Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021
 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Rawatan Kesuburan ( 12 ) #IUI Tidak Berjaya

Akhirnya benda yang tertanya-tanya sudah terjawab.. K.Ika dah buat UPT pada DPIUI 13 & DPIUI 18 keputusannya negative.. Tidak berjaya IUI yang pertama kali nie.. K.Ika dah rasa tak ada sebab masa DPIUI 13 breast tak sakit dan segugut tak ada hilang.. Buat ujian pon memang nampak tak ada.. Sebelah je yang merah terang lagi sebelah kosong putih sahaja..huhu.. Tipu lah tak sedih masa DPIUI 13 K.Ika mood dah sedih..  K.Ika redha je lah.. K.Ika pon stop makan duphaston.. Sebab ada K.Ika baca kalau makan period tak datang.. K.Ika stop esoknya keluar lah tanda-tanda period tu.. Tak apalah K.Ika enjoy je lah masa yang ada nie.. Dapat lah bermanja dengan suami selama 2 minggu.. K.Ika tak tahu nak buat IUI sebelum puasa nie atau selepas raya baru buat.. Tengok pada keputusan suami.. Jangan putus asa je lah.. K.Ika akan cuba tenangkan diri semungkin yang boleh dan elakkan stress.. Suami pon ada cakap tak ada cuba lagi lah.. K.Ika pon ok je lah bila dengar jawapan suami tu.. Kena mula rajin be

Lazz Susu Kambing

  Sebelum nie K.Ika pernah ambil susu kambing tapi tak ingat sama ada jenama lazz atau khalish.. K.Ika ingatkan ada tulis dalam blog nie rupanya tak ada.. K.Ika susu tak boleh nak minum..K.Ika minum susu nie tak ingat sampai umur berapa tapi suka betul minum susu lembu jenama fernleaf perisa Original.. sampai berebut lah nak minum susu tu.. Masa kecil K.Ika badan kurus macam tak cukup zat.. Tu family bagi minum susu tepung 😅.. Dah lama berhenti K.Ika jadi tak suka minum susu Original.. Bila beli susu kambing K.Ika akan tanya ada perisa coklat atau tak..hihi.. Dah cuba minum yang Original K.Ika rasa nak muntah.. Jadi sebelum elak pembaziran K.Ika beli perisa coklat siap-siap... Harga untuk susu lazz & khalish nie sama tu sebab K.Ika tak berapa ingat yang mana 1 K.Ika pernah beli dulu.. K.Ika ada baca yang susu lazz nie kurang manis dan sesuai untuk PCOS yang memang kena kawal manis..  Salah satu ikhtiar K.Ika untuk TTC minum minuman nielah.. Minum susu kambing dengan kuram 7 biji..

Rawatan Kesuburan ( 11 ) #IUI

Hari yang dinantikan dan penuh debaran buat K.Ika.. Pertama kali ye melalui proses nie.. Takut,darah gugup semua adalah datang masa dah sampai dekat makmal nie.. Susah nak digambarkan..hihi.. 05/03/2021 CD 14 Pagi tu confermkan dekat prof sama ada nak buat atau tak.. K.Ika tanya suami dahulu.. Suami kata ok jadi baru msg prof tu kata proceed IUI tu.. Masa perjalanan nak buat IUI nie ada drama tau.. Suami kalau tak berdrama tak sah.. Mood dia swing selepas bangun tido tu.. Suami tak berapa suka untuk buat IUI nie.. Tak mau buat bgitau je lah jangan kata OK lepastu tu mood swing.. Stress K.Ika tau masa tu.. Hujan juga lah sekejap tu pon cover-cover hujan.. Suami tak tahu pon walaupon ada dekat sebelah K.Ika 😅.. Bukannya dia nak pujuk biasalah EGO tinggi..hahaha.. Dah biasa menangis pujuk diri sendiri je lah.. Nak harapkan orang pujuk memang tak adalah.. K.Ika cuba pujuk diri jangan stress..  Dah sampai tu orang makmal suruh keluarkan sampel suami untuk pilih sperm yang paling terbaik..

Rawatan Kesuburan ( 10 ) #HuCoG 10000 & Foliculin

03/03/2021 CD 12 Pagitu K.Ika kena pergi ke hospital untuk beli ubat dan cucuk sekali 1 ubat dekat situ.. K.Ika bajet dalam bawah RM100 macam tu.. Ingatkan 1 ubat sahaja.. Rupanya 3 ubat.. Masa bayar tu terkejut dengar harganya.. Dah lah gaji lambat lagi kena korek-korek dekat akaun simpanan.. Nasib baik K.Ika dan suami ada buat akaun simpanan untuk kecemasan punya atau jika gaji awal akan ambil dekat situ lah untuk guna..  Oh ya ubat yang K.Ika beli nie kena letak dalam ais.. Hospital yang K.Ika pergi nie ada sediakan ais untuk bawak balik rumah.. Hospital lain K.Ika tak tahu ye.. Dah sampai rumah sila simpankan ubat tu dalam peti ais.. Ais batu yang hsopital bagi kita letak lah dekat tempat beku esoknya nak jumpa doktor boleh guna. Harga ubat yang kena dalam RM 145.60.. Apa ubat yang doktor tulis tu.. Cycle sebelum nie K.Ika hanya cucuk 5000 sahaja.. Cycle kali nie kena 2 kotak untuk cucuk HuCoG tu.. Yang buat mahal lagi adalah Foliculin dalam RM 66.. K.Ika pertama kali untuk cucuk f

Rawatan Kesuburan ( 9 ) #clomid150mg & progynova

 Bermulah rutin checkup dekat hospital.. Ingatkan kot dapat lah secara natural bila rehat checkup dah 2 kali cycle makan clomid dan juga cucuk bagi telur pecah.. Maklum lah orang ttc nie peratus untuk melekat normal ambil masa sikit.. Kali nie jumpa pakar lain sedikit proses tu.. Harap dia tak suruh repeat buat HSG sudah.. K.Ika takut sakit sebenarnya.. hahahah.. Masa buat dulu dekat klinik ipoh dia bagi bius penuh.. Jadi bila sedar tu sedar-sedar dah siap..  Masa datang tu doktor mintak scan rahim dekat perut dan juga scan TVS ( melalui vagina )... Waktu scan tu ada benda bulat dekat bahagian belah kiri K.Ika.. Masa scan tu K.Ika CD24.. Jadi  doktor pakar agak mungkin K.Ika ada cyst.. Doktor Pakar bagitau nanti dah datang period call untuk set kan temu janji scan masa CD2..K.Ika tak pernah lagi scan semasa period.. Doktor hanya bagi ubat dulu makan bila selepas scan.. Hanya makan folic asid sahaja dahulu..  Doktor bagi K.Ika clomid naik dari sebiji kepada 3 biji sehari.. Progynova ( t

Cendol Kampung Hulu Melaka

  Sapa pernah cuba makan cendol disini?? Mula-mula K.Ika ingat kan cendol biasa yang kita makan tu sebab harga lebih kurang sama sahaja.. K.Ika tak perasan ada tulis ' shaved ' maksud nya ais batu tu dah di campur dengan santan atau susu menjadi macam ais batu lepastu dikisar.. Lebih kurang macam tu lah ceritanya.. Masa dapat tu K.Ika pelik tak ada letak santan ke.. K.Ika dah terasa dekat anak tekak sedap makan cendol dengan santan 😅.. Baca balik betul-betul K.Ika yang silap tapi tak apa janji sedap..hihi.. Lain daripada yang lain lah cendol nie.. Kedai nie K.Ika dah perasan masa datang hotel dan berapa kali dah lalu.. Kedai nya tak jauh pon belakang hotel je 😂.. Sebelum masuk K.Ika bayangkan hanya ada kedai cendol sahaja tapi macam-macam ada dekat situ.. Lebih kurang konsep ala-ala food court.. Kedai cendol menghadap laluan kapal cruise lalu.. Musim covid nie kalau boleh jangan pergi orang padat dalam tu tau..  K.Ika bodek suami singgah sini dahulu selepas balik.. Mula-mula

Jalan-Jalan Melaka

Sebelum suami operation ada ajak K.Ika pilih nak percutian ke mana selepas suami dah baik operation.. K.Ika mula-mula ambil penang boleh jumpa anak buah sekali... Dah lama lepastu K.Ika pilih Melaka sebab dekat dengan rumah dan tak ambil masa lama perjalanan.. Suami pon baru operation kan malas nak pilih jauh-jauh.. Suami pon On Melaka jadi kami bercuti 2 orang sahaja.. Sejak khawin nie pertama kali berjalan berdua sahaja untuk bercuti.. Mesti ada yang tak percaya kan.. haha.. Suami K.Ika bukanlah seorang rajin nak bawa berjalan nie.. Banyak habiskan masa dekat rumah sahaja dan hanya keluar bila nak beli barang komputer dia 😂..  Alhamdulillah ada rezeki sikit untuk beli kereta second sahaja.. Nak beli yang baru tak mampu lagi suami nak bayar sebab masih lagi dalam belajar...K.Ika yakin setiap orang ada rezeki masing-masing dan terpulang pada gaya hidup nak berbelanja duit tersebut.. Tu yang buat semangat suami ajak K.Ika berjalan.. Next Pantai Timur pulak.. Kalau covid reda boleh lah

Hallmark Hotel Leisure Melaka

 Hotel yang menjadi pilihan K.Ika dan suami adalah Hallmark Hotel Leisure.. Ada lagi 1 hotel yang sama agak mahal sikit mungkin dekat dengan bandar besar.. Hotel nie berdekatan dengan Jonker Walk.. Jalan kaki dalam 600 meter sahaja.. Musim covid harga hotel kebanyakan harga jatuh.. Percutian bajet boleh lah pilih hotel nie.. Harga 1 malam hanya RM42 sahaja.. Deposit RM 20 bayar dekat kaunter.. Kawasan sini banyak yang dekat-dekat lah.. Rajin jala kaki memnag best lah boleh bakar lemak sekali.. Suami malas nak jalan kaki jadi kami naik kereta juga bila jalan dekat kawasan situ..hihi.. Hotel nie agak old school sikit.. Bangunan pon macam dah lama sangat.. Dekat ruangan nak ke lift agak berbau sikit aircod nya rosak.. Apa yang K.Ika perasan bilik hotel macam dah cat dngan warna lain.. Ok lah tu kan bagi nampak meriah sikit.. K.Ika mintak bilik rokok dapat bilik yang tak boleh merokok.. Jadi suami nak hisap rokok kena buka tingkap bagi asap keluar.. Tilam nya agak keras sikit macam spring