Sebelum buat IUI 2 hari sebelum tu kena cucuk untuk pecahkan telur.. Pecahkan telur boleh baca dekat link yang K.Ika bagi tu.. Cycle kali nie K.Ika kena 10000 dos untuk pecahkan telur.. Dia punya sakit nak cucuk usah dikenangkan..hihi.. Bila cucuk ubat dekat perut berpeluh-peluh lah K.Ika..hahahaha..
Masa yang dinanti pon tiba..hihi.. Doktor yang buat nie adalah doktor pakar.. Rasa senak bila masukkan mulut itik tu je.. Bila doktor masukkan tiub tak terasa sangat lepastu doktor masukkan sperm suami ada rasa senak sikit tapi ok.. Tak macam masa K.Ika buat IUI kali ke 2 tu.. Boleh trauma dibuatnya.. Bila buat dengan doktor pakar nie bila dah selesai perut tak ada rasa senak pon macam tak buat apa-apa.. K.Ika tetap jalan slow juga lah lepas dah selesai tu.. Kita akan rehat dalam 30 minit selepas sperm dimasukkan.. Proses semua tu tak sampai 5 minit pon..
Doktor suruh makan ubat kuatkan rahim sahaja dan tunggu je lah hasilnya berjaya atau tidak.. Tak berjaya juga kali nie memang K.Ika akan rehat.. Bukan apa mental pon kena jaga juga untuk buat IUI nie.. Oh ya nie adalah IUI terakhir K.Ika.. K.Ika tak pasti boleh buat IUI berapa kali sebab ada baca sampai 6 kali pon ada buat IUI..
Sebab apa kali terakhir sebab nak kumpul kewangan untuk IVF pulak.. Umur K.Ika pon makin meningkat.. Doktor kata sementara kilang telur ada banyak nie sesuailah sangat untuk buat IVF.. Nak buat IVF modal kena besar ye dan kena makan banyak suplemen sebab kita mesti nak berjaya dah habis modal besarkan..
Bila dah cukup duit dan tidak mengasuh baru K.Ika akan teruskan IVF tu.. Kalau buat masa K.Ika masih lagi mengasuh susah sedikit sebab anak asuh tu suka bermanja2 sikit..hahaha..Risau nak berdukung je kan tahu ada baby dalam perut..hahaha..
Comments
Post a Comment