Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Sambal Sotong

Semua orang tau masak menu nie kan.. K.Ika sotong kurang sebab bila masuk sotong nie jari K.Ika jadi gatai gila rasa nak menggaru je.. Menu nie jarang-jarang ada dekat rumah.. Bila K.Ika nak makan baru beli itupon dalam kuantiti sedikit sahaja tak nak lama jari terkena air sotong nie.. Nanti habiskan masa menggaru jari pulak..hihi.. BAHAN DIBLENDER 🍊 Bawang Merah 🍊 Bawang Putih 🍊 Cili Kering 🍊 Sos Tomato 🍊 Sos Cili CARA MASAk 1. Masukkan minyak, bila dah panas masukkan bahan yang diblender tadi. 2. Bila sudah pecah minyak masukkan Sos Tomato, Sos Cili, Gula dan Garam. 3. Kemudian masukkan sotong tadi dan tutup kuali tadi dengan penutup. Sotong bila masak akan mengeluarkan air jadi TIDAK PERLU masukkan air. 4. Tutup api dalam 5 @ 10 minit.. Sotong tidak masak terlalu lambat nanti akan menjadi liat bila masa terlalu lama. 5. Siap masak.

Ayam Kham Heong @ Ayam Kari Mamak

Menu masakan nie memang mudah dan suami pon suka.. Ada 2 panggilan nama untuk menu nie tapi bahan nak masak sama sahaja.. Ayam Kham Heong dari Facebook manakala Ayam Kari nie dari MIL K.Ika.. Ikut suka lah nak panggil apa pon kan.. Janji hasil nya sedap..hihi.. BAHAN BLENDER 🍊 Bawang Merah  🍊 Bawang Putih  🍊 Cili kering 🍊 Kari  🍊 Kicap 🍊Daun Kari 🍊 Bawang Potong Bulat CARA MASAK 1. Masukkan minyak dan bila dah panas tumis kan bahan yang kita blender tadi. Nie pilihan bila tak ada pon tak apa iaitu Daun Kari. 2. Bila dah naik bau masukkan pulak cili kering dan kari ayam. Masukkan sedikit ari tak naik bagi kari tu hangit. 3. Kemudian masukkan pulak Kicap, Gula, Garam dan bawang yang kita potong bulat tu. 4. Jika nak kuah banyak letakkan air banyak dan tunggu sehingga pecah minyak.Selalu K.Ika buat tak banyak sangat kuah sebab suami dia suka kuah pekat. 5. Siap masak dan boleh makan bersama Nasi Putih atau Nasi Tomato pon ok

Ayam Sambal

Semua orang reti masak ayam sambal atau lebih dikenali ayam masak merah.. Setiap orang lain-lain cara masak yer.. K.Ika tak letak bawang hiasan sebab kami tak makan dari membazir K.Ika blend je semua sekali senang..hihi.. Masak menu nie senang je.. Bahan pon mudah untuk disediakan.. Ini cara K.Ika masak tau.. Lain orang lain cara masak.. Air tangan masak lain-lain orang ye dan tidak sama.. Cara K.Ika tidak masak menggunakan sukatan.. Korang nak blend untuk buat paste pon boleh juga simpan dalam peti ais.. Senang kerja dan cepat nak masak ambil sahaja dalam peti ais. BAHAN-BAHAN DIBLENDER 🍅 Bawang Merah & Bawang Putih - 1 Sudu Setengah 🍅 Cili Kering - 2 Sudu Besar 🍅 Sos Cili 🍅 Sos Tomato  Yang nie K.Ika dah siap blend asing dan awal. CARA MASAK 1. Tumiskan bahan yang diblender sehingga pecah minyak. 2. Bila dah pecah minyak masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam. 3. Dah siap dan boleh dihidang 😘.

Kerang Masak Ala Thai

Menu nie K.Ika tengok dekat IG sepupu NEELOFA.. Sepupu dia semua cantik-cantik dan pandai masak tau.. Sebelum nak masak tu K.Ika kena tengok bahan dia dulu senang atau tak nak cari.. K.Ika suka tengok IG sepupu NEELOFA tu.. Mana bahan yang agak remeh nak cari tak ada lah K.Ika nak masak..hihi.. Bahan dia pon simple je masak 😊 BAHAN-BAHAN BLENDER 🍅 Bawang Merah 🍅 Bawang Putih 🍅 Halia 🍅 Cili Padi Merah 🍅 Cili Besar Merah 🍅 Serai ( Ditumbuk ) 🍅 Sos Tiram  🍅 Sos Nampla 🍅 Daun Limau Purut KERANG DIREBUS TERLEBIH DAHULU CARA MASAK 1. Masukkan bahan yang diblender dengan serai.. Tumis kesemua bahan nie sehingga naik bau. 2. Masukkan Sos Tiram, Sos Nampla, Gula & Garam secukup rasa. 3. Masukkan kerang & daun limau purut.. Yang nie terpulang nak masukkan atau tak. 4. Tutup api. Dah siap dan boleh dihidangkan. Kerang Masak Ala Thai Bila tengok dengan sepupu neelofa tu macam tak sama pulak.. Pada K.Ika sedap jugak

Cetaphil

Sapa yang tak kenal dengan produk nie kan.. Boleh didapati di semua farmasi di seluruh Malaysia.. Mana yang tau K.Ika ada masalah kulit kering di jari sampai luka dan berdarah bila gatai.. Sekarang dah merebak kedua-dua belah jari K.Ika.. Bila basuh barang basah akan jadi gatai gila dekat jari K.Ika.. Bila dah garu baru hilang rasa gatai tu 😓.. Memang buat kita rasa tidak selesa bila nak masak dan buat kita kurang keyakinan bila nak salam dengan orang lain..  K.Ika dah alami masalah nie 6 tahun juga lah.. Mula-mula sikit lepas tu makin lama makin merebak.. K.Ika ada juga pergi klinik khas untuk kulit sama juga tidak serasi.. Pergi kedai ubat china dekat kaki je elok dekat jari K.Ika masih sama juga.. Macam-macam ubat dari farmasi mahupon bukan still sama juga tetap ada.. Kulit jari K.Ika sudah nipis makan pon sampai pakai sudu tau.. Bukan mengada-ngada bila korang dah kena memang rasa sedih tau.. K.Ika tak boleh kena sabun kain atau sabun pinggan jenis keras tu.. Yang jenis c

Nasi Tomato

Hari nie kita main masak-masak lagi.. Bila lama tak buat boleh jadi lupa macam mana nak buat..hihi..Nasib baik resepi K.Ika ada tulis dekat buku.. Ingatkan menu nie ada masuk dalam blog rupanya tak masuk juga.. Dulu tak aktif sangat blog.. Baru-baru nie je baru nak mula balik aktif blog.. Semua masakan K.Ika tidak ada dalam sukatan hanya main ikut rasa hati sahaja.. BAHAN TUMIS 🍅 Bawang Merah 🍅 Bawang Putih 🍅 Bunga Lawang 🍅 Kayu Manis 🍅 Daun Pandan 🍅 Susu Cair 🍅 Tomato Puri Susu cair nie sama bahan dengan nasi hujan panas CARA MASAK 1. Tumis dulu bahan diatas termasuk daun pandan bagi wangi sikit nasi. Bila sudah naik bau masukkan beras dan air. Air ikut pada sukatan yang biasa masak nasi. 2. Masukkan susu cair separuh dan tomato puri. Sedikit gambar untuk dapat kan rasa sedikit nasi tu nanti dah siap masak tak adalah tawar nasi tu. Jika pakai beras basmati tidak perlu sebab beras mahal rasa dia lain dari beras murah 😊. 3. Tomato puri nie nak bagi namp

Jumpa Pasangan Dimana ??

Saja je nak mengimbau kembali zaman cintan cintun dulu kan.. Setiap orang kan ada kisah tersendiri berjumpa dengan pasangan masing-masingkan.. K.Ika pon salah satu kisah agak menarik juga lah.. Bercinta dengan Bapak Saudara sendiri 🙊.. Kira berpupu jugak lah.. Nak cerita salah silah keluarga nanti panjang pulak.. K.Ika pon tak berapa reti sangat bab nie..hihi.. Masa tu suami ada projek pasang projector dekat sekolah.. Masa tu K.Ika tak nampak pon suami.. K.Ika minat dengan salah sorang kawan dia sebab rambut pacak.. K.Ika pon tak tahu pasai apa suka dengan orang gaya rambut pacak nie.. Pada K.Ika masa tu dah cukup ensem lah..hihi.. Suami masa dekat sekolah tak pandang pon K.Ika.. Dia berkenan dengan budak kelas K.Ika masa tu 😏.. Maklum lah kita kan biasa-biasa je tak cantik mana pon.. Lepas balik sekolah K.Ika tolong mak K.Ika berniaga kuih.. Masa tu gerai orang lain punya mak K.Ika kerja dengan orang tu.. Waktu petang selalu tuan gerai balik rumah mandi dan masak ku

Sale Shopee 10/10

Mesti ramai yang ada rebutkan peluang masa shopee buat sale.. K.Ika salah seorangnya yang tidak melepaskan peluang.. Setiap pembelian RM 10 ke atas akan dapat percuma postage..Pelbagai barang yang ditawarkan semasa sale 10/10..  SALE 10/10 Apa yang K.Ika beli mesti nak tau kan.. K.Ika beli barang dapur dekat MR DIY.. Sekali bateri K.Ika beli sebab dekat rumah sudah habis stock bateri.. Dekat rumah banyak pakai bateri jenis AAA.. Masa sale nie boleh buat kita jadi rambang mata tau.. Kalu duit dalam akaun bank tu berkepuk-kepuk macam-macam dah K.Ika beli tau.. Kita beli mana yang penting sahaja..  K.Ika suka bila shopee buat sale percuma postage sebab ada setengah barang tu saller kenakan cas postage macam mahal sangat..hihi.. Semua barang yang dijual menarik perhatian K.Ika tau.. Tak kira lah dari pakaian, kecantikan, kasut ,barang rumah dan macam-macam lagi lah.. Selalu shopee nie buat sale pada nak dekat tengah bulan.. Kebanyakan yang kerja kerjaan tengah bulan adalah wak

Xing Fu Tang

Air viral boba yang menjadi kegilaan ramai.. Macam-macam jenama air boba yang berada dipasaran sekarang.. Zaman teknologi viral semua benda boleh viral.. Ada juga kebaikan dan keburukan zaman viral nie.. Masa mula-mula viral ramailah yang beratur panjang pergi beli air nie.. Sanggup berdiri lama demi air viral boba nie.. Ada kencing manis tak digalakkan lah dengan air nie.. Naik tinggi nanti bacaan air gula korang 😂.. KEDAI BOBA YANG VIRAL  Antara air boba yang terkenal Xin Fu Tang, Daboba, The Alley, Koi, Tiger Sugar, Tea Live, Family Mart dan banyak lagi.. Kalau buat list dekat sini banyak lagi tak terkira nie.. Yang pernah K.Ika rasa Tea Live dan Xin Fu Tang.. Rasa tidak ada beza pon lebih kurang sama je.. Apa yang beza adalah HARGA dan MANIS .. Ada juga minuman boba yang mampu harga milik iaitu dalam RM 10..  Paling mahal air boba dalam bawah RM 15 tak salah K.Ika..  Ikut pada poket korang nak rasa yang mana.. Jangan ikut kehendak orang pulak kan sebab zaman viral da

4 Finger

Yang nie pon salah 1 kedai makan yang viral masa mula-mula pembukaannya.. K.Ika cuba mana yang viral semua bila dah lama atau suam-suam kuku baru nak rasa.. Kalau tak salah K.Ika kawasan mall masih ramai yang panjang beratur untuk makan dekat sini.. Tempat yang K.Ika pergi nie agak tenang dan rilex.. Nak tau tak dekat mana ?? CAWANGAN KLIA2 Kedai 4 finger nie terletak di aras 3 perlepasan bersebelahan dengan Maybank.. Tu sebab rilex sebab orang tak ramai.. Kebanyakan nak kerja flight tak ada masa nak tunggu lama makan benda nie.. Datang awal boleh lah makan dekat sini..hihi.. K.Ika pon pertama kali baru nak makan nie.. Harga dia boleh lah tak berapa mahal sangat.. Suami cakap dia hanya makan ayam peha dekat kedai nie sahaja 😏.. Wah bukan main makan ayam peha dekat kedai have-have nie.. Sebab apa K.Ika cakap mcm tu ? Sebab suami dia tidak makan ayam bahagian lain selain bahagian dada.. Ada juga kisah kelakar di sebalik kejadian bahagian ayam nie tau 😅.. Kebetulan masa tu

Jalan-Jalan KL

PASAR SENI Nama je duduk dekat dengan KL.. Masuk KL pon boleh dikira dengan jari.. Ada sebab baru jejak KL.. Nak masuk KL saja-saja memang tak lah dengan jalan yang sentiasa sesak.. Selalu pergi rumah abang ipar sebab en suami ada kelas jadi duduk di rumah abang ipar.. Baru-baru nie K.Ika masuk KL sebab SIL ada job dekat KL jadi tak kan kami nak duduk rumah tapi tuan rumah tak ada kan.. Jadi kami ikut sekali lah masuk KL.. Sebelum tu K.Ika amnil BIL dan family dekat TBS.. Mereka nak ke Bangkok esoknya..  Macam biasa masuk KL jalan sesak tambah hari sabtu.. Di mana sahaja jalan sesak.. Dah lah K.Ika nie tak berapa tahan sangat bila naik kenderaan bila jalan sesak boleh buat badmood.. Motor tak apa K.Ika suka naik 😆.. Kawasan SIL ada job tu dekat dengan pasar seni.. BIL no 1 bawa pergi makan dekat kawasan sini sementara tunggu SIL habis kerja tak ada jauh sangat nak ambil SIL kan.. Barang Antik Selepas makan SIL no 3 ajak pergi jalan dekat depan bangunan kedai makan tu

Souvenir Dari Bangkok

  Baru-baru nie BIL dan keluarga jalan-jalan ke Bangkok.. K.Ika suka pergi kawasan thailand nie.. Antara yang K.Ika sudah pergi hanya Hatyai sahaja.. Itu pon konvoi naik motor.. Bangkok juga adalah satu tempat percutian list K.Ika.. Jauh sedikit dari Bangkok daerah Hua Hin adalah kawasan popular dimana daerah nie adalah tempat seakan santorini.. K.Ika tengok gambar memang cantik siap boleh berangan lah konon K.Ika sedang posing dekat sana..hahahaha.. Perjalanan dia agak jauh juga dari Bangkok jadi kena tunggu en suami sihat sepenuhnya baru boleh jalan jauh.. SOUVENIR Setiap orang dapat souvenir dari BIL & SIL.. K.Ika paling suka cover pasport siap ada nama lagi tau.. Warna pink lagitu K.Ika dan suami.. Icon yang BIL pilih macam sesuai pulak dengan watak masing-masing.. Suami K.Ika icon gitar dan dia memang minat gitar dan basikal.. K.Ika pulak motor dan ada sweet couple atasnya.. K.Ika jiwa motor memang sesuai sangat lah 😅.. Selain itu juga ada t-shirt untuk lelaki dan pe

Madu Ajaib Turkey By Wawa

Sapa yang ada masalah dengan K.Ika ✋.. K.Ika mengalami masalah masih belum lagi hamil sehingga perkahwinan masuk ke 6 tahun.. Ada juga yang lama lagi K.Ika masih belum dikurniakan zuriat lagi.. Ada yang amalkan nie hanya paling cepat 1 botol sudah melekat.. Ada yang 4 botol baru melekat.. Kesan kepada badan masing-masing adalah berlainan yer.. Macam K.Ika makan apa sahaja tak ada menunjukkan tanda-tanda positif.. Ada K.Ika baca bila kita dah makan macam-macam tidak beri kesan kepada badan kita kemungkinan dalam badan kita ada toksin jahat yang makan khasiat yang kita amalkan.. K.Ika juga mengalami masalah membuang air besar.. Paling lama seminggu tidak membuang ye.. Dah berapa banyak toksin yang terkumpul dalam badan K.Ika..huhu.. Kali nie K.Ika tewas teringin untuk mencuba ikhtiar dengan Madu Ajaib oleh wawa zainal & aeril.. Sapa yang tak kenal pasangan yang memang fanatik dengan lagu-lagu hindustan.. Video mereka kebanyakan banyak lagu hindustan.. Madu nie dikilangkan di lua

Dd Cushion Premium By Emdoll Beauty

Entry sebelum nie K.Ika ada cerita pasai DD Cushion nie kebaikan-dd-cushion  .. Sekarang DD Cushion dah upgrade dari bahan, packaging .. Produk nie formulated dari Korea tau.. Produk nie bukan timbang kilo ye.. Mendapat juga kelulusan dari KKM ye.. Tidak mengandungi bahan yang berbahaya.. K.Ika berani jamin sebab K.Ika pon menggunakan produk nie tau.. Keluaran yang pertama sudah tidak dikeluarkan lagi. Kepada yang baru nak mencuba dengan produk nie ada harga pengenalan tau iaitu RM 65 dari RM 85 Jimat RM 20 .. Jadi korang kena cepat rebut peluang untuk cuba dengan DD Cushion yang terbaru nie.. Nak dapatkan makeup ala-ala korea yang diminati ramai boleh lah cuba produk nie..Banyak juga feedback yang kata seronok dengan kesan bila pakai DD Cushion nie.. Untuk menampakkan kesan glowing tidak perlu pakai loose powder.. Bila pakai loose powder akan nampak juga kesan glowing di muka korang.. Lama-lama pakai bila dah pecah minyak dimuka memang nampak cantik dimuka tau. Kelebihan juga

Nasi Hujan Panas

Sapa yang tak tahu Nasi Hujan Panas nie K.Ika tak tau nak kata apa.. Perak panggil nasi hujan panas.. Negeri lain K.Ika tak tau mereka panggil apa.. Nasi nie ada berwarna warni tau.. K.Ika nak masak menu nie pon ambil masa yang lama juga.. Risau masak tak jadi.. Rumah lama K.Ika rajin masak Nasi Tomato & Nasi Berempah.. Dah pindah rumah baru lama tak masak menu macam tu.. Suami K.Ika tak kisah bab nasi cuma lauk je kena dengan pilihan tekaknya..hihi.. Nie kali kedua K.Ika masak nasi nie.. Kali pertama buat K.Ika ingatkan dah masuk dekat blog bila cari balik tak masuk dekat blog rupanya.. K.Ika letak menu dekat blog sebab senang bila nak masak balik cari menu.. Bila dekat handphone kadang terbuang gambar dah tak tahu nak cari balik macam mana kan.. Suami K.Ika dia kata sedap nasinya dan terlebih air sedikit masak nasi kali kedua nie.. K.Ika suka masak nasi atas dapur.. Periuk elektrik K.Ika jenis besar nak masak makan 2 orang tak kan nak masak dalam tu kan.. Bila ada orang data

Anak Asuhan

Sebelum nie K.Ika cerita tentang anak asuhan K.Ika  sambut-birthday-anak-asuhan .. Anak asuhan K.Ika nie jaga lepas pantang.. Nak dekat 4 bulan baru jaga anak asuhan nie sebab maklum lah anak sulung dan sebelum nie kan banyak kes dera bayi.. K.Ika tak ada lah sampai hati nak mendera budak nie.. Masa duduk dekat rumah lama ramai je kawan en suami tanya nak jaga budak tak.. Ntah macam mana dengan anak asuhan nie K.Ika terbukak hati nak jaga.. Lepas jaga anak asuhan nie pon ada juga yang tanya.. K.Ika tak nak jaga ramai nanti kurang perhatian budak tu..  Tak ingat umur berapa Alhamdulillah K.Ika family anak asuhan K.Ika nie tak cerewet.. K.Ika tak suka orang cerewet buat kita pening ambil balik anak.. Anak asuhan K.Ika nie tak tidur buaian bila dirumah K.Ika.. Mak nya siap bagi buaian lagi guna hanya sehari je 😅 K.Ika ajar tidur bawah nasib baik nak tidur bawah.. Hari pertama jaga gelabah juga lah.. Mak nya cerita baby muak susu bila minum susu.. K.Ika pon apa lagi tanya mak K.I

Kek Cheese

Kek dan K.Ika memang tidak dapat dipisahkan.. Apa jenis kek jika ada penjual yang boleh COD dengan harga yang berpatutan K.Ika akan membeli.. Kebetulan dalam group kelompok K.Ika ada yang post pasai kek cheese nie.. Ada juga kek lain yang dibuat.. Pilihan K.Ika sudah tentulah Kek Cheese.. Penjual ni ada jual 2 jenis perisa iaitu Vanila dan Pandan Kepala.. En suami K.Ika dia tak kisah sangat bila bab makan nie.. Janji makan dan jangan membazir..  Rasa kek dia memang sedap.. Kena dengan tekak K.Ika iaitu tidak berapa manis dan kek dia memang lembut.. Sama lah dengan penjual nya yang memang lemah lembut..hihi.. Nanti K.Ika nak repeat lagi order dengan seller nie.. Duduk 1 kelompok sahaja pulak tu.. Buat yang kawasan yang berdekatan dengan nilai jika nak rasa kek cheese yang sedap boleh order dengan seller nie.. Seller nie tidak kedekut cheese tau.. Nak order yang lain boleh tanya seller tu mana tau dia boleh buat kan.. Antara menu yang dia buat adalah : 🍋 Kek Marble 🍋 Bro

Lipmatte By Dianz

Wanita dengan produk kecantikan memang tidak dapat dipisahkan.. Apatah lagi bila melibatkan bibir anda.. Nak keluar dengan simple pakai lipmatte sahaja pon dah naik seri kan.. Kali nie K.Ika nak share lipmatte by DIANZ .. Sebelum nie K.Ika share tentang Vitamin By Dianz  VItamin By Dianz .. Nak tengok produk apa lagi yang dijual oleh DIANZ boleh klik link di atas tu.. Produk lipmatte nie tak salah K.Ika baru tahun nie dilancarkan.. Jika silap info harap maaf.. Produk nie baru lagi..Harga pon mampu milik tau.. Sekarang ada 6 kode lipmatte yang telah dikeluarkan.. K.Ika ambil yang edition terbaru sebab tergoda tengok beg syiling dia yang comel.. Edition yang nie ada lipmatte ala-ala MAK NGAH gitu.. K.Ika kurang sikit keyakinan bila pakai lipmatte warna merah nie.. Jangan risau boleh buat teknik OMBREE jika tak nak nampak merah sangat.. Edition yang pertama warna nude & pink sikit.. Setiap pembelian lipmatte akan ada free beg..  Bila pakai dekat bibir tak rasa berat pon..