Menu masakan nie memang mudah dan suami pon suka.. Ada 2 panggilan nama untuk menu nie tapi bahan nak masak sama sahaja.. Ayam Kham Heong dari Facebook manakala Ayam Kari nie dari MIL K.Ika.. Ikut suka lah nak panggil apa pon kan.. Janji hasil nya sedap..hihi..
BAHAN BLENDER
🍊 Bawang Merah
🍊 Bawang Putih
🍊 Cili kering
🍊 Kari
🍊 Kicap
🍊Daun Kari
🍊 Bawang Potong Bulat
CARA MASAK
1. Masukkan minyak dan bila dah panas tumis kan bahan yang kita blender tadi. Nie pilihan bila tak ada pon tak apa iaitu Daun Kari.
2. Bila dah naik bau masukkan pulak cili kering dan kari ayam. Masukkan sedikit ari tak naik bagi kari tu hangit.
3. Kemudian masukkan pulak Kicap, Gula, Garam dan bawang yang kita potong bulat tu.
4. Jika nak kuah banyak letakkan air banyak dan tunggu sehingga pecah minyak.Selalu K.Ika buat tak banyak sangat kuah sebab suami dia suka kuah pekat.
5. Siap masak dan boleh makan bersama Nasi Putih atau Nasi Tomato pon ok juga.
Selamat mencuba resepi yang mudah nie.. Marilah kita belajar masak bersama-sama walupon dah kawin baru nak belajar masak 😅.. Jangan malu dengan suami sebab suami yang kita perlu jaga perutnya..hihi..
Comments
Post a Comment