Skip to main content
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Cameron Highlands

 Percutian ini adalah percutian yang tidak dirancang ye.. Ikutkan K.Ika memang balik bercuti tapi tak ada pergi mana-mana sebab kewangan pon tak berapa stabil lagi.. Abang Ipar K.Ika ajak suami jadi kami pergi je lah.. Disebabkan cuaca masa pergi nie musim hujan jadi tak pergi mana2 pon.. Hanya pergi ladang teh sahaja untuk tangkap gambar.. Kalau ikutkan K.Ika bukan disitu tempat yang K.Ika nak untuk tangkap gambar ada laluan masuk lain yang ada air terjun tu.. Ada MIL sekali jadi suami pon malas nak pening kepala mencari tempat yang K.Ika betul nak tu jadi kita ambil je lah dekat bahagian atas tu.. Sepatutnya kena turun ke bawah lagi baru jumpa.. Tak apa lain kali lah K.Ika cari port tu.. 

K.Ika tangkap gambar nie menggunakan tripod.. Gambar lawa weh.. Kena pandai setting kedudukan juga bagi nampak cantik gambar tu.. Cuma tulah masa dekat tempat terakhir tu tak terfikir pulak nak bawak tripod.. Ada alasan next trip pergi lagi kan tempat tu 🤣.. Cameron nie dah beribu kali pergi.. Tak semua tempat ada gambar K.Ika ambil tu yang bila pergi lagi kena ambil.. Semua tempat K.Ika pergi tu berbayar kalau berdua sahaja adalah bajet kalau dah ramai nak ajak pon serba salah pulak kan bila time nak bayar masuk tu jadi ambil keputusan tak payah pergi tempat tu..hihi.. Belum cukup rezeki nak bayar untuk ramai-ramai.. Doakan suami K.Ika dapat interview lagi besor boleh lah belanja..hihi..

Suami pon melayan juga K.Ika untuk tangkap gambar.. Dia tahu K.Ika nie suka bergambar & cerewet sikit bab tangkap gambar.. Rasa gambar tu tak helokk K.Ika buang je nanti pergi lagi sekali kena pastikan gambar helokk baru boleh gerak ke tempat lain 😂..K.Ika suka tukar-tukar gambar wallpaper dekat hp.. Mungkin tu lah juga K.Ika suka bergambar.. Hp 1 wallpaper anak lagi 1 wallpaper gambar K.Ika & suami 🤭.. 

Tak banyak aktiviti pon yang K.Ika buat dekat sini.. Santai-santai sahaja.. Dengan cuaca sejuk & hujan tak menentu malas nak keluar lama-lama.. Tempat yang baru dekat brichang pon K.Ika tak pergi sebab malam ada buat bbq suami yang tukang masak bbq..hihi.. Nanti kita rancang betul-betul nak pergi mana yang pasti akan pilih tarikh bukan public holiday lah..hihi.. 

Sebelum turun K.Ika belikan mak jagung susu buat merasa.. K.Ika beli dekat kawasan ross valley.. Mahal juga rupanya harga jagung susu tu..huhu.. Dekat situ jagung susu harga 3 RM 10, jagung mutiara 2 RM 10 & jagung biasa 8 RM 10.. Dekat kea farm K.Ika tahu berapa harga.. Kalau rasa Kea Farm murah lagi boleh lah borong dekat kea farm.. Tahun depan jangan jemu baca lagi kalau tentang cameron highlands . 🫢 




Dekat teh boh tanah rata.. Nak turun bergambar dekat sini dikenakan bayaran RM 3.. Dekat sini nak tangkap gambar adalah terhad kena pandai-pandai lah ambil kedudukan gambar.. 

Harga tiket masuk rose valley




Antara kawasan yang boleh bergambar dekat sini.. Kawasan sini tak digalakkan yang sakit kaki masuk sebab banyak turun naik tangga.. Sapa pandai tangkap gambar memang cantik lah.. Banyak bunga ross dalam nie.. Kawasan pon cantik.

Kira penutup tahun 2022 lah.. Boleh lah dari tak ada.. Tahun depan kita tangkap dekat kawasan lain pulak..hahahha.. Tak mahal mana lah tiket masuk dekat cameron highland nie.. Ada yang mahal tapi nanti-nanti lah kita fikirkan sama ada berbaloi atau tak nak masuk..hihi.. Nak usha tripod yang baru lah untuk koleksi tangkap gambar tahun 2023 punya 🤭








Comments

Popular posts from this blog

Himalaya Speman

Ini adalah produk en suami makan..harap ada lah hasil yg baik nnti..K.Ika nk cba makan himalaya shatavari tak ade pulak stok dekat kedai cni..huhu..nak beli online tak percaya pulak..mungkin belum rezeki K.Ika untuk mendapat zuriat secara natural..si isteri kena jumpa doktor tidak lama lagi..huhu..harap semua akan berjalan dengan lancar..inilah kebaikan speman untuk laki..cba fikir positif..ini adalah makanan herba dari india.. Untuk ketahui lebih lanjut boleh google..ada yang serasi dengan ubat ini akan tunjukkan hasil yang positif.. TIDAK SEMUA ORANG SESUAI DENGAN PRODUK NIE ..kita hanya manusia biasa hanya berusaha sahaja..ubat ini ada dalam bentuk kapsul dan berwarna pink..1 bekas ada terdapat dalam 100 biji kapsul..tergoda K.Ika bila tengok ubat nie..hihi..harga termasuk gst rm56.20..boleh dicari di farmasi yang terpilih atau di lazada ye.. APA FUNGSI YANG TERDAPAT DALAM HIMALAYA SPEMAN? Meningkatkan spermatogenesis Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spe

Kurma Dhuha By Homemade Bonda Rozita

PENGENALAN Ubatan herba merupakan terapi tertua dalam sejarah perubatan bermula dengan penemuaannya di Mesir , India dan China yang telah berusia puluhan ribu tahun ( melalui peradaban kuno ).Herba yang terbaik sudah tentulah herba yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W seperti Jintan Rom & Madu Asli ,bahkan merawat dengan herba bukan lagi sesuatu yang baru. Rawatan tradisional telah lama muncul sejak zaman Nabi Adam a.s, Baginda yang pertama memperkenalkan ilimu perbidanan dengan herba dan diamalkan oleh isteri baginda semasa berpantang.Siti Hawa mengamalkan herba makan Jintan Rom untuk mengembalikan tenaga,melancarkandarah,memperbanyakkan susu dan mengimbangi hormon.Selain itu,Siti Hawa juga mengamalkan pengambilan air rebusan herba terdiri daripada campuran daun inai,jintan rom dan Kemenyan Arab bagi mencuci darah supaya tidak berbau dan melancarkan ketulan darah nifas. Hari ini,uabtan herba terus menguasai pasaran dunia sebanyak 20% semenjak 2012 dan terus meningk

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Maboro Steak Restaurant Nilai

Ok dekat sni aku nak cerita pasai mkanan westren yang x berapa baru lah sangat aku cuba dekat cni...mula2 aku x tau ada kedai nie bukak aku tau pon sebb kawan en suami ajak lepak dekat cni..nmpak sangat lama x membeli barang dekat psaraya besar nie kan..nak cari kedai nie senang je x susah mana..kedai nie terletak di bandar baru nilai (berdekatan dengan tesco) dan juga bertentangan dengan dataran nilai..kedai dia terletak dihujung..jadi memang senang nak nampak lah..kawasan kedai tu memang besar sangat n luas.. Lagi 1 kedai nie 1 kawasan dengan satay willy yang popular tu..jadi sapa yang pernh p makan satay willy dia tau lah lokasi kedai malboro steak nie..masa aku p cni kedai dia memang ramai org n servis dia agak kelam kabut sedikit..maybe sebb baru lagi perkerja dia n tidak berapa fasih lagi bhasa melayu..harga makanan pada aku masih berpatutan dan harga mampu lah bila nak bayar mkanan tu..aku mintak maaf lah lpa nak snap gambar makanan dekat citu..nnti bila2 aku p cna lagi aku

Rawatan Kesuburan (5) #HuCoG 5000 ( Pecahkan Telur )

 Alhamdulillah ovum K.Ika memberi kesan yang positif.. Ada 2 ovum yang membesar dari makan ubat yang diberikan oleh doktor.. K.Ika makan clomid 50mg.. K.Ika pergi scan pada CD12..Bulan lepas masa cycle tak jadi tu K.Ika terus ambil ubat yang doktor bagi.. Doktor sarankan K.Ika ambil 50 mg dahulu.. Kalau tak berjaya maybe doktor akan naikkan lagi dos di masa akan datang..  Saiz yang K.Ika dapat dalam 26 & 18.. Untuk cucuk ubat nie kena saiz telur 18 ke atas.. Kalau terlebih besar sangat tak helokk juga.. Memandangkan K.Ika ada saiz yang doktor nak jadi terus cucuk lah pada hari yang sama.. Hari yang K.Ika pergi adalah hari khamis jadi takut esok hilang macam cycle bulan lepas terus cucuk lah siap-siap hanya tunggu hasil je lah nanti..hihi.. K.Ika terlupa nak tangkap gambar ubat tu.. Masa tu tengah fikir nak cepat sebab suami lama tunggu dekat dalam kereta..  Resit ada tapi bila K.Ika google tak ada pulak keluar nama tu.. Keluar model barang komputer 😅.. K.Ika ingatkan harga nya mah