Last K.Ika jumpa doktor ada bagi cadangan sama ada untuk buat HSG atau Ovarian drill.. Tadi jumpa doktor dan suami tanya sama ada perlu atau tak doktor kata tak perlu pon tak apa.. K.Ika pon ok je lah..Cycle akan datang nie K.Ika mulakan makan ubat dan juga cucuk.. K.Ika akan ambil ubat letrozole CD 2 - CD 6 lepastu CD 7 - CD 9 K.Ika kena ambil yang humog pulak.. Harga ubat HUMOG nie mahal ye 1 kotak humoh 75 iu dalam RM 66.. K.Ika kena beli dalam 6 kotak harga semua RM 396.. Masa bayar tertelan air liur 😅.. Nasib baik ada duit dalam akaun simpanan.. Ubat letrozole dalam RM 16. Clomid sahaja free..hihi..CD 7 K.Ika akan jumpa doktor untuk scan perkembangan telur dan juga cucuk humog sekali...
CD 7
Hari yang dinanti-nantikan nak tengok ubat yang K.Ika makan ada beri kesan tak.. Alhamdulillah dengan Letrozole telur beri respon yang positif tapi tak banyak.. Mungkin sebab dos rendah.. Clomid dos tinggi K.Ika dapat banyak dalam 6 telur.. Dengan letrozole dapat 3 telur.. Terbalik pulak kilang telur belah kiri pulak yang sesuai dengan letrozole nie..hihi.. CD 7 K.Ika cucuk HUMOG.. Nurse tolong cucukkan dan ajar macam mana nak buat sendiri nanti dekat rumah.. K.Ika mintak juga jarum dekat nurse sebab farmasi tak sediakan jarum sekali.. Jadi CD 8 & CD 9 K.Ika kena cucuk sendiri dekat rumah..
CD 9
Ada perkembangan baik dengan telur.. Jadi doktor sarankan untuk buat IUI pada CD 11.. Macam biasa kena cucuk HUCOG 500 untuk pecahkan telur.. K.Ika cucuk sendiri dekat rumah.. WalauponK.Ika nie memang penakut jarum tapi demi ubat sanggup K.Ika cucuk sendiri.. Yang pelik K.Ika cucuk sendiri sakit kejap.. Nurse cucuk ada rasa senak2 sikit.. Harap IUI kali ke 2 nie berjaya lah.. Ammiiinnn ☺️
Saiz telur K.Ika dengan amalkan letrozole dan humog dapat 3 biji telur yang besar.. Belah kiri ada 2 telur.. Belah kiri K.Ika sebelum nie agak susah ye nak muncul.. Apa perkembangan baik lah dengan ubat yang K.Ika makan nie.. Telur K.Ika belah kiri sesuai dengan letrozole agaknya.. Dia nak yang berbayar tak mau makan ubat free kot 😅
Kak ika. Boleh saya tahu kak ika buat injection pecahkan telur tu kat mana ?
ReplyDeleteMasa nie K.Ika cucuk sendiri.. Kalau kebetulan cucuk pada hari rawatan akan mintak nurse dekat klinik cucukkan..
Delete