Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Kejutan Hari Jadi Mak

Bulan julai dah masuk.. Bulan nie ramai yang hari jadi dari kalangan family K.Ika.. Antaranya Mak, Adik Bongsu, MIL, BIL & Adik Angkat K.Ika dari zaman myspace lagi 😅.. Ramai juga kan.. Belum lagi anak buah yang ramai tu.. Anak buah K.Ika ramai sampai tak terkira sampai dah pangkat OPAH tau 😂.. Mesti ada yang tak percaya bila K.Ika bgitau yang K.Ika tak pernah pon sambut hari jadi mak 😅.. Dulu kami dalam golongan miskin.. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. Abah dapat kerja kilang adalah perubahan sikit ada duit bulanan.. Lepastu kilang abah kena tutup kami dah hilang punca pendapatan.. Kebetulan ada makcik jual tepi jalan cari pekerja jadi mak K.Ika kerja dengan makcik tu.. K.Ika bila habis sekolah selalu tolong mak dekat kedai.. Bila makcik tu pindah mak ambil alih tapak niaga tu.. Alhamdulillah ada perubahan dalam keluarga sis.. Kira nak apa boleh lah beli tapi bukan bermewah-mewah hanya bersederhana.. Kira baju raya tiap-tiap tahun adalah beli baru.. Sebab tu K.

Kena Scam ????

Selalu kita baca di facebook kena scam antara nya melalui perbualan telefon dengan bagi no akhir kad kepada pemanggil, bercinta dengan warga asing kemudian bagi alasan duit sangkut dekat kastam dan kena bayar baru boleh duit tu lepas, duit tiba-tiba dalam akaun ada buat pembelian, dapat TAC walaupon kita tak ada membuat pembelian & lain-lain.. Semasa dalam PKP K.Ika baca dekat facebook banyak yang kena dengan akaun CIMB .. K.Ika dah bgitau suami jangan simpan duit banyak dalam tu biarkan sahaja hanya duit bill dalam tu.. Suami tak nak percaya & risau letak dalam akaun K.Ika nanti K.Ika boros belanja bei online pakai duit dalam akaun tu.. K.Ika tak adalah bengong nak berbelanja bukan-bukan sebab duit tu adalah bayar duit yuran dia belajar & juga simpanan.. K.Ika bukan ada kerja tetap nak ganti balik duit kalau pakai kan..  Dannnnnn.... Akhirnyaaa.... Peristiwa nie terjadi dekat K.Ika semalam.. Kawan suami ada datang rumah dalam pukul 3 jadi memang tak tengok lah telefon K.Ik

Ambil Darah CD21

Langkah seterusnya adalah ambil darah pada CD21 .. Aii K.Ika nie melibatkan jarum lemah rasanya tau.. Walaupon sekejap proses nak tempoh tu serammm.. Buat yang takut jarum macam K.Ika lah.. Tak takut apa nak heran kan.. Untuk suami pulak doktor mintak buat ujian lagi sekali.. Result yang lama dalam 3 tahun lepas doktor tak nak.. Nasib baik suami nak buat..hihi.. Dia dah terbuka lah tu sebab dah 7 tahun kawin K.Ika tak melekat-melekat lagi..  Oh ya buat tak tahu apa tu CD ialah ( Cycle Day ) period kita.. Kiraan bermula bila darah haid kita keluar..  Harap keputusan semua baik-baik sahaja lah.. Hormon K.Ika pon stabil lah hendaknya.. Untuk lelaki keputusan akan dapat dalam masa 1 jam.. K.Ika buat ujian tu sama dengan K.Ika ambil darah.. Senang sekali jalan kan tak payah nak ulang alik banyak kali..  Perjalanan dari rumah ke Hospital ambil masa 40 minit.. Suami sibuk dengan kerja jadi kita ambil lah masa yang sama K.Ika kena ambil darah.. Result K.Ika punya akan tahu bila jumpa doktor

Rawatan Kesuburan (1) #ttc

Sebelum ke klinik pastikan korang sudah ada tarikh untuk berjumpa dengan doktor.. Jika hospital berdekatan dengan rumah korang boleh cuba terus pergi sahaja ke kaunter cakap nak buat rawatan kesuburan.. Jika jauh korang boleh pergi ke klinik kerajaan yang ada cakap nak buat rawatan kesuburan nanti mereka akan buat surat dan akan bagi lah tarikh untuk temu janji seterusnya.. Selalu nya korang akan dapat tarikh temu janji 3 bulan paling lambat.. Jika nak doktor perempuan korang boleh mintak doktor dekat klinik tu buat permohonan untuk korang tak salah.. Kalau pergi direct boleh buat surat.. K.Ika terlupa nak bagi masa hari pertama jumpa harap mereka terima lah permohonan K.Ika hanya doktor perempuan sahaja.. Harap dipermudahkan lah urusan K.Ika.. K.Ika bukan apa sebab dalam rawatan rasa tak perlu doktor lelaki kecuali kalau dalam kecemasan lain lah.. Dah sakit dan memerlukan rawatan segera kena lah ambil doktor mana sahaja yang ada kan.. Harap pihak hospital bagi kerjasama lah dengan K.I