Semua orang reti masak ayam sambal atau lebih dikenali ayam masak merah.. Setiap orang lain-lain cara masak yer.. K.Ika tak letak bawang hiasan sebab kami tak makan dari membazir K.Ika blend je semua sekali senang..hihi..
Masak menu nie senang je.. Bahan pon mudah untuk disediakan.. Ini cara K.Ika masak tau.. Lain orang lain cara masak.. Air tangan masak lain-lain orang ye dan tidak sama.. Cara K.Ika tidak masak menggunakan sukatan.. Korang nak blend untuk buat paste pon boleh juga simpan dalam peti ais.. Senang kerja dan cepat nak masak ambil sahaja dalam peti ais.
BAHAN-BAHAN DIBLENDER
🍅 Bawang Merah & Bawang Putih - 1 Sudu Setengah
🍅 Cili Kering - 2 Sudu Besar
🍅 Sos Cili
🍅 Sos Tomato
Yang nie K.Ika dah siap blend asing dan awal.
CARA MASAK
1. Tumiskan bahan yang diblender sehingga pecah minyak.
2. Bila dah pecah minyak masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam.
3. Dah siap dan boleh dihidang 😘.
Comments
Post a Comment