Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Rawatan kesuburan ( 14 ) # IUI Kali Ke 2

  Akhirnya K.Ika buat juga IUI untuk kali ke2.. Kali pertama iui K.Ika gagal 😔.. Tipulah tak sedih kan.. K.Ika pon kawin dah lama.. Harapan tu tetap adalah untuk IUI kali ke 2 nie.. Disebabkan covid makin rancak sakan naik. jadi K.Ika kena buat RTK dahulu baru boleh pergi bilik yang mereka suruh.. Macam biasa suami kena keluarkan sperm dan akan cuci selama sejam.. Kemudian kita datang balik ke tempat tersebut untuk buat proses IUI.. K. Ika tukar baju dahulu dan tunggu doktor datang.. Sebelum buat IUI kena kencing dulu tau.. Pengalaman K.Ika buat IUI kali ke 2 nie doktor buat sakittttt... Boleh pulak doktor main muncung itik tu tolak kejap ke depan kejap ke belakang.. Nak cari laluan tak jumpa.. Dia punya sakit tu boleh buat trauma dengan muncung itik tu 😂.. Proses untuk memasukkan sperm suami kita tak lama pon dalam 5 minit dah siap.. K.Ika tengok jam sebab tahan sakit tu rasa macam lama sangat 😅.. Selepas dah selesai K.Ika baring lurus sebab doktor pon tak tahu nak mengiring ke man

Rawatan kesuburan ( 13 ) #Letrozole 5mg & HUMOG 150 iu

 Last K.Ika jumpa doktor ada bagi cadangan sama ada untuk buat HSG atau Ovarian drill.. Tadi jumpa doktor dan suami tanya sama ada perlu atau tak doktor kata tak perlu pon tak apa.. K.Ika pon ok je lah..Cycle akan datang nie K.Ika mulakan makan ubat dan juga cucuk.. K.Ika akan ambil ubat letrozole CD 2 - CD 6 lepastu CD 7 - CD 9 K.Ika kena ambil yang humog pulak.. Harga ubat HUMOG nie mahal ye 1 kotak humoh 75 iu dalam RM 66 .. K.Ika kena beli dalam 6 kotak harga semua RM 396 .. Masa bayar tertelan air liur 😅.. Nasib baik ada duit dalam akaun simpanan.. Ubat letrozole dalam RM 16 . Clomid sahaja free..hihi.. CD 7 K.Ika akan jumpa doktor untuk scan perkembangan telur dan juga cucuk humog sekali...  CD 7 Hari yang dinanti-nantikan nak tengok ubat yang K.Ika makan ada beri kesan tak.. Alhamdulillah dengan Letrozole telur beri respon yang positif tapi tak banyak.. Mungkin sebab dos rendah.. Clomid dos tinggi K.Ika dapat banyak dalam 6 telur.. Dengan letrozole dapat 3 telur.. Terbalik

Pengalaman Cucuk Sendiri

  Mana yang sedia maklum K.Ika nie penakut sikit dengan jarum.. Bila jumpa doktor je automatik darah gemuruh datang.. Untuk cycle yang baru nie doktor sarankan untuk K.Ika ambil ubat cucuk sekali.. Nak tak nak kena lah juga kan cucuk sendiri.. Kononnya nak suami yang cucukkan tapi bila tanya nurse tu kalau boleh cucuk pada waktu yang sama..  Masa CD7 tu K.Ika cucuk pada waktu pagi jadi hari seterusnya anggaran masa juga lah.. Mula-mula tu ngetor juga lah tangan nie nak cucuk diri sendiri.. Suami waktu pagi tido jadi tak nak ganggu dia masa tido K.Ika beranikan diri lah cucuk sendiri.. Pada K.Ika rasa sakit tu hanya sekejap sahaja bila masukkan ubat.. Jarum tu bila masuk dalam perut tak sakit sangat.. Ubat pon tak banyak dalam 5ml je tak salah..  Nanti nurse akan ajar lah macam mana cara nak cucuk sendiri tu nanti.. K.Ika cucuk sendiri ubat subur dan juga pecahkan telur tu.. HUCOG K.Ika beli dekat andorra sebab kebetulan masa scan public holiday farmasi dekat K.Ika buat rawatan tak jual

Ice Box & Ice Pack

  Mesti ada tertanya-tanya untuk apa 2 barang nie kan.. Ini adalah benda wajib yang korang kena bawak untuk yang ttc memerlukan ubat cucuk.. Ubat cucuk seperti HUMOG, FOLICULIN & HUCOG WAJIB disimpan ditempat yang sejuk.. Kecuali kalau kena cucuk diklinik 2 barang nie tak perlu lah bawak..  2 barang nie perlu dibawak jika ubat dibawa balik ke rumah.. Korang boleh lah beli macam-macam jenis ice box yang dijuak dekat shopee tu.. Tak perlu saiz besar saiz kecik dah cukup.. K.Ika nak kongsi lah dengan korang mana tahu ada yang baru nak mula ttc menggunakan ubat cucuk kena lah siap sediakan barang kan.. Apa yang K.Ika boleh kongsi dengan korang K.Ika kongsi lah.. Mana yang K.Ika tahu lah dan K.Ika sendiri alami lah..  Bekas macam nie dekat mr DIY pon ada juga jual.. beli saiz mini je dah tau..  Ice pack nie dekat shopee dan watson pon ada jual juga.. Tak kisah lah jenama apa pon janji boleh buat ice batu,tahan lama untuk bagi sejuk ubat kita tu..