IUI kali ke 3 kali nie doktor bagi ubat cucuk semuanya.. Bila bayar tu rasa berdebar2 je nak tahu berapa jumlah.. IUI kali nie habis nak dekat 2K.. K.Ika ada beli ubat dekat luar jadi berganda lah mahal ubat luar tau..
Dengan jarum nie K.Ika sekarang tak berapa takut sangat tapi ada masa berdebar2 jugak sebelum nak cucuk.. K.Ika semua buat sendiri.. Nak pergi klinik mintak cucukkan mesti kena bayar dah bertambah bajet jadi kena lah beranikan diri cucuk sendiri..
Ni ada lah IUI terakhir K.Ika.. tak menjadi juga K.Ika akan berehat sehingga cukup duit untuk IVF.. Ubat mula-mula doktor bagi dos rendah dan cucuk selang sehari.. Bila scan pembesaran ovum tak beri yang positif.. Jadi doktor naikkan dos dan kena cucuk tiap-tiap hari.. Korang kiralah sendiri 1 kotak harga dalam RM66.. Kalau dah seharu 2 kotak selama 4 hari rasa nak demam bayarnya.. Klinik luar 1 kotak RM120 😓.. Nak buat macam mana nak tak nak kena beli juga dekat luar farmasi tak bukak sabtu dan ahad..huhu..
Bila naik dos ada perkembangan baiklah.. 1 belah kiri dan lagi 1 belah kanan.. Ikutkan belah kiri ada 2 tapi bila next scan ada 1 sahaja mungkin dah pecah tak matang kot.. Jadi bila dah dapat saiz telur yang doktor nak K.Ika teruskan untuk buat IUI..
Comments
Post a Comment