami jadi kami pergi je lah.. Disebabkan cuaca masa pergi nie musim hujan jadi tak pergi mana2 pon.. Hanya pergi ladang teh sahaja untuk tangkap gambar.. Kalau ikutkan K.Ika bukan disitu tempat yang K.Ika nak untuk tangkap gambar ada laluan masuk lain yang ada air terjun tu.. Ada MIL sekali jadi suami pon malas nak pening kepala mencari tempat yang K.Ika betul nak tu jadi kita ambil je lah dekat bahagian atas tu.. Sepatutnya kena turun ke bawah lagi baru jumpa.. Tak apa lain kali lah K.Ika cari port tu..  K.Ika tangkap gambar nie menggunakan tripod.. Gambar lawa weh.. Kena pandai setting kedudukan juga bagi nampak cantik gambar tu.. Cuma tulah masa dekat tempat terakhir tu tak terfikir pulak nak bawak tripod.. Ada alasan next trip pergi lagi kan tempat tu 🤣.. Cameron nie dah beribu kali pergi.. Tak

Happy Anniversary

  Pejam celik pejam celik nak dekat 10 tahun juga perkahwinan K.Ika dan suami.. Gaduh mulut tu usah kata lah.. Dua2 pon sama bila lepas mulut bila waktu marah memang pedih.. Tapi rasanya lagi pedih mulut suami bila dia dah cakap..hahah.. Tak bergaduh tu macam tak berapa nak percaya pulak kan..hahah.. Orang lain bergaduh bunting,K.Ika gaduh tak bunting pon 😅.. Ada masa malas nak layan K.Ika diam je.. Ada masa mood tak betul mulut tu menjawab juga..hahha.. K.Ika sekarang malas nak banyak cakap layan socmed je dekat depan duduk diam-diam..hahha.. Ada benda nak cakap baru K.Ika cakap.. Mulut K.Ika pon ada masa macam pendam perasaan main lepas je cakap.. Lepastu punca lah masam muka..haha..Mula-mula dulu bila bergaduh memang mulut pon sama naik menjawab.. Dah lama kahwin nie nak menjawab panjang-panjang lebih baik lah kita diam je.. Tak kuasa nak bertekak mulut..Tak tahu lah orang lain K.Ika benda yang tak sedap didengar K.Ika malas nak ingat dalam kepala buat kita sakit hati dan sakit kep

Rehat Dari Rawatan

Seperti yang sedia maklum mesti ada yang tahu K.Ika buat rawatan dengan hospital.. Setelah percubaan 3 kali IUI tidak berjaya K.Ika ambil keputusan untuk berehat dari segala rawatan.. K.Ika tetap teruskan vitamin yang doktor cadangkan.. K.Ika tengah kumpul duit untuk buat HSG tapi ada dekat klinik nie dia buat tak sakit boleh dapat result serta merta tapi harga nya agak mahal.. Nanti bila K.Ika dah buat K.Ika kongsi dengan korang..  Bab makanan fast food nie masih K.Ika tewas lagi tapi K.Ika tak puas makan kalau makanan fast food nie.. Cepat kenyang dan cepat lapar balik..hahaha.. Sekarang kurang sikit lah makanan fast food nie.. Minuman manis pon sama masih tengah nak kawal minda supaya tak beli tapi tu lah kadang anak tekak terasa je air tu lalu 😅.. Kalau K.Ika terlebih minum air manis akan ada keputihan yang banyak.. Bila keluar banyak taubat sekejap minum air masak lepastu minum balik..hahahha..Sekarang kemaruk air tea live 🙊. Sesiapa yang tengah TTC tu cuba kawal 2 benda nie dan

KDH Villa Kuang

  K.Ipar K.Ika yang sulung iaitu dari bapak yang sama tapi mak lain.. Kira kakak lah juga kan.. Nie K.Ipar dari belah suami.. K.Ipar teringin nak kumpul adik beradik dan A.Ipar K.Ika cadang lah villa nie sebab sebelum nie A.Ipar pernah datang sini perjumpaan dengan kawan gamenya.. K.Ipar pon setuju dan kami On je lah janji ada katil untuk tido kan.. Takkan nak lena dekat lantai pulak datang jauh-jauh sakit badan wooo..Penginapan Disponser oleh K.Ipar dan lain-lain diurus oleh adik beradik suami.. Dah nama pon villa rumahnya memang besar iaitu banglo ye ada kolam renang,karaoke,snooker,cycling,gelanggang badminton dan gelanggang bola sepak.. Besor ke tak kawasan rumah nya??? Oh ya bilik ada 8 bilik kesemuanya.. K.Ipar ambil 4 bilik kami ambil 4 bilik. Makanan kiteorang pilih catering sahaja.. Kalau ikutkan kami pergi pada bulan 3 tapi disebabkan suami kena covid jadi ditunda bulan 11 sebab itu sahaja tarikh yang kosong ada.. Bulan 11 pulak jatuh mengundi pulak risau juga tarikh mengundi

Jalan-Jalan Kellie's Castle

K.Ika tak pernah lagi sampai ke sini..hahaha.. Duduk dekat pon tak pernah lagi.. Zaman bercinta tak berjalan tempat-tempat macam nie.. Zaman bercinta selalu pergi lepak pantai camping 😅.. Kebetulan hari tu nak hantar adik ke KTM Batu Gajah dan K.Ika nak balik ke Ipoh jadi hantar lah adik ke sini.. K.Ika silap dengar adik cakap waktu train dia.. Ingat kan Silverlakes Village Outles ala-ala macam JPO @ MITSUI dah buka boleh lah lepak dekat situ sementara nak tunggu train adik sampai.. Eh rupanya tak rasmi lagi 😂..  Dah alang-alang tu K.Ika terfikir pulak Kellie's Castle nie.. Harga tiket murah je tak ada lah mahal mana.. K.Ika pergi hari biasa.. Harga tiket RM5 je.. Dengan kebetulan haritu cuaca panas terik..hahah.. Dah ada adik kan kita jadikan lah tolong tangkapkan gambar kakak dia nie..haha.. Dengan panas terik lah posing-posing.. Nasib baik suami pon melayan juga.. Dekat sini ada juga kejadian paranormal.. Sapa yang gatai-gatai bajet cakap besar nasib lah kalau muncul dalam gam

Lubuk Timah

 Tempat nie memang K.Ika tahu ada perubahan yang baru.. Tak tahu pulak ada homestay dekat sini kalau tahu dah bermalam tau dekat sini.. Ini lah dulu tempat zaman cintan cintun K.Ika dan suami.. Kadang lepas turun cameron akan pergi sini.. Dulu nak masuk jalan sini agak berpasir sekarang dah berTAR ko jalannya..hihi..Cuma nak pergi tu belum masa kesampaian lagi..  Cuti raya haji baru nie BIL no 3 K.Ika ajak berkelah.. K.Ika terfikir tempat nie dah tempat nya pon dah lawa apa lagi tunggu kan.. Pada mulanya nyaris-nyaris tak ada sebab kebetulan pagi tu hari hujan 😅.. Sebelum-sebelum nie cuaca panas terik gila ye.. Kami bertolak pon dah lambat dalam pukul 10 lebih macam tu.. Ikutkan dalam pukul 9 nak gerak dah.. Berkelah santai-santai je.. Buat relax kan kepala maklum lah semua dah duduk KL nak relax-relaxkan minda sekejap..hahhaha.. Sapa dok KL tahu lah dengan jalan 24 sesak kan..  Harga tiket masuk dewasa RM 8, Kanak-kanak RM 5.. Gazebo pon lawa komeee dekat sini.. Kena bayar lah sewa y

Rawatan Kesuburan ( 18 ) IUI Tidak Berjaya

  K.Ika test DPIUI 13 & 14.. Naik 1 line sahaja.. Maknanya tidak berjaya IUI K.Ika kali nie.. K.Ika sakit breast lama juga nak dekat seminggu ingatkan kot tanda-tanda melekat kan.. Ada juga rasa segugut sikit tapi tak kerap.. Menipulah rasa tak sedih kan sebab K.Ika berharap sangat kali ke 3 nie berjaya.. Mula-mula tu rasa down lah juga tapi malas lah nak fikir sangat.. Buat K.Ika stress dan jadi badmood je.. Hidup kena diteruskan tak kan nak bersedih lama-lama kan.. Tu maksudnya belum rezeki K.Ika lagi lah tu.. Mana boleh lawan takdir ALLAH kan.. Jadi marilah kita uruskan duit claim untuk IUI nie.. Harap dapatlah claim penuh untuk 3 kali IUI..hahaha.. Ada yang kata 1 cycle IUI sahaja boleh claim.. K.Ika hantar je semua bill.. Janji dapat balik duit ubat yang mahal K.Ika beli dekat luar tu..hahaha..  Marilah kita berehat sehingga cukup duit untuk IVF... Sementara tu boleh lah kita cuti-cuti malaysia mana yang berkenan.. Suami pon lawan kes pon tak selesai lagi..  Ada ke nak bayar s

Rawatan Kesuburan ( 17 ) # IUI Kali Ke 3 @ Terakhir

Sebelum buat IUI 2 hari sebelum tu kena cucuk untuk pecahkan telur..  Pecahkan telur  boleh baca dekat link yang K.Ika bagi tu.. Cycle kali nie K.Ika kena 10000 dos untuk pecahkan telur.. Dia punya sakit nak cucuk usah dikenangkan..hihi.. Bila cucuk ubat dekat perut berpeluh-peluh lah K.Ika..hahahaha.. Masa yang dinanti pon tiba..hihi.. Doktor yang buat nie adalah doktor pakar.. Rasa senak bila masukkan mulut itik tu je.. Bila doktor masukkan tiub tak terasa sangat lepastu doktor masukkan sperm suami ada rasa senak sikit tapi ok.. Tak macam masa K.Ika buat IUI kali ke 2 tu.. Boleh trauma dibuatnya.. Bila buat dengan doktor pakar nie bila dah selesai perut tak ada rasa senak pon macam tak buat apa-apa.. K.Ika tetap jalan slow juga lah lepas dah selesai tu.. Kita akan rehat dalam 30 minit selepas sperm dimasukkan.. Proses semua tu tak sampai 5 minit pon..  Doktor suruh makan ubat kuatkan rahim sahaja dan tunggu je lah hasilnya berjaya atau tidak.. Tak berjaya juga kali nie memang K.Ika a

Rawatan Kesuburan ( 16 ) #Folicullin 75 IU & 150 IU

  IUI kali ke 3 kali nie doktor bagi ubat cucuk semuanya.. Bila bayar tu rasa berdebar2 je nak tahu berapa jumlah.. IUI kali nie habis nak dekat 2K.. K.Ika ada beli ubat dekat luar jadi berganda lah mahal ubat luar tau.. Dengan jarum nie K.Ika sekarang tak berapa takut sangat tapi ada masa berdebar2 jugak sebelum nak cucuk.. K.Ika semua buat sendiri.. Nak pergi klinik mintak cucukkan mesti kena bayar dah bertambah bajet jadi kena lah beranikan diri cucuk sendiri.. Ni ada lah IUI terakhir K.Ika.. tak menjadi juga K.Ika akan berehat sehingga cukup duit untuk IVF.. Ubat mula-mula doktor bagi dos rendah dan cucuk selang sehari.. Bila scan pembesaran ovum tak beri yang positif.. Jadi doktor naikkan dos dan kena cucuk tiap-tiap hari.. Korang kiralah sendiri 1 kotak harga dalam RM66.. Kalau dah seharu 2 kotak selama 4 hari rasa nak demam bayarnya.. Klinik luar 1 kotak RM120 😓.. Nak buat macam mana nak tak nak kena beli juga dekat luar farmasi tak bukak sabtu dan ahad..huhu.. Bila naik dos ad

Rehat Lama

  Rehat lama dari apa nie ye..hihi..Yang mana ada baca blog K.Ika mesti tahu yang K.Ika sekarang dalam rawatan kesuburan.. Last K.Ika buat IUI kali ke 2 adalah bulan 2.. Jadi K.Ika ambil keputusan stop dahulu sebab kewangan tak berapa nak stabil.. Bulan puasa memang tidak ada IUI dibuat.. Ubat ada doktor bagi awal dah siap-siap jadi agak-agak dah ready nak mulakan balik nanti dah cucuk pada CD 2 K.Ika akan call lah klinik.. Buat rawatan nie pon menggunakan duit yang banyak.. Tengok pada jenis ubat.. Jika ubat makan macam clomid dan letrozole sikit sahaja bajet.. Yang buat sesak nafas bila nak kena bayar ubat cucuk.. 1 kotak sahaja dah RM66..hihi.. Korang kira lah kalau bulan tu nak dekat 10 kotak kena.. Mau tak menangis masa nak bayar..hahhaha... Jadi kita kumpul lah sikit dulu modal dan enjoy sahaja dengan masa yang ada.. Raya puas-puas dulu..hahhahaha... Ada rezeki normal alhamdulillah.. Tak ada kita rehat lagi setahun untuk kumpul duit buat IVF pulak.. Lain orang lain rezeki yang AL

Ayam Bawang

  Sapa peminat masakan mamak mesti tau apa tu ayam bawang.. Suami & K.Ika peminat masakan mamak nie.. Tak boleh lawan dengan masakan mamak ipoh & penang.. Tempat K.Ika tinggal sekarang tak sedap semua kedai mamaknya 😅.. Sambil taip nie tertelan air liur teringat nasi vanggey 😂.. Dekat selangor ada cawangan nasi vanggey tapi tulah.. Jauh bebenor nak rawang tu..hahaha.. Dengan hadap jem lagi tak apalah kita sabar sampai balik ipoh..hahaha.. Dah jemu tak tahu nak masakan apa saja lah cari dekat google masakan ayam bawang nie.. Sebelum masak kena tengok dulu bahan nya senang nak cari atau tak.. K.Ika follow dari youtube che nom.. Ada masakan yang kena dengan tekak K.Ika ada masakan tak sesuai dengan tekak K.Ika..hihi..  Ada 2 bahan K.Ika tak masukkan sebab tak ada dekat rumah.. K.Ika guna bahan apa yang ada dekat rumah sahaja.. Nie adalah cara masak & bahan yang K.Ika guna.. Bahan Tumis Bawang besar *blend Bawang putih *blend Halia *blend 4 sekawan Daun Pandan Daun Kari Cara

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022

  Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.. Tahun nie kita raya kelam kabut 🙃.. Konon hari isnin malam tu nak pergi Aeon pergi beli wallpaper nak pasang sebelum raya.. K.Ika sampai kampong hari sabtu subuh.. Hari sabtu K.Ika terlajak lenaaa sedar2 pukul 4.30 petang 😅.. Maklum lah tak tido malam tu.. Dengan cuaca redup tu ingatkan masih awal lagi tengok jam dah lewat..hihi.. Bangun2 terus suami ajak kemas rumah MIL..  Sempat lah juga kemas rumah MIL dengar berita mengejut esoknya raya 😂.. Tempat sampah tu penuh dengan barang dari rumah MIL.. Habis K.Ika & SIL sesi membuang apa yang tak patut..hahahah.. Wallpaper sahaja tak sempat.. Mungkin raya haji kot baru pasang sebab kerja dah tergendala memang mood tu malas nak sambung buat kerja..hihi Beraya berdua lagi lah K.Ika dengan suami tahun nie.. Masih belum merasa nak collect duit raya lagi..hihi.. Seronok tengok budak beraya.. K.Ika dengan suami pakai baju recycle je.. K.Ika berkenan dekat abaya nie tapi masa beli onli

Rawatan Kesuburan ( 15 ) # IUI Kali ke 2 Tidak Berjaya

DPIUI 13,14,15 K.Ika buat upt test negative 😢.. Tipulah tak mengharap IUI kali ke 2 nie.. Nak buat macam mana masih belum rezeki kami lagi kali nie.. Kita hanya boleh merancang dan berusaha ALLAH yang menentukan segalanya.. Bila K.Ika test negative mood agak tak betul.. Asyik nak bergaduh je dengan suami.. Mungkin ada perasaan sedih tu.. Kita dah usaha tak berhasil takkan nak marah takdir pulak kan.. Jadi next temu janji K.Ika akan stop dulu untuk next proses.. Nak kumpul duit dulu kalau ada buat IUI kali ke 3.. Risau doktor naikkan dos ubat naya je K.Ika.. Ubat cucuk paling mahal ye walaupon RM 66 1 tapi kalau dah banyak beratus juga harga ubat tu.. Kewangan pon tak stabil lagi untuk teruskan sebab dah habis guna wang simpanan uruskan hal roadtax kereta,yuran belajar benda nie sahaja nak dekat 5k habis tau.. Jadi kita tunggu je lah period turun.. K.Ika pon dah stop makan ubat progynova sebab kalau diteruskan makan nanti period akan lagi lambat nak turun dan akan buat cycle haritu pan

Rawatan kesuburan ( 14 ) # IUI Kali Ke 2

  Akhirnya K.Ika buat juga IUI untuk kali ke2.. Kali pertama iui K.Ika gagal 😔.. Tipulah tak sedih kan.. K.Ika pon kawin dah lama.. Harapan tu tetap adalah untuk IUI kali ke 2 nie.. Disebabkan covid makin rancak sakan naik. jadi K.Ika kena buat RTK dahulu baru boleh pergi bilik yang mereka suruh.. Macam biasa suami kena keluarkan sperm dan akan cuci selama sejam.. Kemudian kita datang balik ke tempat tersebut untuk buat proses IUI.. K. Ika tukar baju dahulu dan tunggu doktor datang.. Sebelum buat IUI kena kencing dulu tau.. Pengalaman K.Ika buat IUI kali ke 2 nie doktor buat sakittttt... Boleh pulak doktor main muncung itik tu tolak kejap ke depan kejap ke belakang.. Nak cari laluan tak jumpa.. Dia punya sakit tu boleh buat trauma dengan muncung itik tu 😂.. Proses untuk memasukkan sperm suami kita tak lama pon dalam 5 minit dah siap.. K.Ika tengok jam sebab tahan sakit tu rasa macam lama sangat 😅.. Selepas dah selesai K.Ika baring lurus sebab doktor pon tak tahu nak mengiring ke man

Rawatan kesuburan ( 13 ) #Letrozole 5mg & HUMOG 150 iu

 Last K.Ika jumpa doktor ada bagi cadangan sama ada untuk buat HSG atau Ovarian drill.. Tadi jumpa doktor dan suami tanya sama ada perlu atau tak doktor kata tak perlu pon tak apa.. K.Ika pon ok je lah..Cycle akan datang nie K.Ika mulakan makan ubat dan juga cucuk.. K.Ika akan ambil ubat letrozole CD 2 - CD 6 lepastu CD 7 - CD 9 K.Ika kena ambil yang humog pulak.. Harga ubat HUMOG nie mahal ye 1 kotak humoh 75 iu dalam RM 66 .. K.Ika kena beli dalam 6 kotak harga semua RM 396 .. Masa bayar tertelan air liur 😅.. Nasib baik ada duit dalam akaun simpanan.. Ubat letrozole dalam RM 16 . Clomid sahaja free..hihi.. CD 7 K.Ika akan jumpa doktor untuk scan perkembangan telur dan juga cucuk humog sekali...  CD 7 Hari yang dinanti-nantikan nak tengok ubat yang K.Ika makan ada beri kesan tak.. Alhamdulillah dengan Letrozole telur beri respon yang positif tapi tak banyak.. Mungkin sebab dos rendah.. Clomid dos tinggi K.Ika dapat banyak dalam 6 telur.. Dengan letrozole dapat 3 telur.. Terbalik

Pengalaman Cucuk Sendiri

  Mana yang sedia maklum K.Ika nie penakut sikit dengan jarum.. Bila jumpa doktor je automatik darah gemuruh datang.. Untuk cycle yang baru nie doktor sarankan untuk K.Ika ambil ubat cucuk sekali.. Nak tak nak kena lah juga kan cucuk sendiri.. Kononnya nak suami yang cucukkan tapi bila tanya nurse tu kalau boleh cucuk pada waktu yang sama..  Masa CD7 tu K.Ika cucuk pada waktu pagi jadi hari seterusnya anggaran masa juga lah.. Mula-mula tu ngetor juga lah tangan nie nak cucuk diri sendiri.. Suami waktu pagi tido jadi tak nak ganggu dia masa tido K.Ika beranikan diri lah cucuk sendiri.. Pada K.Ika rasa sakit tu hanya sekejap sahaja bila masukkan ubat.. Jarum tu bila masuk dalam perut tak sakit sangat.. Ubat pon tak banyak dalam 5ml je tak salah..  Nanti nurse akan ajar lah macam mana cara nak cucuk sendiri tu nanti.. K.Ika cucuk sendiri ubat subur dan juga pecahkan telur tu.. HUCOG K.Ika beli dekat andorra sebab kebetulan masa scan public holiday farmasi dekat K.Ika buat rawatan tak jual

Ice Box & Ice Pack

  Mesti ada tertanya-tanya untuk apa 2 barang nie kan.. Ini adalah benda wajib yang korang kena bawak untuk yang ttc memerlukan ubat cucuk.. Ubat cucuk seperti HUMOG, FOLICULIN & HUCOG WAJIB disimpan ditempat yang sejuk.. Kecuali kalau kena cucuk diklinik 2 barang nie tak perlu lah bawak..  2 barang nie perlu dibawak jika ubat dibawa balik ke rumah.. Korang boleh lah beli macam-macam jenis ice box yang dijuak dekat shopee tu.. Tak perlu saiz besar saiz kecik dah cukup.. K.Ika nak kongsi lah dengan korang mana tahu ada yang baru nak mula ttc menggunakan ubat cucuk kena lah siap sediakan barang kan.. Apa yang K.Ika boleh kongsi dengan korang K.Ika kongsi lah.. Mana yang K.Ika tahu lah dan K.Ika sendiri alami lah..  Bekas macam nie dekat mr DIY pon ada juga jual.. beli saiz mini je dah tau..  Ice pack nie dekat shopee dan watson pon ada jual juga.. Tak kisah lah jenama apa pon janji boleh buat ice batu,tahan lama untuk bagi sejuk ubat kita tu..

Urutan Pulih Dara ??

Mesti korang pelik kan dengar nama nie.. Wujud ke urutan macam nie?? K.Ika pon baru tau tentang urutan pulih dara nie.. Kena pergi dekat tukang urut yang betul mahir tau.. Jangan pergi sebarangan orang nanti lari pulak korang punya urat tu dah susah nak kena betulkan balik.. Sesuai juga untuk wanita yang sedang ttc macam K.Ika. K.Ika tau urutan nie wujud dengan tukang urut dari Melaka.. Sebelum nie mereka duduk KL dan baru  dalam 2 tahun pindah Melaka.. Sapa yang berdekatan Melaka nak merasa jari jemari bidan ibu & anak nie boleh lah.. Yang pasti tidak menyesal dengan urutan mereka.. Terdapat pakej-pakej yang menarik dan juga ala carte.. Ingat makan je ala carte.. Urut pon ada juga ala carte tau!!! K.Ika dah lama follow tukang urut nie cuma belum ada masa lagi je nak merasa.. K.Ika suka follow tukang urut yang boleh dipercayai dan memang yang urut betul dan ada juga untuk urutan ikhtiar hamil.. Ok lah mari K.Ika cerita apa itu URUTAN PULIH DARA.. URUTAN PULIH DARA