Mana yang sedia maklum K.Ika nie penakut sikit dengan jarum.. Bila jumpa doktor je automatik darah gemuruh datang.. Untuk cycle yang baru nie doktor sarankan untuk K.Ika ambil ubat cucuk sekali.. Nak tak nak kena lah juga kan cucuk sendiri.. Kononnya nak suami yang cucukkan tapi bila tanya nurse tu kalau boleh cucuk pada waktu yang sama..
Masa CD7 tu K.Ika cucuk pada waktu pagi jadi hari seterusnya anggaran masa juga lah.. Mula-mula tu ngetor juga lah tangan nie nak cucuk diri sendiri.. Suami waktu pagi tido jadi tak nak ganggu dia masa tido K.Ika beranikan diri lah cucuk sendiri.. Pada K.Ika rasa sakit tu hanya sekejap sahaja bila masukkan ubat.. Jarum tu bila masuk dalam perut tak sakit sangat.. Ubat pon tak banyak dalam 5ml je tak salah..
Nanti nurse akan ajar lah macam mana cara nak cucuk sendiri tu nanti.. K.Ika cucuk sendiri ubat subur dan juga pecahkan telur tu.. HUCOG K.Ika beli dekat andorra sebab kebetulan masa scan public holiday farmasi dekat K.Ika buat rawatan tak jual hanya untuk pesakit warded sahaja.. Nak masuk hospital tu lawa gila dan servis dia vvip walaupon datang nak beli ubat sahaja.. Jarum yang K.Ika dapat dekat hospital andorra nie sakit sikit rasa jarum tu besar walaupon untuk cucuk ubat dekat perut.. Dapatlah merasa suasana dalam tu.. Nak bersalin dekat situ tunggu suami bergaji besar lah kot 😁..
Lain orang lain pengalaman tau.. Walaupon hanya 4 hari main jarum tapi kalau boleh tak nak lah rasa pengalaman tu dah.. Semoga K.Ika cycle kali nie berjaya ttc 😂.. Nanti K.Ika akan kongsi perjalanan ttc K.Ika.. Setiap entry akan ambil masa lama lah untuk cerita..hihi.. Nak tau perjalanan proses tu mengambil masa..
Comments
Post a Comment