Seperti yang sedia maklum mesti ada yang tahu K.Ika buat rawatan dengan hospital.. Setelah percubaan 3 kali IUI tidak berjaya K.Ika ambil keputusan untuk berehat dari segala rawatan.. K.Ika tetap teruskan vitamin yang doktor cadangkan.. K.Ika tengah kumpul duit untuk buat HSG tapi ada dekat klinik nie dia buat tak sakit boleh dapat result serta merta tapi harga nya agak mahal.. Nanti bila K.Ika dah buat K.Ika kongsi dengan korang..
Bab makanan fast food nie masih K.Ika tewas lagi tapi K.Ika tak puas makan kalau makanan fast food nie.. Cepat kenyang dan cepat lapar balik..hahaha.. Sekarang kurang sikit lah makanan fast food nie.. Minuman manis pon sama masih tengah nak kawal minda supaya tak beli tapi tu lah kadang anak tekak terasa je air tu lalu 😅.. Kalau K.Ika terlebih minum air manis akan ada keputihan yang banyak.. Bila keluar banyak taubat sekejap minum air masak lepastu minum balik..hahahha..Sekarang kemaruk air tea live 🙊.
Sesiapa yang tengah TTC tu cuba kawal 2 benda nie dan makan vitamin dan juga folid acid.. Buah kiwi elok juga untuk ttc tapi tulah sebab harga dia mahal tak berapa nak konsisten lah makannya.. Sekurang-kurang 3 bulan sebelum merancang korang dah kena jaga semua benda..K.Ika buat masa sekarang fikir enjoy sahaja dulu sebelum umur cecah 36 tahun.. Sambil tu simpan duit juga untuk buat IVF.. Mungkin ada hikmah semua tu.. ALLAH suruh honeymoon puas-puas dulu..
Musuh utama pengeluaran telur adalah STRESS.. Benda nie korang kena kawal.. K.Ika bila cakap dengan suami dia tak percaya kena ada video doktor baru dia percaya..hahaha.. Bila kita STRESS pengeluaran telur akan terjejas.. Oh yang saluran tiub pastikan tidak tersumbat juga ye.. Bila tersumbat macam mana ovum nak bertemu dengan sperma 🙊.. Pergi buat chekcup untuk pasangan masing-masing.. Jangan malu untuk lelaki.. Bila kita checkup kita hendaklah tahu sama ada kita nie bermasalah atau tidak.. Serius ke tidak masalah tu kan.. Boleh dirawat sebelum menjadi lagi teruk. Jangan jadikan kekurang pasangan itu untuk kita curang..
Untuk lelaki jika sperma korang ok apa salah nya makan juga vitamin.. Ada juga vitamin untuk membantu pembaikan sperma yang bagus.. Bagi laju sikit sperma tu berenang bertemu ovum..hihi.. Terutama bagi lelaki yang merokok.. Untuk kualiti sperma yang sihat untuk pembetukan janin yang sihat.. Bila janin tak sihat itu boleh jadi salah satu punca keguguran.. Sapa yang kawin dekat 2 tahun masih belum melekat boleh lah terus buat rawatan jangan tunggu lama-lama.. Hospital kerajaan murah je bayaran.. Nak servis cepat hospital/klinik swasta sediakan duit yang banyak je lah..hahahah.. GOOD LUCK SEMUA 😊
Comments
Post a Comment