Akhirnya benda yang tertanya-tanya sudah terjawab.. K.Ika dah buat UPT pada DPIUI 13 & DPIUI 18 keputusannya negative.. Tidak berjaya IUI yang pertama kali nie.. K.Ika dah rasa tak ada sebab masa DPIUI 13 breast tak sakit dan segugut tak ada hilang.. Buat ujian pon memang nampak tak ada.. Sebelah je yang merah terang lagi sebelah kosong putih sahaja..huhu.. Tipu lah tak sedih masa DPIUI 13 K.Ika mood dah sedih..
K.Ika redha je lah.. K.Ika pon stop makan duphaston.. Sebab ada K.Ika baca kalau makan period tak datang.. K.Ika stop esoknya keluar lah tanda-tanda period tu.. Tak apalah K.Ika enjoy je lah masa yang ada nie.. Dapat lah bermanja dengan suami selama 2 minggu.. K.Ika tak tahu nak buat IUI sebelum puasa nie atau selepas raya baru buat.. Tengok pada keputusan suami..
Jangan putus asa je lah.. K.Ika akan cuba tenangkan diri semungkin yang boleh dan elakkan stress.. Suami pon ada cakap tak ada cuba lagi lah.. K.Ika pon ok je lah bila dengar jawapan suami tu.. Kena mula rajin bersenam lah lepas nie..Mana yang masih ttc jangan putus asa.. Kita cuba je lah apa yang doktor sarankan.. Kalau umur bawah 30 selalunya doktor akan suruh cuba secara natural dulu..
Atas 30 an nie natural hanya sekali je doktor bagi lepas tu kena. buat IUI atau IVF.. Ikut pada poket korang.. K.Ika hanya mampu buat IUI.. IVF boleh je kalau nak tapi duit KWSP K.Ika tak cukup.. Kena sediakan sekurangnya 15k.. Ok.. Nanti K.Ika share lah lagi apa yang K.Ika buat.. Mungkin ambil masa yang kali ke 2..Good Luck ttc yang lain..
Comments
Post a Comment