Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Rawatan Kesuburan ( 18 ) IUI Tidak Berjaya

  K.Ika test DPIUI 13 & 14.. Naik 1 line sahaja.. Maknanya tidak berjaya IUI K.Ika kali nie.. K.Ika sakit breast lama juga nak dekat seminggu ingatkan kot tanda-tanda melekat kan.. Ada juga rasa segugut sikit tapi tak kerap.. Menipulah rasa tak sedih kan sebab K.Ika berharap sangat kali ke 3 nie berjaya.. Mula-mula tu rasa down lah juga tapi malas lah nak fikir sangat.. Buat K.Ika stress dan jadi badmood je.. Hidup kena diteruskan tak kan nak bersedih lama-lama kan.. Tu maksudnya belum rezeki K.Ika lagi lah tu.. Mana boleh lawan takdir ALLAH kan.. Jadi marilah kita uruskan duit claim untuk IUI nie.. Harap dapatlah claim penuh untuk 3 kali IUI..hahaha.. Ada yang kata 1 cycle IUI sahaja boleh claim.. K.Ika hantar je semua bill.. Janji dapat balik duit ubat yang mahal K.Ika beli dekat luar tu..hahaha..  Marilah kita berehat sehingga cukup duit untuk IVF... Sementara tu boleh lah kita cuti-cuti malaysia mana yang berkenan.. Suami pon lawan kes pon tak selesai lagi..  Ada ke nak bayar s

Rawatan Kesuburan ( 17 ) # IUI Kali Ke 3 @ Terakhir

Sebelum buat IUI 2 hari sebelum tu kena cucuk untuk pecahkan telur..  Pecahkan telur  boleh baca dekat link yang K.Ika bagi tu.. Cycle kali nie K.Ika kena 10000 dos untuk pecahkan telur.. Dia punya sakit nak cucuk usah dikenangkan..hihi.. Bila cucuk ubat dekat perut berpeluh-peluh lah K.Ika..hahahaha.. Masa yang dinanti pon tiba..hihi.. Doktor yang buat nie adalah doktor pakar.. Rasa senak bila masukkan mulut itik tu je.. Bila doktor masukkan tiub tak terasa sangat lepastu doktor masukkan sperm suami ada rasa senak sikit tapi ok.. Tak macam masa K.Ika buat IUI kali ke 2 tu.. Boleh trauma dibuatnya.. Bila buat dengan doktor pakar nie bila dah selesai perut tak ada rasa senak pon macam tak buat apa-apa.. K.Ika tetap jalan slow juga lah lepas dah selesai tu.. Kita akan rehat dalam 30 minit selepas sperm dimasukkan.. Proses semua tu tak sampai 5 minit pon..  Doktor suruh makan ubat kuatkan rahim sahaja dan tunggu je lah hasilnya berjaya atau tidak.. Tak berjaya juga kali nie memang K.Ika a

Rawatan Kesuburan ( 16 ) #Folicullin 75 IU & 150 IU

  IUI kali ke 3 kali nie doktor bagi ubat cucuk semuanya.. Bila bayar tu rasa berdebar2 je nak tahu berapa jumlah.. IUI kali nie habis nak dekat 2K.. K.Ika ada beli ubat dekat luar jadi berganda lah mahal ubat luar tau.. Dengan jarum nie K.Ika sekarang tak berapa takut sangat tapi ada masa berdebar2 jugak sebelum nak cucuk.. K.Ika semua buat sendiri.. Nak pergi klinik mintak cucukkan mesti kena bayar dah bertambah bajet jadi kena lah beranikan diri cucuk sendiri.. Ni ada lah IUI terakhir K.Ika.. tak menjadi juga K.Ika akan berehat sehingga cukup duit untuk IVF.. Ubat mula-mula doktor bagi dos rendah dan cucuk selang sehari.. Bila scan pembesaran ovum tak beri yang positif.. Jadi doktor naikkan dos dan kena cucuk tiap-tiap hari.. Korang kiralah sendiri 1 kotak harga dalam RM66.. Kalau dah seharu 2 kotak selama 4 hari rasa nak demam bayarnya.. Klinik luar 1 kotak RM120 😓.. Nak buat macam mana nak tak nak kena beli juga dekat luar farmasi tak bukak sabtu dan ahad..huhu.. Bila naik dos ad

Rehat Lama

  Rehat lama dari apa nie ye..hihi..Yang mana ada baca blog K.Ika mesti tahu yang K.Ika sekarang dalam rawatan kesuburan.. Last K.Ika buat IUI kali ke 2 adalah bulan 2.. Jadi K.Ika ambil keputusan stop dahulu sebab kewangan tak berapa nak stabil.. Bulan puasa memang tidak ada IUI dibuat.. Ubat ada doktor bagi awal dah siap-siap jadi agak-agak dah ready nak mulakan balik nanti dah cucuk pada CD 2 K.Ika akan call lah klinik.. Buat rawatan nie pon menggunakan duit yang banyak.. Tengok pada jenis ubat.. Jika ubat makan macam clomid dan letrozole sikit sahaja bajet.. Yang buat sesak nafas bila nak kena bayar ubat cucuk.. 1 kotak sahaja dah RM66..hihi.. Korang kira lah kalau bulan tu nak dekat 10 kotak kena.. Mau tak menangis masa nak bayar..hahhaha... Jadi kita kumpul lah sikit dulu modal dan enjoy sahaja dengan masa yang ada.. Raya puas-puas dulu..hahhahaha... Ada rezeki normal alhamdulillah.. Tak ada kita rehat lagi setahun untuk kumpul duit buat IVF pulak.. Lain orang lain rezeki yang AL