Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Asam Pedas 5 Beradik VS Restoran Asam Pedas Claypot Dua

Wah tajuk bukan main panjang lagi ye.. Nie kes gara2 kena ketuk makan dekat sana.. Nasib baik ada duit cash lebih sedikit dekat tangan 😏.. K.Ika dan suami jarang ada duit cash lebih selalu beli apa pakai kad je senang...hihi.. Dekat sini apa yang K.Ika nak ceritakan portion yang sama tapi beza bekas sahaja yang besar..  Tempat yang utama sebenarnya nak pergi asam pedas claypot dekat juga dengan hotel yang K.Ika duduk tu.. Disebabkan pagitu bangun awal dan bila keluar pagi hujan bila dah balik hotel sambung tido bangun pon lambat lah.. Kedai tu ada 2 buah kedai  1 hanya buka sampai pukul 4 petang sahaja.. Lagi 1 pukul 6 sampai malam.. Disebabkan perut dah berbunyi kami carilah kedai yang lain pulak..  ASAM PEDAS 5 BERADIK Disebabkan suami nak makan yang dalam claypot punya K.Ika jumpa lah kedai nie.. Hidangkan asam pedas dalam claypot.. Restoran ni sebaris dengan restoran 35 yang viral di facebook tu.. Menu yang K.Ika order biasa sahaja.. ASAM PEDAS ISI JENAHAK TELUR DADAR NASI UNTUK 2

Satay 60 sen???

  Percaya tak ada yang masih jual harga macam nie?? Dekat sini memang tak dapatlah harga macam tu.. Nak kata tempat nie kampung tak juga.. Bandar besar juga dekat sini mungkin sebab kebanyakan pelajar duduk disini jadi harga murah macam nie.. Oklah K.Ika bgitau dekat mana harga yang murah nie.. Pasar Malam di Sri Iskandar.. Tapak baru dah pindah dekat econsave.. Satay dia tak kecil tau besar juga.. Daging pon lembut juga.. K.Ika mula cadang nak pergi pasar malam dekat kampar cari nasi goreng lagend yang ada jual dekat kampung kak tapi hari jumaat.. Bila dah sampai tak ada pasar malam tu pindah mana pon tak pasti.. Jadi malas nak pusing tercari-cari  K.Ika ajak suami pergi sri iskandar je lah.. Saja bawa mak jalan-jalan pasar malam..hihi.. Nak ajak jalan jauh secara mengejut tak boleh sebab abah K.Ika dah peram pisang awal jadi kena berniaga esok nya kalau tak pisang terlebih masak tak sedap.. Lagi 1 benda wajib kalau pergi pasar malam K.Ika akan cari putu perak.. Disebabkan dekat sini

HPUPM ( HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITY PUTRA MALAYSIA)

  Sapa tau nama hospital nie??  K.Ika dapat tau hospital nie wujud sebab suami ada rawatan susulan dekat sini.. Mula-mula hospital serdang lepastu doktor suami pindah ke hospital nie jadi suami pon minta transfer ke sini sebab tak jauh sebelah hospital serdang sahaja.. Senang apa-apa kes doktor suami dah tau sebab rawat dari awal lagi kan.. Hospital nie dah setahun tubuh jadi dalam kategori baru lah.. Mana-mana bahagian yang tumpang dengan Hospital Serdang mereka kembali kepada hospital nie.. K.Ika tak pasti berapa bahagian yang  tumpang di Hospital Serdang..  Dengan musim covid 19 nie hospital nie tidak menerima mana-mana pesakit untuk admin wad tanpa ada surat rujukan.. Nak masuk wad pon kena ada surat rujukan.. Tidak seperti mana-mana hospital kerajaan yang lain boleh masuk daftar.. Hospital nie boleh pakai GL.. Maybe lepas habis covid 19 baru ada kelonggaran K.Ika pon tak berani nak bagi jaminan.. K.Ika saja je tanya dekat kaunter semasa suami sedang buat MRI.. Lama sangat suami bu

Happy Birthday Suami

  Selamat Hari Suamiku yang ke **.. Semoga dengan usia yang makin meningkat dapatlah kurangkan sikit panas baran tu.. Hilangkan terus lagi baik..hahaha.. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan mencari rezeki yang halal.. K.Ika bukan nak puji melabung lah suami memang tak ada buat projek tepi ye.. Rasa nak kena tarbiah buatlah.. Hidup sahaja dengan gaji yang ada..  Cuma projek tepi adalah membaiki komputer @ laptop serta hp.. Tapi tidak akan ambil orang yang nak cepat sahaja.. Nak membaiki nie kena ada mood sebab suami tak kena bayaran.. Bayar je lah seikhlas hati.. Yang mana asyik nak cepat suami tak sentuh pon telefon tu lepastu bagi balik cakap tak boleh buat 😅.. Tahun nie sambut awal sebab kebetulan ada di kampung habiskan masa cuti sakit suami di kampung.. Tahun nie K.Ika tak tahu nak bagi apa sebab apa yang ada dekat suami masih elok lagi barang.. Kalau K.Ika belanja radio kereta baru sukalah dia tapi harga barang dia nak tu. mahal 😂.. Mau berapa bulan K.Ika kena tahan puasa shoppi