Rehat lama dari apa nie ye..hihi..Yang mana ada baca blog K.Ika mesti tahu yang K.Ika sekarang dalam rawatan kesuburan.. Last K.Ika buat IUI kali ke 2 adalah bulan 2.. Jadi K.Ika ambil keputusan stop dahulu sebab kewangan tak berapa nak stabil.. Bulan puasa memang tidak ada IUI dibuat.. Ubat ada doktor bagi awal dah siap-siap jadi agak-agak dah ready nak mulakan balik nanti dah cucuk pada CD 2 K.Ika akan call lah klinik..
Buat rawatan nie pon menggunakan duit yang banyak.. Tengok pada jenis ubat.. Jika ubat makan macam clomid dan letrozole sikit sahaja bajet.. Yang buat sesak nafas bila nak kena bayar ubat cucuk.. 1 kotak sahaja dah RM66..hihi.. Korang kira lah kalau bulan tu nak dekat 10 kotak kena.. Mau tak menangis masa nak bayar..hahhaha...
Jadi kita kumpul lah sikit dulu modal dan enjoy sahaja dengan masa yang ada.. Raya puas-puas dulu..hahhahaha... Ada rezeki normal alhamdulillah.. Tak ada kita rehat lagi setahun untuk kumpul duit buat IVF pulak.. Lain orang lain rezeki yang ALLAH bagi kan.. Tak semestinya ada duit banyak dulu baru nak usaha.. Kita usaha sahaja lah semampu mana yang boleh..
Yang penting jangan putus asa.. Kita dah usaha sehabis baik nie kita anggap je lah ALLAH tahu bila masa yang sesuai untuk bagi kita rezeki.. Jadi sementara berdua nie kita honeymoon puas-puas dulu dan merantau dengan pasangan korang K...
Comments
Post a Comment