Langkah seterusnya adalah ambil darah pada CD21.. Aii K.Ika nie melibatkan jarum lemah rasanya tau.. Walaupon sekejap proses nak tempoh tu serammm.. Buat yang takut jarum macam K.Ika lah.. Tak takut apa nak heran kan.. Untuk suami pulak doktor mintak buat ujian lagi sekali.. Result yang lama dalam 3 tahun lepas doktor tak nak.. Nasib baik suami nak buat..hihi.. Dia dah terbuka lah tu sebab dah 7 tahun kawin K.Ika tak melekat-melekat lagi..
Oh ya buat tak tahu apa tu CD ialah ( Cycle Day ) period kita.. Kiraan bermula bila darah haid kita keluar.. Harap keputusan semua baik-baik sahaja lah.. Hormon K.Ika pon stabil lah hendaknya.. Untuk lelaki keputusan akan dapat dalam masa 1 jam.. K.Ika buat ujian tu sama dengan K.Ika ambil darah.. Senang sekali jalan kan tak payah nak ulang alik banyak kali..
Perjalanan dari rumah ke Hospital ambil masa 40 minit.. Suami sibuk dengan kerja jadi kita ambil lah masa yang sama K.Ika kena ambil darah.. Result K.Ika punya akan tahu bila jumpa doktor pada hujung bulan.. Ada setengah hospital mereka stopkan rawatan setengah bahagian.. Hospital K.Ika rawatan dijalankan rasa pesakit tak banyak mereka ambil..
Allah permudahkan lah segala urusan K.Ika dekat hospital nie.. Sebab apa K.Ika cakap macam tu.. Sebab K.Ika dah nekad bulan 6 masih tak ada melekat lagi K.Ika akan serah diri dekat hospital untuk buat rawatan & umur pon makin meningkat.. Dah lewat tau K.Ika buat rawatan nie.. Sepatutnya korang kena buat rawatan jika dah 2 tahun kawin masih belum melekat.. Pergi dengan segera tak perlu lah nak tangguh lama macam K.Ika 😅
Selesai ambil darah kita tunggu lah langkah seterusnya dari doktor.. Banyak lagi tau step dia sebenarnya.. Jika ada masalah lain , lain pulak cara nak selesaikan.. Buat rawatan nie kena mental & fizikal kuat.. Bila dah mengandung lain pulak kena hadapi.. Setiap proses ada cabaran & dugaan.. Orang yang dalam ttc nie banyak langkah yang kena ikut.. Harap K.Ika berjaya lah ttc dalam perubatan moden.. Selama 6 tahun lebih cuba ttc secara natural tidak berjaya kali nie kita cuba perubatan moden pulak..
Next entry K.Ika akan cerita apa kata doktor untuk proses K.Ika nie.. Semoga semua urusan K.Ika & suami dipermudahkan.. Suami akan tahu tarikh operation pada bulan 9 nie jumpa doktor.. Harap tercapai lah hasrat keluar lah baby pada 2021..Nak tahun 2020 tak sempat pulak nak keluar dah lewat..hihi..
Comments
Post a Comment