Bulan julai dah masuk.. Bulan nie ramai yang hari jadi dari kalangan family K.Ika.. Antaranya Mak, Adik Bongsu, MIL, BIL & Adik Angkat K.Ika dari zaman myspace lagi 😅.. Ramai juga kan.. Belum lagi anak buah yang ramai tu.. Anak buah K.Ika ramai sampai tak terkira sampai dah pangkat OPAH tau 😂..
Mesti ada yang tak percaya bila K.Ika bgitau yang K.Ika tak pernah pon sambut hari jadi mak 😅.. Dulu kami dalam golongan miskin.. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. Abah dapat kerja kilang adalah perubahan sikit ada duit bulanan.. Lepastu kilang abah kena tutup kami dah hilang punca pendapatan.. Kebetulan ada makcik jual tepi jalan cari pekerja jadi mak K.Ika kerja dengan makcik tu.. K.Ika bila habis sekolah selalu tolong mak dekat kedai.. Bila makcik tu pindah mak ambil alih tapak niaga tu..
Alhamdulillah ada perubahan dalam keluarga sis.. Kira nak apa boleh lah beli tapi bukan bermewah-mewah hanya bersederhana.. Kira baju raya tiap-tiap tahun adalah beli baru.. Sebab tu K.Ika dulu tak pernah sambut hari jadi sama ada untuk diri sendiri atau family.. Setakat beli cupcake harga RM 2 tu jadilah.. Tak pernah pon merungut tentang hidup K.Ika.. K.Ika nak sesuatu akan kerja dekat gerai mak K.Ika & beli apa yang nak..
KEJUTAN BUAT MAK
Tahun nie K.Ika cuba nak buat kejutan untuk mak K.Ika.. K.Ika kongsi duit dengan adik.. Adik tak ada modal K.Ika memang akan buat juga dekat mak.. Adik nak kongsi jadi beli extra kek untuk adik bongsu & abah K.Ika sekali.. Senang sekali jalan 🤣.. Anak bertuah mcm nie lah..hihi..
Nak bagi hadiah tak tahu nak belikan apa sebab mak K.Ika nie biasa-biasa je.. Jadi K.Ika ambil pilihan belikan mak kek sahaja.. Mak tak pernah mintak anak-anaknya apa-apa sebab tahu anak nya semua cukup-cukup makan.. Asalkan tak menyusahkan family dah bersyukur.. Ada rezeki lebih baru lah kongsi dengan mak.. Mak & Abah K.Ika sihat di kampung pon dah bersyukur dalam mencari rezeki..
K.Ika sebenarnya memilih juga orang yang hantar dekat mak K.Ika sebab kami low profile sikit tak suka menunjuk.. K.Ika dah lama follow akak tu jadi K.Ika pilih dengan akak tu tapi K.Ika bgitau jangan post gambar mak dekat facebook hanya kek sahaja boleh..hihi.. Pening juga tau nak pilih kek dekat mak risau tak makan.. Pilihan K.Ika adalah Brownies & Kek Coklat.. Cantik juga kek tu akak tu buat & mak cakap sedap..
GAMBAR
Kek Hari Jadi untuk mak & abah
Adik Bongsu K.Ika sebab dia memang hantu kek coklat..
Comments
Post a Comment