Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Sarang Burung

Ramai yang sudah tahu akan kebaikan minuman dari sarang burung nie..Sarang burung menghasilkan kolagen juga.. Ada setengah orang tidak sesuai dengan minuman kolagen nie tambah yang sedang TTC ( TRY TO CONCEIVE ) risau akan mengaktifkan cyst yang ada didalam badan.. Setiap badan perempuan akan ada cyst dan fibroid.. Beza nya hanya aktif dan tidak aktif sahaja.. Jadi kenalah pandai jaga pemakanan kita.. Dah cuba boleh je.. K.Ika dah cuba sekali memang rasa mcam ketagih dengan benda nie..  Pasaran sekarang pon dah keluarkan macam-macam jenama sarang burung.. Kalau harga tu murah sangat jauh berbeza K.Ika tak akan beli.. Benda masuk dalam badan kena lah ambil minuman yang kita yakin.. Apa-apa jadi dekat badan kita mereka tak akan tanggung kan.. Berhati-hati memilih bab membeli minuman kesihatan.. K.Ika sudah 2 cuba produk minuman sarang burung.. 1) BIRD NEST keluaran dari FG WALET 2) THE OF JOYLIFE keluaran dari ECOLITE.. Apa beza rasa kedua sarang burung nie???   Rasa kedua jenis ada

Kapal Korek Biji Timah

Kawasan ni sudah lama wujud.. Cuma sejak kebelakangan nie ada orang promote kawasan nie baru lah ada ramai orang datang dekat kawasan nie.. K.Ika pernah pergi sini masa rombongan sekolah rendah.. Masa tu tak boleh masuk dalam sebab dengan keadaan kapal yang reput.. Jadi tengok dekat luar sahaja.. Kawasan situ pon dah cantik mereka buat dengan letak nama sekali.. Kawasan Kapal Korek nie K.Ika dan penduduk situ panggil batu 5.. Jadi mereka tau lah dekat mana.. Dari rumah K.Ika jauh juga sebab banyak BATU nak kena lalu..hihi.. Sekarang dah jadi kawasan utama pelancong.. Dah datang dekat kawasan pelancongan kebersihan silalah jaga yer.. Buat yang tak pernah pergi boleh lah singgah tengok macam mana rupa Kapal Korek Biji Timah.. Kawasan sini memang terkenal dengan Biji Timah.. K.Ika tak pasti sama ada boleh masuk ke dalam Kapal tu atau tak.. Ada juga orang buat event dekat kawasan situ.. Kawasan luas juga dekat Kapal Korek tu.. Bila K.Ika ada singgah K.Ika akan share dengan korang

Kampung Ku

Sapa setuju masakan emak adalah masakan yang sedap didunia angkat tangan ✋.. Memandangkan lama dekat Ipoh K.Ika mintak izin dekat en suami balik rumah mak K.Ika sehari.. Kalau tinggal banyak hari susah hati pulak en suami tu.. Dan akhirnya en suami izinkan.. Lama juga tau pujuk mintak izin nak balik sana.. En suami tak ikut sebab rumah K.Ika biasa-biasa je tak ada katil, jadi memandangkan dengan kesihatan en suami yang tak boleh tido bawah jadi en suami tak ikut.. K.Ika pon tak boleh nak tinggal en suami lama sebab en suami nie cerewet sikit bab makan 😂..  K.Ika balik kampong naik bas.. Perjalanan dari Ipoh ke Tanjung Tualang ambil masa sejam juga lah.. Sekarang bas pon dah kurang.. Waktu last bas pergi ipoh pukul 4.15 petang macam tu.. Tak puas balik kampong rasa kejap je masa berjalan.. K.Ika balik kampong pon tak bagitau mak K.Ika buat kejutan gitu.. Masa sampai mak K.Ika sedang masak sebab nak pergi berniaga pulak selepas tu.. Mak K.Ika niaga goreng pisang.. Kuih ada orang ya

Hutang

Baca tajuk pon orang dah tahu nak cerita pasai hutang.. Tekaan korang adalah salah 😁.. K.Ika sebenarnya nak bagitau pasai tajuk lagu HUTANG dari kumpulan FLOOR 88.. Sebelum nie K.Ika hanya tengok tajuk sahaja.. Rasa macam tak best je lagunya tetapi ternyata tekaan K.Ika salah sama sekali.. Lagu nie memang best.. Bahagian yang paling K.Ika suka dekat CHORUS ... Bab hutang nie semua orang pernah merasa kan.. Tak kira lah kita berhutang dengan sesiapa pon.. Alhamdulillah tahun nie K.Ika sudah selesaikan hutang dekat 2 orang.. Terasa legalah tak payah nak fikir lagi dah.. Hutang belajar en suami belajar masa dekat politeknik dulu pon dah nak habis tidak lama lagi.. Hutang bank & sambung belajar en suami lagi 2 tahun selesai.. En suami sambung belajar tidak menggunakan apa-apa pinjaman.. Kami kumpul tiap-tiap bulan.. Melalut panjang pulak cerita bab hutang nue.. K.Ika memang suka dengar lagu nie.. TERBAIKKKKKK .... Boleh baca lirik lagu nie dekat bawah 👇 HUTANG BY FLOOR 8